Tuesday, February 19, 2013

Doa agar dikurniakan anak yang soleh/solehah



Ibubapa yang menginginkan agar anak menjadi orang baik budi pekerti dan taat kepada ajaran agama (anak yang soleh),  amalkan membaca Ayat 100 dari Surah As-Shaffat  setiap kali lepas solat fardhu dengan penuh harapan.

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh."


http://koleksi-alqalam.blogspot.com/


Wednesday, February 6, 2013

Wang Ganjaran Pencen


Wang ganjaran pencen pilihan adakah diwajibkan zakat?

Jawapan:

Wang tersebut wajib dikeluarkan zakat apabila memenuhi syarat-syaratnya.

Berikut adalah syarat yang mewajibkan zakat:

1. Islam 
Zakat hanya dikenakan ke atas orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambilkira untuk zakat.

2. Merdeka 
Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat.

3. Milik Sempurna 
Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan memperolehi manfaat daripadanya.

4. Cukup Nisab 
Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan zakat. Awal Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas mengikut nilai semasa.

5. Cukup Haul 
Cukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan.

Oleh yang demikian, jika kelima-lima syarat di atas telah dipenuhi, maka wajiblah ke atas diri anda untuk mengeluarkan zakat bagi wang tersebut.

Semoga dengan melaksanakan kewajipan mengeluarkan zakat menyebabkan harta benda kita menjadi lebih berkat. 

Wallahu 'alam.


http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/50677

Memilih Sahabat


Biar cerewet memilih sahabat sebab: Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat." 
- (Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim) 


Dipetik dari Majalah GEN-Q isu 08: Bersahabat Sampai Ke Syurga.

Other Perspectives


Even when you disagree with someone's opinion, there is something you can learn from it. 

Everyone has a different perspective, and there is much knowledge to be gained by considering the viewpoint of others.

Too often we think that our outright rejection of someone else's opinion serves to reinforce our own viewpoint. Yet, your own opinion is worthless if it cannot stand up to a challenge. If you're afraid to even consider another perspective, it's a sign that your own position is weak.

Avoid comparing someone else's opinion to your own. Instead, consider it on its own terms. Find the value it contains. Look for the truth and reality from which it springs.

Enrich your life by finding value in the opinions and perspectives of others.

-Ralph Marston