Monday, September 27, 2010

Bagaimana Melahirkan JUARA

Juara tidak lahir sendiri. Juara tidak lahir semalaman. Juara juga tidak semestinya lahir daripada kalangan keluarga sederhana dan atasan. Ianya lahir melalui latihan dan kemahiran. Juara dipupuk dan dibina dengan susah payah dan memerlukan pengorbanan banyak pihak. Antara langkah untuk melatih anak menjadi juara ialah:

1. Didik anak dengan kemahiran social seperti berucap (Public Speaking), berkomunikasi, bergaul, bertoleransi, bijak membaca isyarat badan (body language), pantas bertindak, cekap mempertahankan diri dan maruah, ada bakat kepemimpinan dan pandai menyesuaikan diri.

2. Latih anak supaya rajin membaca. Luaskan pengetahuan mereka dengan menyediakan kemudahan sumber ilmu pengetahuan.

3. Latih supaya pandai menyelesai masalah, sehingga nanti mereka ada inisiatif sendiri untuk membantu menyelesaikan masalah keluarga, orang ramai, masyarakat atau masalah ummah.

4. Latih anak supaya pandai menyimpan rahsia.

5. Latih berpuasa sunat Isnin dan Khamis. Puasa membentuk keikhlasan. Keikhlasan membentuk keyakinan diri.

6. Latih anak dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai aspek dan keadaan seperti di dalam majlis, pakaian, aksesori, peralatan (gadget), golongan kawan dan bijak mengurus masa.

7. Latih anak menjadi pemimpin sejak kecil.

8. Ajar anak berniaga kerana perniagaan melatih anak-anak cekap dan amanah.

9. Dengar pandangan anak-anak dengan penuh perhatian dan tegur terhadap pandangan yang kurang tepat.

10.Didik anak hingga mampu membuat keputusan sendiri.

Semua berupaya menjadi seorang Juara.

Dipetik dari Majalah Solusi
Author: Hj Muhammad Zakaria

No comments:

Post a Comment