Tuesday, December 21, 2010

Hukum Rakaman Nasyid Berbentuk Doa

Fatwa :

(1)Nyanyian dan senikata yang memuji Allah dan Rasul atau keindahan makhluk Allah atau kepada tanggungjawab atau mengenai sifat bertaqwa kepada Allah S.W.T. adalah diharuskan;

(2)Jika nyanyian secara berkumpulan di antara lelaki dan perempuan sama ada semasa persembahan atau latihan adalah diharuskan sekiranya tidak bercampur gaul di antara lelaki dan perempuan;

(3)Penyanyi tidak boleh mempersembahkan nyanyian dengan gaya yang memberahikan dan boleh menimbulkan fitnah;

(4)Penyanyi hendaklah memakai pakaian yang menutup aurat;

(5)Tidak memuji makhluk Allah secara berlebihan (bermaksud tidak terkeluar daripada syara’); dan

(6)Sekiranya terdapat ayat Al-Quran yang digunakan sebagai nasyid hendaklah dibaca mengikut hukum tajwid.


Rujukan Pewartaan : Sel. P.U. 6.
Tarikh Pewartaan :
15 Mac 2007
Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan

No comments:

Post a Comment