Thursday, February 10, 2011

Nabi Nuh a.s. – Seorang Jurutera & Arkitek

Nabi dan Rasul adalah teladan sepanjang zaman.

Nabi Nuh, di samping misi utamanya berdakwah, dia juga seorang ‘jurutera’ dan ‘arkitek’ yang membina kapal. Hebatkan?

Kapalnya tidak retak, tidak bocor. Nabi Nuhlah jurutera sejati. Laut dan sungai begitu jauh. Dibina pula kapal di atas bukit. Kapal yang begitu teguh dan kukuh untuk menahan gelombang banjir bertahap “super”, lebih dahsyat daripada tsunami. Bayangkan puncak yang tertinggi di tempatnya pun tenggelam!

Cuaca cerah, belum ada teknologi ramalan berlakunya tsunami, banjir besar ataupun taufan. Dia bersendirian, tanpa menghiraukan ejekan kaumnya yang melempar struktur binaan kapalnya dengan najis, terus bekerja kerana Allah SWT..

Dipetik dari Majalah Solusi
Author: Imam Global

2 comments:

  1. terjatuh airmata ana membaca artikel ini..
    Syukran...

    ReplyDelete
  2. tersentuh hati, kan?
    walaupun tau tentang kisah Nabi Nuh sebelum ni tapi tak pernah terpikir seperti cara yang diceritakan oleh Imam Global dari Majalah Solusi.

    thanks to Imam Global.

    ReplyDelete