Thursday, March 17, 2011

Beza Harta Sepencarian Dengan Nafkah

Soalan:

Apakah perbezaan harta sepencarian dan nafkah?
Adakah harta sepencarian boleh dikira sebagai nafkah?

Jawapan:

Memang terdapat perbezaan antara harta sepencarian dan nafkah. Harta sepencarian ialah harta yang diperoleh hasil daripada usaha suami isteri dan termasuk pendapatan yang diperoleh daripada modal sendiri hasil kerjasama mereka.

Jika berlaku perceraian, harta yang diperoleh boleh diisytiharkan sebagai harta sepencarian dengan persetujuan kedua-dua pihak.

Harta berkenaan dapat dibahagikan bersama antara mereka dengan persetujuan mahkamah.

Manakala nafkah pula merujuk kepada tanggungjawab suami kepada isteri iaitu dalam masa perkahwinan isteri berhak mendapat nafkah daripada suaminya.

Ini termasuk nafkah makanan, tempat tinggal, pakaian dan perubatan.

Kadar nafkah diambil kira dengan kemampuan suami berdasarkan pendapatannya.

Allah berfirman yang bermaksud:
"...dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya."
- (Surah al-Baqarah; Ayat 233)

Apabila dicerai, isteri berhak mendapat nafkah untuk masa idah
-(Surah at-Talaq: Ayat 6).



Dr.Abdul Salam Muhammad Shukri
Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Kemanusian,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,

No comments:

Post a Comment