Friday, September 30, 2011

Antara Berwuduk & Azan

Apabila bertemu pada dua keadaan iaitu - Menjawab Azan dan Berwuduk:-

1. Apabila hendak berwuduk dan pada masa yang sama azan dilaungkan, maka hendaklah ditangguhkan wuduk dahulu. Dianjurkan kamu menjawab azan tesebut hingga selesai azan, berdoa, kemudian daripada itu, barulah kamu mulakan berwuduk.


2. Jika azan dilaungkan sedang kamu dalam berwuduk, maka teruskan wuduk kamu tanpa perlu menjawab azan. Selesai doa wuduk kamu: Sekiranya azan masih berkumandang, maka jawab azan dan ditutup dengan doa azan; sekirannya azan sudah selesai berkumandang, maka hanya berdoa azan sahaja.


3. Jika azan selesai serentak dengan selesai wuduk, maka yang mana hendak didahulukan, doa azan atau doa wuduk? Didahulukan doa wuduk, kemudian barulah doa azan.


Kesimpulan:

Apabila azan dilaungkan, maka dianjurkan kamu tumpukan pada perkara menjawab azan tersebut. Tidak bercakap-cakap kerana bercakap sewaktu azan boleh menjadi sebab mati suul khatimah, demikian kata Imam Suyuthi. Ditangguhkan masuk bilik air atau tandas sekira-kira tidak memudharatkan. Ditangguhkan makan jika belum makan. Ditangguhkan ceramah, jika belum memberi ceramah. Ditangguhkan solat, Sunat Tahiyatul Masjid umpamanya, jika belum takbiratul ihram. Jikalau sedang membaca Al-Quran sekalipun, maka dihentikan seketika.


Dipetik dari-
http://fekah.blogspot.com

No comments:

Post a Comment