Thursday, February 2, 2012

PENAFIAN DENGAN UCAPAN

Soalan:

Seorang suami mempunyai 2 orang isteri secara rahsia iaitu Puan A dan Puan B. Pada suatu hari tembelang terbongkar apabila Puan A terserempak si suami bersama Puan B. Walaubagaimanapun apabila disoal, si suami menafikan bahawa Puan B ini adalah isterinya. Soalannya, adakah jatuh talak pada Puan B tersebut apabila si suami tidak mengaku bahawa Puan B adalah isterinya di hadapan Puan A?


Jawapan:

Penafian suami tentang status seorang wanita sebagai isterinya atau ucapannya "Dia bukan isteriku" bergantung kepada niat suami kerana ia termasuk dalam lafaz kinayah talak (yakni lafaz yang boleh difahami dengan maksud talak dan bukan talak), bukan termasuk dalam lafaz sarieh (yakni lafaz yang tidak difahami melainkan dengan maksud talak, iaitu lafaz cerai atau lafaz talak itu sendiri).

Jika suami bermaksudkan talak/cerai dengan penafian atau ucapan tersebut, jatuhlah talak.

Jika tidak berniat talak, tidaklah jatuh talak.

Wallahu a'lam.



Rujukan;

1. Fatwa Syeikh Soleh al-Munajjid (http://www.islamqa.com/ar/ref/100997/)


Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
www.ilmudanulamak.blogspot.com

No comments:

Post a Comment