Soalan:
1. Bolehkah seseorang itu menitikkan ubat ke atas bibir mulutnya yang sakit (ulcer mulut) ketika berpuasa?
2. Bolehkah seseorang itu menggosok gigi menggunakan ubat pada waktu pagi sebelum pergi bekerja?
3. Apakah batal puasa dan solat seseorang yang menelan air liurnya ketika menunaikan solat dalam waktu berpuasa?
4. Seorang yang mengidap gastrik sering meludah kerana katanya air liurnya kerap keluar dan rasanya agak masam/pahit. Apakah ia boleh menelannya dan air liur yang bagaimana tidak dibenarkan ditelan ketika berpuasa?
Jawapan:
1. Menitik ubat ke bibir adalah harus dengan syarat menjaganya jangan sampai tertelan. Jika tertelan, batallah puasa.
2. Menggunakan ubat gigi semasa sedang berpuasa adalah harus. Pada zaman Nabi s.a.w., kayu siwak yang digunakan juga mempunyai rasa dan jirim dan tidak ada ulamak melarangnya ke atas orang yang berpuasa. Namun, sebagaimana syarat di atas; hendaklah dijaga jangan sampai tertelan. Jika tertelah, batal puasa.
3. Menelan air liur tidaklah membatalkan puasa, begitu juga tidak membatalkan solat, kecualilah jika air liur itu bercampur dengan makanan. Jika air liur bercampur makanan, wajiblah diluahkan. Jika ditelan, batallah puasa.
4. Jika dirasai air liur ada bercampur dengan sesuatu sama ada yang datang dari luar atau datang dari dalam (seperti air/muntah yang terbit dari perut, kahak/gelema, darah dari gusi atau sebagainya), wajiblah diluahkan. Jika tidak bercampur sesuatu (yakni semata-mata air liur) tidak mengapa ditelan.
Wallahu a’lam.
Credit to: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
Wednesday, July 4, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment