Sunday, January 6, 2013

Terkena Tempias Percikan Air Kencing


Soalan:

Ada pendapat yang mengatakan seluar yang kita pakai ketika buang air kecil walau bagaimana kita jaga, tetap ada terkena tempias percikan air kencing. Bolehkah diterima pendapat sebegini?  Bagaimana solat dengan memakai seluar tersebut?


Jawapan:

Hujah itu tidak boleh diterima, kerana dalam masalah ini, segala percikan atau tempias yang halus, sebenarnya dimaafkan.

Dalam syariat, ada jenis najis yang dimaafkan.  Antaranya ialah tempias air kencing yang halus.  

Sepertimana dimaafkan juga najis yang dibawa oleh binatang yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.  Sebagai contoh, kita nampak lalat berterbangan dari satu tempat ke satu tempat.  Mungkin ia hinggap pada bangkai babi atau anjing dan kemudian terbang dan hinggap pada makanan atau minuman atau pakaian kita yang basah.  Maka itu dimaafkan.

Jadi tempias yang sedikit tadi dimaafkan.  Maka solat dengan memakai seluar tadi, hukumnya solat sah.




Author: Uztaz Fadzli Al-Yamani
Mudir Maahad Tahfiz Al-Yamani, Kg Baru, KL



2 comments: