Wang ganjaran pencen pilihan adakah
diwajibkan zakat?
Jawapan:
Wang tersebut wajib dikeluarkan zakat
apabila memenuhi syarat-syaratnya.
Berikut adalah syarat yang mewajibkan
zakat:
1. Islam
Zakat hanya dikenakan ke atas orang Islam.
Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam hanya peratusan
ekuiti orang Islam sahaja diambilkira untuk zakat.
2. Merdeka
Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali
zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi masa kini,
tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib
berzakat.
3. Milik Sempurna
Harta yang dimiliki mestilah sempurna
dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik
juga dapat memperlakukan dan memperolehi manfaat daripadanya.
4. Cukup Nisab
Nisab adalah paras nilai minima yang
menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan zakat. Awal Nisab
adalah bersamaan dengan 85 gram emas mengikut nilai semasa.
5. Cukup Haul
Cukup haul bermaksud genap setahun harta
disimpan.
Oleh yang demikian, jika kelima-lima
syarat di atas telah dipenuhi, maka wajiblah ke atas diri anda untuk
mengeluarkan zakat bagi wang tersebut.
Semoga dengan melaksanakan kewajipan
mengeluarkan zakat menyebabkan harta benda kita menjadi lebih berkat.
Wallahu
'alam.
http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/50677
No comments:
Post a Comment