Wednesday, August 25, 2010

Penggunaan INHALER Semasa Berpuasa

Soalan;

Apa hukum semburan Inhaler yang digunakan oleh orang yang penat. Adakah membatalkan puasa bila disembur siang hari Ramadhan?

Jawapan;

Di kalangan ulamak semasa hari ini berlaku perbezaan pendapat:

1. Sebahagian ulamak antaranya Syeikh ‘Atiyah Saqar (ulamak al-Azhar, Mesir), Syeikh Dr. ‘Ali Jumaah (ulamak al-Azhar dan mufti Mesir sekarang), Dr. Ahmad al-Kurdi (anggota lujnah fatwa Kuwait) dan beberapa ulamak lagi berpandangan:- Semburan itu membatalkan puasa kerana ia memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka yang bersaluran ke perut. Oleh demikian, orang yang menggunakan Inhaler batal puasanya, tetapi ia tidak berdosa kerana ada keuzuran (sakit) dan wajib ia mengganti puasanya pada hari lain selepas Ramadhan. Jika penyakitnya berpanjangan (tiada harapan sembuh di mana ia perlu berterusan menggunakan Inhaler itu), tidak dituntut lagi ia berpuasa dan hendaklah ia mengantinya dengan membayar Fidyah kepada orang miskin.


2. Sebahagian ulamak yang lain pula berpandangan:- Penggunaan Inhaler itu tidak membatalkan puasa kerana semburan itu tidaklah sampai ke dalam perut, hanya sampai setakat dada sahaja. Orang yang menggunakannya tidaklah ia berniat makan dan minum, tetapi semata-mata untuk membuka rongga penafasannya. Oleh demikian, semburan Inhaler tersebut tidak termasuk dalam pengertian makan atau minum, maka tidak membatalkan puasa.

Di antara ulamak yang berpandangan ini ialah Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Syeikh Bin Baz (bekas mufti Arab Saudi), Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Usaimin dan beberapa lagi. Selain itu, dalam perbincangan Fiqh berkenaan hal-hal pengubatan/rawatan kali ke 9 juga telah memutuskan bahawa pengunaan Inhaler tidak membatalkan puasa.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Fatawa Min Ahsanil-Kalam, Syeikh Atiyah Saqar, 2/18.
2. Fatawa ‘Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 201.
3. al-Kalim at-Thaiyyib (Fatawa Dr. Muhammad Ali Jumah), 1/109.
4. Rujukan internet; (http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528614200), (http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528613102) dan (http://www.islamic-fatwa.com/index.php?module=fatwa&id=31650).


Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Taubat

Bagi mencapai taubat yang sebenar ini adalah seperti berikut :-

1) Bertaubat yang timbul dari ilmu dan kesedaran Islam dan bukan kerana desakan luaran. Jika belum ketemui ilmu itu, cari dan bacalah sedalamnya agar taubat ini lahir dari ilmu dan iman, bukannya yang lain.

Imam Al Bukhari menyebut tentang keperluan sesuatu amal dan ibadah termasuklah taubat yang diakari oleh ilmu di dalam shahihnya hingga dibuat satu bab khas bertajuk : Bab: "Ilmu Sebelum Beramal".

Beliau menyebut firman Allah SWT berikut sebagai dalil keperluan ini-

"Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan (Yang Hak) melainkan Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat tinggalmu."
-(Muhammad: 19)

Jelas disebut di dalam ayat berkenaan didahulukan perintah untuk berilmu dari perintah untuk beristighfar dan taubat.

Al-Qusyairi berkata dalam kitabnya "Risalah Qusyairiah": Taubat yang pertama adalah: bangunnya hati dari kelalaian, serta sang hamba melihat keadaan yang buruk akibat dosa yang ia lakukan. Dan itu akan mendorongnya untuk mengikuti dorongan hati nuraninya agar tidak melanggar perintah Allah SWT. Kerana dalam khabar disebutkan: "penasihat dari Allah SWT terdapat dalam hati setiap orang muslim".
-(Riwayatkan Ahmad dari An Nuwas bin Sam'an).

Dan dalam hadith: "Sesungguhnya di dalam tubuh terdapat segumpal daging, jika ia baik, maka baiklah seluruh tubuh, dan jika ia rusak, maka rusaklah seluruh tubuh, ketahuilah itulah hati".
- (Hadis muttafaq alaih dari Nu'man bin Basyir).

Jika hatinya merenungkan keburukan perbuatannya, serta ia menyedari dosa-dosa yang ia perbuat itu, nescaya dalam hati akan terdetik keinginan untuk bertaubat, dan menjauhkan diri dari melakukan perbuatan maksiat itu. Kemudian Allah SWT akan membantunya dengan menguatkan tekadnya itu, melakukan tindakan pemulihan atas dosa-dosanya, serta melakukan perbuatan-perbuatan yang diperlukan dalam taubat.
- (Risalah Qusyairiah dengan tahqiq Dr. Abdul Halim Mahmud, dan Dr. Mahmud bin Syarif, (1/ 254, 255)


2) Bersangka baik bahawa Allah akan mengampunkan dosa yang telah terlanjur itu.

Firman Allah :- Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
- (Az-Zumar: 53)


3) Segera menangisi dosa yang telah anda lakukan dengan benar-benar keinsafan. Anda perlu menitiskan air mata untuk ini, air mata insaf dan bukan dibuat-buat.


4) Berazam kukuh di dalam hati agar tidak lagi ingin kembali mengulangi dosa itu.
Dr Yusof Al-Qaradawi menyebut : "Yang terpenting dalam masalah azam dan tekad ini adalah agar azam itu kuat dan betul-betul, saat bertaubat. Dengan tanpa disertai oleh keraguan atau kerinduan untuk kembali melakukan dosa/kemaksiatan, atau juga berpikir untuk mengerjakannya kembali. Taubat itu tidak batal jika suatu saat tekadnya itu sedikit melemah kemudian ia terlena oleh dirinya, tertipu oleh syaitan sehingga ia terlanjur, dan kembali melakukan dosa/kemaksiatan."
- (At-Taubatu Ilallah, Al-Qaradawi)

Imam Ibnu Katsir berkata: "Sedangkan jika ia bertekad untuk bertaubat dan memegang teguh tekadnya, maka itu akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya pada masa lalu. Seperti terdapat dalam hadis sahih "Islam menghapuskan apa yang sebelumnya, dan taubat menghapuskan dosa yang sebelumnya".


5) Wajib menjauhkan diri dari mendekati apa jua situasi yang boleh membawa ke arah kemaksiatan/dosa.


6) Berterusan taubat (selagi belum rasa hilang bersalah). Firman Allah SWT: "Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilannya yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya".
- ( An-Nisa : 17)


7) Mempergandakan amal soleh, berdasarkan firman Allah : "Kecuali orang-orang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan Allah maha pengampun lagi penyayang".
- ( Al-Furqaan : 70 ).


Justeru, banyakkan bersedekah, mengajar orang lain, kenalan dan sebagainya agar menjauhi dosa/kemaksiatan dan menyedarkan sesiapa jua yang mampu, tentang dosanya. Berbekalkan pahala kebaikan ini diharap ianya dapat menutup dan memadamkan dosa-dosa.

Author: Unknown

Put Time To Work

Time is an interesting concept. We can't see it. We can't hear it, or touch it. Yet it rules our lives. The clock tells us when to wake up, when to eat, when to work, when to go to bed.

Time is our way of keeping life's experiences separated. It is not a material thing -- it is an idea.

Time can work for you, or against you, depending on how you use it. Used wisely, time can magnify your efforts. Spend 30 minutes walking briskly, and you'll feel good, though perhaps a little tired. Do it every day for 6 months and you'll be in top physical shape. Make 2 or 3 sales calls today, and chances are you won't get a sale. Do it every day for a year, and you'll have more business than you can handle.

The most effective use of time comes when you have a clear, consistent direction. When your efforts are focused, time is your ally.

Where will you be six months from now? It depends completely on how you spend your time today, and tommorow, and all the days in between. When your efforts each day build on your previous efforts, the combined result is powerful indeed.

Take step after step in the same direction, and time will bring spectacular results.

-Ralph Marston

Kewajipan Membayar Zakat

Hadith :

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya: “Rasulullah SAW telah menentukan wajibnya zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang mengerjakan puasa dari perkataan yang sia-sia dan perkataan yang buruk, dan juga untuk menjadi makanan orang-orang miskin. Oleh itu sesiapa yang menunaikannya sebelum sembahyang Hari Raya, maka menjadilah ia zakat fitrah yang makbul, dan sesiapa yang menunaikannya sesudah sembahyang Hari Raya, maka menjadilah ia sedekah biasa seperti sedekah sunat yang lain.”

- (Abu Daud)

Huraian:

1. Zakat fitrah adalah diwajibkan kepada semua orang-orang Islam.

2. Zakat fitrah ialah zakat badan yang dikeluarkan untuk diberi kepada fakir miskin bagi membersihkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia sepanjang bulan Ramadhan.

3. Zakat yang diwajibkan ialah berupa makanan utama di sesebuah negeri seperti beras, gandum dan sebagainya atau di Malaysia, kadar bayarannya bersamaan dengan tiga cupak sukatan beras atau tiga kati dua belas tahil (dua Kilo 250 gram)

4. Pembayaran fitrah dengan menggunakan wang ringgit pula hendaklah dilafazkan seperti berikut: “Wang ini ialah ganti beras fitrah yang wajib atasku, bagiku dan bagi (orang-orang) tanggunganku pada tahun ini, kerana Allah.” (mengikut kadar nilai yang ditetapkan oleh pihak pemerintah).

5. Zakat fitrah boleh dibayar dari awal Ramadhan sehingga akhirnya iaitu sebelum sembahyang Hari Raya. Maka bagi sesiapa yang membayarnya selepas sembahyang Hari Raya, baginya menjadi sedekah biasa sahaja.

Thursday, August 19, 2010

Hukum Baca Al-Quran Rumi

Soalan:

Saya musykil apakah hukumnya membaca surah seperti Yasin dan doa yang ditulis rumi. Ada rakan menyatakan bacaan itu tidak sah dan tidak diterima kerana tulisan rumi itu menyebabkan bacaan salah dan menyimpang daripada maksud sebenar.


Jawapan:

Benar, al-Quran hanya boleh dibaca mengikut kaedah bahasa Arab yang sesuai dengan Rasam Uthmani saja bagi mengelakkan kesalahan dalam menyebut makhraj huruf dan hukum tajwid kerana kesilapan itu boleh membawa kepada kesalahan makna.

Usaha mempelajari al-Quran adalah fardu ain bagi orang Islam.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baiknya kamu adalah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya”.
- (Riwayat Bukhari).

Bahkan dengan membaca al-Quran, seseorang itu memperoleh pahala dan kebajikan seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa membaca satu huruf daripada kitab Allah, maka ia akan mendapatkan satu kebajikan dan setiap kebajikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali ganda.”
- (Riwayat Tirmizi).

Berkenaan doa pula, sekiranya tidak mampu untuk berdoa dalam bahasa Arab, maka boleh berdoa dalam bahasa yang anda fahami. Bagaimanapun, sekiranya dapat menghafal doa dalam bahasa Arab dan memahaminya ketika berdoa, perkara itu lebih baik.


Sumber: http://www.bharian.com.my/Sunday/Agama/20090322053724/Article/index_html


Rose Graphic Dividers & Borders for MySapce, Friendster, hi5 and more




Keputusan Fatwa Negeri Terengganu Darul Iman

Tajuk :
Tulisan Ayat al-Quran Dengan Huruf Rumi.

Isu :
Keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan mengenai Penulisan ayat-ayat al-Quran dengan huruf Roman dan Latin.

Keputusan :
Didalam penulisan ayat-ayat al-Quran didapati ada beberapa pendapat ulama’ sepertimana berikut:-

1) Penulisan al-Quran mestilah ditulis dengan Rasm Uthmani (ini Pendapat Jumhur ulama’).

2) Harus menulis dengan tidak mengikut Rasm Uthmani.

3) Harus, malah wajib dengan tidak mengikut Rasm Uthmani bagi kegunaan awam, bagi maksud pembelajaran.

Setelah meneliti pendapat-pendapat tersebut, maka jawatankuasa ini berpendapat adalah wajib ditulis dalam al-Quran dengan Rasm Uthmani berdasarkan اجماع الصحابة kecuali bagi maksud pengajaran untuk menyenangkan para pelajar.

Mengenai pengharaman penulisan ayat-ayat al-Quran dengan huruf Roman atau Latin jawatankuasa ini bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-24 bersidang pada 5&6 Jun 1989 bersamaan 2 Zulkaedah 1409 yang telah mengambil keputusan bahawa:

“Adalah haram ditulis atau digunakan mana-mana bahagian daripada al-Quran dengan tulisan yang bukan huruf Arab atau bukan system tulisan al-Quran. Memandangkan keadaan yang ada dalam masyarakat Islam di Malaysia, maka Muzakarah menasihatkan bahawa pelaksanaan fatwa ini hendaklah dijalankan secara berperingkat-peringkat dengan tidak menyusahkan mana-mana pihak.”


http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=479

Bezakan Puasa Dengan Orang Yahudi Dan Nasrani

Hadith :

Daripada Amru bin al-Aas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Perbezaan diantara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu ialah dengan makan sahur.”

- (Muslim)

Huraian:

1. Manusia sejak dari zaman dahulu kala lagi telah mengenali amalan puasa. Mereka berpuasa bukan sahaja didorong oleh agama tetapi juga kerana beberapa tujuan tertentu.

2. Ibadat puasa yang telah diwajibkan ke atas umat Islam juga telah dilakukan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani, cuma terdapat beberapa perbezaan :

i. Orang-orang Islam menyegerakan berbuka puasa sedangkan orang Yahudi dan Nasrani melambat-lambatkannya. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Agama akan sentiasa tampak syi'arnya dengan nyata selama orang Islam berbuka puasa dengan segera (tepat pada waktunya), sebab orang-orang Yahudi dan Nasrani melambatkannya.

ii. Disunatkan bagi orang Islam yang berpuasa makan sahur sebelum masuknya waktu subuh kerana dengan makan sahur boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailulah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zohor) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail.

3. Umat Islam hendaklah berpuasa dengan niat yang ikhlas kerana Allah dan tidak mengerjakannya kerana menganggap bahawa ia adalah suatu tradisi (ikut-ikutan). Bahkan apa sahaja ibadat yang dilakukan perlu dilakukan dengan ketaatan dan kesedaran tentang kewajipan untuk mengerjakannya.