Tuesday, March 19, 2013

Wudhu Menggunakan Air Salji


Bagaimana caranya untuk saya mengambil wuduk bila berada ditempat yang dipenuhi salji dan untuk mencari air sangat sukar,?..Bolehkan salji itu saya gunakan sebagai tayammum?

Jawapan

Air salji adalah tergolong di dalam kategori air mutlak dan ia bukan daripada jenis debu yang boleh dibuat tayamum.

Dari itu, air salji boleh digunakan untuk berwudhu’ sama seperti air mutlak yang lain. 

Wallahu 'alam.

http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/50236

Keep It Up


The first step gets you started, but it does not get you there. Success rarely comes from a single effort.

It is far better to start small and finish, than to start big and abandon the effort.

The tallest tree begins as a tiny seed. Practically every living thing starts out very small and achieves the full richness of life through steady, sustained growth. Even lifeless things such as storms and rivers, start small and grow over time.

Give your best to the first effort, and then continue for as long as it takes.  Success comes with persistence.

-Ralph Marston


Friday, March 8, 2013

Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi


Mustahaknya membaca dan memahami istilah-istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi.  Contohnya label yang bertulis “This product contain substance from porcine”, sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi sumber yang bahannya berasal dari babi’. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi’.

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:

1. Pork: Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine: Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Hog: Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

4. Boar: Babi liar.

5. Lard: Lemak babi.

6. Bacon: Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. Ham: Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow: Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk: Susu babi.

10. Pig: Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

11. Porcine: Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.


Harap maklum. Sebarkanlah kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati.
 

Tuesday, February 19, 2013

Doa agar dikurniakan anak yang soleh/solehah



Ibubapa yang menginginkan agar anak menjadi orang baik budi pekerti dan taat kepada ajaran agama (anak yang soleh),  amalkan membaca Ayat 100 dari Surah As-Shaffat  setiap kali lepas solat fardhu dengan penuh harapan.

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh."


http://koleksi-alqalam.blogspot.com/


Wednesday, February 6, 2013

Wang Ganjaran Pencen


Wang ganjaran pencen pilihan adakah diwajibkan zakat?

Jawapan:

Wang tersebut wajib dikeluarkan zakat apabila memenuhi syarat-syaratnya.

Berikut adalah syarat yang mewajibkan zakat:

1. Islam 
Zakat hanya dikenakan ke atas orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambilkira untuk zakat.

2. Merdeka 
Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat.

3. Milik Sempurna 
Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan memperolehi manfaat daripadanya.

4. Cukup Nisab 
Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan zakat. Awal Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas mengikut nilai semasa.

5. Cukup Haul 
Cukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan.

Oleh yang demikian, jika kelima-lima syarat di atas telah dipenuhi, maka wajiblah ke atas diri anda untuk mengeluarkan zakat bagi wang tersebut.

Semoga dengan melaksanakan kewajipan mengeluarkan zakat menyebabkan harta benda kita menjadi lebih berkat. 

Wallahu 'alam.


http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/50677

Memilih Sahabat


Biar cerewet memilih sahabat sebab: Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat." 
- (Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim) 


Dipetik dari Majalah GEN-Q isu 08: Bersahabat Sampai Ke Syurga.