Disiarkan pada May 01, 2010 dalam kategori Fatwa
Soalan:
al-Fadhil Dr Asri, saya menghadapi tekanan di tempat kerja saya. Ada seorang individu yang sering membuat berbagai tuduhan kepada saya. Macam-macam cerita yang bukan-bukan diada-adakan. Dia macam mahu orang lain membenci saya. Saya tahu diri saya. Demi Allah, semua yang dituduh itu tidak benar. Saya amat tertekan. Sehingga saya berfikir ingin berdoa agar Allah memberikan bala kepadanya. Tapi ada orang beritahu saya tidak boleh berdoa macam itu sesama muslim. Saya amat sakit dengan kezalimannya. Bolehkah saya doa supaya Allah beri balasan kepadanya?
Jawapan Dr MAZA:
Semoga Allah memberikan kesabaran dan pahala atas ujian yang menimpa saudara. Percayalah segala kesakitan hidup di dunia ini, jika kita redha dengan Allah maka ia akan menjadi kebaikan dan ganjaran yang besar di akhirat kelak. Untuk soalan saudara di sini saya nyatakan beberapa perkara;
1. Sesiapa sahaja yang menzalimi orang lain, maka akan ada pembalasan Allah ke atasnya sekalipun insan yang dizalimi itu telah mati, atau gagal bertindak apa-apa. Allah tidak lupa perbuatan mereka yang zalim. Akan ada hari yang mendatang di mana si zalim akan tetap dibalas Allah dengan cara yang dikehendakiNya. Percayalah hal ini. Jika tidak pun di dunia, pembalasan akhirat tetap menanti. Dosa itu akan tetap ditanggung oleh si zalim. Akan tetap tiba hari yang maha adil untuk semua.
Sabda Nabi s.a.w:
“Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk.”
-(Riwayat Muslim)
2. Jika benar saudara dizalimi, saudara tidak akan disia-siakan pada Hari Akhirat kelak. Si zalim pula akan berhadapan dengan mahkamah Allah di Mahsyar nanti. Amalan baiknya akan saudara perolehi, jika tidak dia akan menanggung dosa saudara.
Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tidak ada dinar dan dirham (Hari Kiamat). Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya.”
-(Riwayat al-Bukhari)
3. Berdasarkan hadis-hadis, baginda Nabi s.a.w pernah berdoa agar Allah mengambil tindakan ke atas musuh-musuh Islam. Banyak hadis-hadis mengenai hal tersebut. antaranya doa Baginda s.a.w ke atas kumpulan Quraish yang menzalimi baginda:
“Ya Allah, ambillah tindakanMu ke atas Quraish.”
- (Riwayat al-Bukhari)
4. Adapun sesama muslim, perkara yang patut didahulukan –jika mampu- adalah memaafkan atau memohon hidayah agar diberikan kepada si zalim.
Sabda Nabi s.a.w:
“Sedekah tidak akan mengurangkan harta, Allah akan tambah kemuliaan untuk seseorang hamba disebabkan kemaafannya dan tiada seorang pun yang bertawaduk kerana Allah melainkan Allah akan mengangkatnya.”
- (Riwayat Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya)
5. Adapun jika saudara mahu juga berdoa agar Allah mengambil tindakan kepadanya, maka perkara tersebut tidaklah salah. Pastikan dahulu memang saudara dizalimi dan perbuatan individu berkenaan memang terbukti dan zalim.
Dalam hadis riwayat al-Imam Muslim menyebut:
Umm Sulaim iaitu Umm Anas memiliki seorang anak yatim perempuan. Suatu hati Nabi s.a.w melihat kepada anak yatim tersebut. Baginda bersabda: “Oh, dah besar pun awak. Umur awak takkan membesar lagi”. Anak yatim tersebut kembali kepada Umm Sulaim dan menangis. Umm Sulaim bertanya: “Kenapa wahai anakku?”. Kata gadis itu: “Nabi Allah s.a.w telah mendoakan keburukan ke atasku agar umurku tidak membesar. Maka mulai sekarang umurku tidak akan membesar lagi selama-lamanya." Maka Umm Sulaim pun keluar, tergesa-gesa mengenakan tudungnya sehingga berjumpa Rasulullah s.a.w. Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Kenapa wahai Umm Sulaim?”. Kata Umm Sulaim: “Wahai Nabi Allah, adakah engkau telah mendoakan keburukan ke atas anak yatimku? Anak yatimku mendakwa engkau mendoakan agar umurnya tidak membesar”. Rasulullah s.a.w pun ketawa kemudian bersabda: “Wahai Umm Sulaim! Tidakkah engkau tahu syaratku untuk Tuhanku? Aku telah memberikan syarat untuk Tuhanku, aku berkata: “Sesungguhnya aku manusia; aku redha seperti mana manusia redha, aku marah seperti mana manusia marah. Justeru, sesiapa sahaja di kalangan umatku yang aku doakan keburukan ke atasnya dengan sesuatu doa, sedangkan dia tidak layak, maka Allah akan jadikan untuknya kesembuhan, penyucian dan perkara yang mendekatkannya dengan Allah pada Hari Kiamat nanti”.
Gurauan Nabi s.a.w telah merisaukan Umm Salamah. Nabi s.a.w menjelaskan bahawa doa itu tidak akan menimpa gadis itu kerana dia tidak layak. Ertinya, jika sesiapa yang layak, maka doa itu akan menimpanya.
6. Dalam riwayat al-Imam Muslim seorang sahabat besar Nabi s.a.w iaitu Sa’id bin Zaid telah berdoa agar Allah mengambil tindakan kepada Arwa binti Aus yang memfitnah beliau mengambil tanahnya serta mengangkat kes itu kepada Gabenor Marwan bin al-Hakam. Sa’id bin Zaid berdoa dengan menyebut: “Ya Allah! Jika dia seorang pendusta maka butakanlah matanya dan bunuhlah dia dalam tanahnya”. Maka Arwa pada akhir hayatnya buta mata dan ketika sedang berjalan terjatuh dalam sebuah lubang dalam tanahnya dan meninggal.
Dalam riwayat al-Bukhari pula menceritakan bahawa ada penduduk Kufah yang mempertikai kepimpinan gabenor mereka Sa’d bin Abi Waqqas sedangkan beliau sahabat Nabi s.a.w yang besar dan pemimpin yang soleh. Khalifah ‘Umar mengambil tindakan menggantikan Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Ammar bin Yasir. Ketika siasatan sedang dijalankan didapati rakyat memuji kepimpinan Sa’d, kecuali di Masjid Bani ‘Abs seorang yang bernama Usamah bin Qatadah bangun membuat dakwaan seperti berikut: “Sesungguhnya Sa’d tidak menyertai peperangan, tidak membahagi harta secara saksama dan tidak adil dalam hukuman”. Sa’d menjawab: “Demi Allah aku akan berdoa dengan tiga perkara: “Ya Allah! Jika hambaMu ini (penuduh) seorang pendusta, tampil untuk menunjuk-nunjuk maka panjangkan umurnya, panjangnya kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah”. Maka lelaki tersebut hidup dalam kefakiran sehingga umur terlalu lanjut tapi masih mengganggu gadis-gadis di jalanan dan cuba meraba mereka.
7. Doa-doa di atas jika kita lihat mereka tidaklah terus meminta bala kepada muslim yang dianggap zalim itu, sebaliknya diikat dengan ungkapan “Ya Allah, jika dia ini berdusta maka…” atau mungkin kita sebut “jika dia telah menzalimiku maka..”.
Ini kerana kita mungkin tersalah anggap, atau silap tafsiran, maka wajarlah berlapik kata dalam hal ini dan serahkan kepada Allah Yang Maha Mengetahui.
8. Kita hendaklah sentiasa bimbangkan doa orang yang kita zalimi. Akan ada masanya Allah memustajabkan doa insan yang dizalimi lalu membalasnya kepada si zalim.
Sabda Nabi:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang).”
- (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya.”
- (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).
Dalam riwayat Ahmad yang lain:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya).
- (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).
Ertinya, walaupun insan yang dizalimi itu mungkin tidak baik agamanya, tetapi perbuatan orang lain menzaliminya tetap akan Allah balas. Dosa individunya kepada Allah, itu urusan dirinya. Dosanya itu tidak pula memberi ‘lesen’ kepada orang lain untuk menzaliminya. Maka berhati-hatilah kita.
* Tersiar di akhbar Sinar Harian pada 30 April 2010.
Dr Mohd Asri
Wednesday, November 23, 2011
Friday, November 18, 2011
Enam Ayat Syifaa' (Penyembuh)
Imam Abul Qasim Qushairi r.a. telah dilaporkan berkata: "Seorang di antara anakku jatuh sakit sehingga ia hampir maut. Di waktu itu daku mimpi bertemu Rasulullah s.a.w. dan daku pun beritahu hal anakku itu. Baginda s.a.w. berkata: "Mengapakah kamu tidak ambil berat pada ayat-ayat syifaa'? Mengapakah tidak kamu amal ayat-ayat itu dan memohon (kepada Allah) agar disembuhkan?" Setelah itu juga daku mula memikirkan peristiwa itu. Setelah diteliti (al-Qur'an) maka daku temui ayat-ayat itu pada ENAM TEMPAT. Ianya adalah seperti berikut:
14. Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman.
57. Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.
69. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
82. Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
80. "Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;
44. Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatNya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu - (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)".
Dipetik dari kitab Uswai-Rasool-e-Akram dari Madarijun Nubuwah

Labels:
doa
Be Thankful
Be thankful when you don't know something, for it gives you the opportunity to learn.
Be thankful for the difficult times. During those times you grow.
Be thankful for your limitations, because they give you opportunities for improvement.
Be thankful for each new challenge because it will build your strength and character.
Be thankful for your mistakes. They will teach you valuable lessons.
Be thankful when you're tired and weary, because it means you've made a difference.
It's easy to be thankful for the good things. A life of rich fulfillment comes to those who are also thankful for the setbacks. Gratitude can turn a negative into a positive. Find a way to be thankful for your troubles, and they can become your blessings.
-Ralph Marston

The Daily Motivator
Bercakap-cakap Ketika Khutbah
Adakah sah solat seorang lelaki yang solat fardhu Jumaat tetapi bercakap-cakap semasa khatib sedang membacakan khutbah?
Jawapan:
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Jika kamu berkata-kata kepada kawan kamu ketika imam berkhutbah pada hari Jumaat walaupun dengan perkataan ‘Diam’, maka laghalah (sia-sia) dia.”
-Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Ulama berbeza pendapat dalam hal hukum mendengar khutbah. Jumhur berpendapat diam ketika khutbah adalah wajib, iaitu pendapat yang paling kuat.
Berkata-kata ketika khutbah membatalkan pahala Jumaat, namun solat Jumaatnya tetap sah.
Hikmahnya adalah untuk mengelakkan gangguan tumpuan terhadap khutbah yang disampaikan. Namun untuk bercakap sesuatu yang penting, seperti memberitahu orang buta depannya ada lubang dan sebagainya, tidaklah termasuk perkara yang dilarang.
Ustaz Syed Mohd Fadzli al-Yamani
Dipetik dari Majalah Solusi

soal jawab agama
Monday, November 7, 2011
MERAWAT DEMAM
Hadis riwayat al-Tirmizi dalam Jami’nya menerusi hadis Rafi’ bin Khadij secara marfu meriwayatkan: “Apabila salah seorang antara kamu diserang demam dan demam itu adalah percikan api neraka, maka hendaklah dipadamkan demam itu dengan air sejuk dan hendaklah berendam di dalam sungai yang mengalir. Hendaklah ia mandi selepas fajar (subuh) dan sebelum terbit matahari. Dan hendaklah ia mengucapkan :
... lalu berendam sebanyak 3 kali selama 3 hari berturut-turut. Jika belum sembuh juga, ulangi hingga 5 hari. Jika belum sembuh juga, maka 7 hari. Biasanya tidak pernah lebih dari 7 hari dengan izin Allah.
Petikan dari Majalah Solusi
Labels:
doa
Not Always
Things are not always what they seem. Those with the most power are often the ones who exercise it the least. The smartest people are the ones who often say "I don't know." Many times, it is more loving to be firm than to give in. The best potential customer can sometimes be the one who at first appears the least impressive.
Because life is not always what it seems, we must learn to think, consider and act, rather than simply react. When you react in a predictable fashion, it permits others to easily control you. To control your own life, you must think for yourself and look beyond the obvious.
Every day is full of new possibilities, and every situation is different. What was true in the past, may no longer be. What seems to be obvious, may not be at all as it first appears.
Take the time, make the effort to see what is really there. You'll find opportunities that no one else has discovered.

Aurat wanita ketika sakit
Adakah pengecualian aurat kepada wanita yang sakit dan tua (terlantar atas katil) bila kawan-kawan yang bukan mahram selalu ziarah beliau. Atau sama sahaja seperti wanita yang sihat?
JAWAPAN:
Bahagian badan yang wajib ditutup (yakni aurat), tidak harus didedahkan kepada orang lain yang haram melihatnya melainkan ketika darurat, antaranya ketika rawatan yang tidak dapat dielakkan dari membuka bahagian yang sakit untuk dirawat oleh doktor.
Hukum ini tidak ada beza antara wanita yang telah tua atau masih muda, yang sihat atau yang sakit. Yang harus melihatnya hanyalah doctor atau jururawat yang menjalankan rawatan sahaja.
Adapun pelawat, tidaklah harus melihatnya. Oleh kerana si pesakit mungkin tidak berdaya melaksanakan kewajipan menutup aurat tersebut atau ia tidak sedarkan diri, orang yang menjaganya (sama ada anak-anak atau orang lain) yang wajib memastikan ditutup auratnya.
Jika tidak boleh ditutup auratnya atas nasihat doctor, hendaklah dibuka kepada kaum wanita dan lelaki-lelaki mahramnya sahaja untuk menziarahinya. Adapun lelaki yang bukan mahram hendaklah dihalang menziarahinya kerana menjaga hukum tadi.
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
http://ilmudanulamak.blogspot.com/

Subscribe to:
Posts (Atom)