Adakah pengecualian aurat kepada wanita yang sakit dan tua (terlantar atas katil) bila kawan-kawan yang bukan mahram selalu ziarah beliau. Atau sama sahaja seperti wanita yang sihat?
JAWAPAN:
Bahagian badan yang wajib ditutup (yakni aurat), tidak harus didedahkan kepada orang lain yang haram melihatnya melainkan ketika darurat, antaranya ketika rawatan yang tidak dapat dielakkan dari membuka bahagian yang sakit untuk dirawat oleh doktor.
Hukum ini tidak ada beza antara wanita yang telah tua atau masih muda, yang sihat atau yang sakit. Yang harus melihatnya hanyalah doctor atau jururawat yang menjalankan rawatan sahaja.
Adapun pelawat, tidaklah harus melihatnya. Oleh kerana si pesakit mungkin tidak berdaya melaksanakan kewajipan menutup aurat tersebut atau ia tidak sedarkan diri, orang yang menjaganya (sama ada anak-anak atau orang lain) yang wajib memastikan ditutup auratnya.
Jika tidak boleh ditutup auratnya atas nasihat doctor, hendaklah dibuka kepada kaum wanita dan lelaki-lelaki mahramnya sahaja untuk menziarahinya. Adapun lelaki yang bukan mahram hendaklah dihalang menziarahinya kerana menjaga hukum tadi.
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
http://ilmudanulamak.blogspot.com/
Monday, November 7, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment