Monday, November 22, 2010

Mandi Jenazah Kepada Orang Yang Telah Menukarkan Jantina

Soalan:

Jika seseorang lelaki yang telah menukar jantina iaitu lelaki kepada perempuan melalui pembedahan dengan menukarkan sifat lelakinya kepada perempuan, apabila dia meninggal, adakah kita sembahyangkan mengikut cara lelaki atau perempuan?

Jawapan:

Lelaki yang menukar jantina kepada perempuan melalui pembedahan atau dengan apa cara sekalipun maka dia tetap dikira sebagai seorang lelaki.

Segala amal ibadat yang diwajibkan ke atasnya hendaklah dilaksanakan menurut ketetapan syarak ke atas seorang lelaki. Oleh itu, sekiranya dia meninggal dunia maka hendaklah jenazahnya disempurnakankan selaku seorang lelaki termasuk cara solat ke atasnya.

Wallallhu a'lam.


Koleksi kemusykilan agama yang telah dijawab oleh Mufti Melaka.
http://alhuda.mmu.edu.my/jawapan/baca.php?id=191

No comments:

Post a Comment