Thursday, November 4, 2010

Zakat KWSP

Bayaran Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sejurus Pengeluaran - Satu Alternatif

Keputusan :

i. Mazhab Syafie menetapkan bahawa zakat harta wajib dikeluarkan apabila cukup nisab dan tempoh haulnya.

Wang KWSP adalah harta simpanan. Wang KWSP apabila dikeluarkan adalah diwajibkan zakat apabila sempurna kedua-dua syarat iaitu cukup nisab dan haul yang ditetapkan.

Walau bagaimanapun, Jumhur lama’ berpandangan bahawa zakat harta boleh dikeluarkan lebih awal daripada waktu yang sepatutnya dengan syarat harta tersebut telah mencukupi nisabnya.


ii. Berdasarkan pandangan tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa Keputusan Jawatankuasa Fatwa yang bersidang Kali Ke-5 pada 16-17 November 1982 dipinda seperti berikut:

Pencarum KWSP digalakkan mengeluarkan zakat sejurus menerima atau mengeluarkan wang KWSP tersebut jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun.

Keputusan Muzakarah JK Fatwa
25-27 Julai 2006 • Muzakarah Kali Ke-74

No comments:

Post a Comment