Apakah hukum mencuri nafas semasa sedang membaca Al-Quran?
Jawapan:
Mengambil nafas ketika membaca Al-Quran tidak dikira bersalah selagi mana ayat Al-Quran yang dibaca itu tidak lari dari maksud asal Al-Quran.
Credit:
http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/53315
Thursday, September 26, 2013
Sunday, June 2, 2013
Berkhatan Dengan Doktor Non-Muslim
Soalan:
Adakah boleh berkhatan dengan doktor bukan Islam?
Jawapan:
Berkhatan dengan sesiapa sahaja tidak menjadi masalah, hatta non-Muslim. Kebanyakan ulama termasuk Amir al-Sya’bi, Rabi’ah, al-Auda’ie, Yahya bin Said al-Ansari, Imam Malik, Imam Syafi’i dan Imam Ahmad berpegang bahawa hukum berkhatan adalah wajib.
Jawapan:
Berkhatan dengan sesiapa sahaja tidak menjadi masalah, hatta non-Muslim. Kebanyakan ulama termasuk Amir al-Sya’bi, Rabi’ah, al-Auda’ie, Yahya bin Said al-Ansari, Imam Malik, Imam Syafi’i dan Imam Ahmad berpegang bahawa hukum berkhatan adalah wajib.
Ustaz Syed Mohd Fadzli al-Yamani
Dipetik dari Majalah Solusi
Labels:
soal jawab agama
Sunday, April 28, 2013
SURAH BACAAN KETIKA MENGANDUNG
Surah Al-Fatihah – untuk terang hati dan kuat ingatan.
Surah Maryam – untuk memudahkan ibu bersalin dan memperoleh
anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman – untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik
jiwa.
Surah Yusuf – untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan
cantik akhlak.
Surah Al-Hujurat – untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak
bersifat berhati-hati.
Surah Yasiin – untuk ketenangan hati dan anak tidak
terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah At-Tawbah – untuk membersihkan jiwa dan terpelihara
daripada maksiat.
Surah An-Nahl – untuk melahirkan anak yang berdisiplin.
Dalam buku
‘Amalan-Amalan Semasa Mengandung
dan Panduan menyambut Cahaya Mata’ oleh Ustaz Hj Taib Azamudden Md Taib dan
Ustazah Ngah Puteh Abdul Syukur, menyebut bahawa Imam Syafi’i semasa dalam
kandungan ibunya, ibunya sering membaca Surah Al-Fatihah dan Surah Yasin dan
menyeru anak kandungannya supaya memahami apa yang dibacanya. Hasilnya Imam Syafi’i boleh menghafal
al-Quran 30 juzuk sejak berumur tujuh tahun.
Doa Agar Mendapat Anak yang Soleh/Solehah
(Surah Ali Imran 3 : Ayat 38)
38. Wahai Tuhanku!
kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; Sesungguhnya
Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan.
Doa Untuk Ibu Yang Sedang Mengandung
Author: Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood
Dipetik dari Majalah Solusi
Labels:
rahsia fadilat surah
Sequence
You know what you need to do, but you never seem to get it
all done. Why? Perhaps it's because you're not putting things in sequence.
How do you determine the sequence? Certainly you want to make sure the most important tasks are near the top of the list. Many people also find it helpful to do the least desirable things at the beginning of the day. And of course your appointments and commitments to others will also determine your schedule. Beyond that, even an arbitrary sequence is much more effective than no sequence at all.
Sequencing your tasks strengthens your commitment to getting them done. Success comes from taking one step at a time. The more clearly and specifically you can lay those steps out in front of you, the more you'll get accomplished.
- Ralph Marston
Labels:
The Daily Motivator
Sunday, April 7, 2013
SAKA KETURUNAN
Ayat-ayat untuk diamalkan bagi rawatan membuang jin di dalam
badan.
1.Surah Ar-Rad ; Ayat 30 - 43
2.Surah Al-Mukminun ; Ayat 105 - 118
3.Surah Az-Zumar ; Ayat 59 - 75
4.Surah Al-Baqarah ; Ayat 1 - 20
Baca Surah Ar-Rad 3 kali malam dan Surah Al-Mukminun 3 kali
siang. Pembacaan hendaklah diamalkan
setiap hari selama 3 hingga empat minggu.
Selepas membaca 3 kali, pesakit perlu memohon doa penyembuhan.
Selepas membaca dua surah pertama tadi, pesakit hendaklah
mengulang amalan dengan surah berikutnya. Yang penting, pesakit mesti mengamalkan ayat al-Quran yang diberi dan
berdoa kepada Allah untuk penyembuhan.
1. Surah Ar-Rad Ayat
30 - 43
2.Surah Al-Mukminun Ayat 105 - 118
3.Surah Az-Zumar ; Ayat 59 - 75
4.Surah Al-Baqarah ; Ayat 1 - 20
Credit to:
Hj Lokman Abdul Hamid
Perubatan Islam
lokman.alhidayah@gmail.com
Labels:
Syifa AlHidayah
Saturday, March 30, 2013
10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah.
1- Surah Al-Fatihah dapat memadamkan kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar
dapat meleraikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was
Author: Ustaz Don Daniyal
Labels:
rahsia fadilat surah
Tuesday, March 19, 2013
Wudhu Menggunakan Air Salji
Bagaimana
caranya untuk saya mengambil wuduk bila berada ditempat yang dipenuhi salji dan untuk mencari air sangat sukar,?..Bolehkan salji itu saya gunakan sebagai
tayammum?
Jawapan
Air salji adalah tergolong di dalam kategori air mutlak dan ia
bukan daripada jenis debu yang boleh dibuat tayamum.
Dari itu, air salji boleh digunakan untuk berwudhu’ sama seperti
air mutlak yang lain.
Wallahu 'alam.
http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/50236
Labels:
soal jawab agama
Keep It Up
The first step gets you started, but it does not get you
there. Success rarely comes from a single effort.
The tallest tree begins as a tiny seed. Practically every living thing starts out very small and achieves the full richness of life through steady, sustained growth. Even lifeless things such as storms and rivers, start small and grow over time.
Give your best to the first effort, and then continue for as long as it takes. Success comes with persistence.
-Ralph Marston
Labels:
The Daily Motivator
Friday, March 8, 2013
Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi
Mustahaknya membaca dan memahami istilah-istilah sains yang digunakan dalam
produk yang mengandungi unsur babi.
Contohnya label yang bertulis “This product contain substance from
porcine”, sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi sumber yang bahannya
berasal dari babi’. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The
source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi’.
Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:
1. Pork: Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.
2. Swine: Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.
3. Hog: Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.
4. Boar: Babi liar.
5. Lard: Lemak babi.
6. Bacon: Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.
7. Ham: Daging pada bahagian paha babi.
8. Sow: Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).
9. Sow Milk: Susu babi.
10. Pig: Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.
11. Porcine: Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.
Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:
1. Pork: Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.
2. Swine: Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.
3. Hog: Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.
4. Boar: Babi liar.
5. Lard: Lemak babi.
6. Bacon: Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.
7. Ham: Daging pada bahagian paha babi.
8. Sow: Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).
9. Sow Milk: Susu babi.
10. Pig: Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.
11. Porcine: Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.
Harap maklum. Sebarkanlah kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati.
Labels:
pengetahuan am
Tuesday, February 19, 2013
Doa agar dikurniakan anak yang soleh/solehah
Ibubapa yang menginginkan agar anak menjadi orang baik budi
pekerti dan taat kepada ajaran agama (anak yang soleh), amalkan membaca Ayat 100 dari Surah As-Shaffat setiap kali lepas solat fardhu dengan
penuh harapan.
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh."
USTAZ AHMAD ADNAN
FADZIL
http://koleksi-alqalam.blogspot.com/
Labels:
doa
Wednesday, February 6, 2013
Wang Ganjaran Pencen
Wang ganjaran pencen pilihan adakah
diwajibkan zakat?
Jawapan:
Wang tersebut wajib dikeluarkan zakat
apabila memenuhi syarat-syaratnya.
Berikut adalah syarat yang mewajibkan
zakat:
1. Islam
Zakat hanya dikenakan ke atas orang Islam.
Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam hanya peratusan
ekuiti orang Islam sahaja diambilkira untuk zakat.
2. Merdeka
Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali
zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi masa kini,
tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib
berzakat.
3. Milik Sempurna
Harta yang dimiliki mestilah sempurna
dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik
juga dapat memperlakukan dan memperolehi manfaat daripadanya.
4. Cukup Nisab
Nisab adalah paras nilai minima yang
menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan zakat. Awal Nisab
adalah bersamaan dengan 85 gram emas mengikut nilai semasa.
5. Cukup Haul
Cukup haul bermaksud genap setahun harta
disimpan.
Oleh yang demikian, jika kelima-lima
syarat di atas telah dipenuhi, maka wajiblah ke atas diri anda untuk
mengeluarkan zakat bagi wang tersebut.
Semoga dengan melaksanakan kewajipan
mengeluarkan zakat menyebabkan harta benda kita menjadi lebih berkat.
Wallahu
'alam.
http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/50677
Labels:
soal jawab agama
Memilih Sahabat
Biar cerewet memilih sahabat sebab: Daripada Abu Hurairah
r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Seseorang insan adalah
terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat
dengan siapa kamu bersahabat."
- (Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)
Dipetik dari Majalah GEN-Q
isu 08: Bersahabat Sampai Ke Syurga.
Labels:
mutiara hikmah
Other Perspectives
Even when you disagree with someone's opinion, there is
something you can learn from it.
Everyone has a different perspective, and
there is much knowledge to be gained by considering the viewpoint of others.
Avoid comparing someone else's opinion to your own. Instead, consider it on its own terms. Find the value it contains. Look for the truth and reality from which it springs.
Enrich your life by finding value in the opinions and perspectives of others.
-Ralph Marston
Labels:
The Daily Motivator
Tuesday, January 29, 2013
Cara Samak Jika Tiada Tanah
Soalan:
Semasa berjalan-jalan di shopping complex, saya telah terpegang kasut yang dibuat dari kulit khinzir. Soalan saya:
1) Jika saya makan dengan menggunakan tangan yang tidak dapat di samak
serta merta?
2) Adakah hanya perlu menyamak bahagian kaki dan tangan yang ada direct contact dengan kasut tersebut, tidak pada bahagian lain yang di sentuh oleh tangan saya yang tercemar?
3) Jika berada di Arab Saudi yang dikelilingi
Jawapan:
1) Boleh sebab ianya termasuk dalam khilaf ulamak dan perlu
dicuci untuk makan.2) Ya benar.
3) Boleh guna tanah
Dipetik dari:
http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/42586
Labels:
soal jawab agama
Practice
Whatever you practice, you will become skilled at doing.
Do you practice positive, success-oriented skills and actions?
Or do you practice such skills as making excuses, getting angry, complaining, assigning blame, and procrastinating.
Remember, the more you practice, the more skilled you become.
Every moment, you increase your experience in some area. The more you practice anything, the more it becomes a part of you. So be aware of what you practice each day, each moment. Make sure that what you practice, is what you want to become.
-Ralph Marston
Labels:
The Daily Motivator
Sunday, January 6, 2013
Terkena Tempias Percikan Air Kencing
Soalan:
Jawapan:
Hujah itu tidak boleh diterima, kerana dalam masalah ini,
segala percikan atau tempias yang halus, sebenarnya dimaafkan.
Dalam syariat, ada jenis najis yang dimaafkan. Antaranya ialah tempias air kencing yang
halus.
Sepertimana dimaafkan juga najis yang dibawa oleh binatang
yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Sebagai contoh, kita nampak lalat berterbangan dari satu tempat ke satu
tempat. Mungkin ia hinggap pada bangkai
babi atau anjing dan kemudian terbang dan hinggap pada makanan atau minuman
atau pakaian kita yang basah. Maka itu
dimaafkan.
Jadi tempias yang sedikit tadi dimaafkan. Maka solat dengan memakai seluar tadi,
hukumnya solat sah.
Author: Uztaz Fadzli Al-Yamani
Mudir Maahad Tahfiz Al-Yamani, Kg Baru, KL
Labels:
soal jawab agama
Saturday, December 22, 2012
Masalah Nama
Asal hukum bagi sebarang nama ialah Harus selagi tidak terkandung dalam kategori nama-nama yang ditegah Syarak iaitu;
1. Nama yang menunjukkan penghambaan kepada selain Allah. Contohnya memberi nama “Abdul Amir” (hamba pemimpin), “Abdun-Nabi” (hamba Nabi) dan sebagainya. Imam al-Hakim meriwayatkan dari Abdurrahman bin ‘Auf (seorang sahabat) yang menceritakan; “Nama aku asalnya ialah ‘Abdu ‘Amrin (Hamba Amar), namun selepas aku memeluk Islam Nabi s.a.w. menukar namaku kepada ‘Abdurrahman (Hamba Tuhan yang Maha Pengasih)”.
- (Riwayat al-Hakim, dipersetujui oleh Imam az-Zahabi, 3/306).
2. Memberi nama dengan nama-nama yang khusus untuk Allah seperti nama ar-Rahman, ar-Razzaq, al-Khaliq, ar-Rab dan sebagainya. Jika hendak menggunakan nama-nama dalam kategori ini hendaklah diletakkan 'Abdul' di hadapannya yang memberi makna “Hamba…”.
3. Nama-nama yang khusus bagi orang-orang kafir seperti Boutrus, Jarjis, ‘Abdul-Masih dan seumpamanya (yang menunjukkan kepada penganut agama tertentu).
4. Nama-nama yang diambil sempena berhala atau orang-orang yang disembah selain Allah seperti nama syaitan dan sebagainya.
(*Nama-nama di atas haram digunakan atau dipakai oleh seorang Muslim. Seorang yang menyedari nama yang diberikan kepada beliau menunjukkan kepada pengertian-pengertian di atas, wajib ia menukarnya).
5. Dimakruhkan nama-nama yang tidak memberi pengertian yang elok, iaitu nama-nama yang buruk dan jelik maknanya atau tidak menggambarkan keperibadian seorang Muslim. Nama-nama dalam kategori ini sunat ditukar.
Selagi tidak terbabit dengan larangan di atas, harus memberi nama dengan nama apa sahaja asalkan pengertiannya adalah baik dan elok. Adalah digalakkan memberi nama dengan menggunakan kalimah Arab kerana ia lebih menggambarkan keislaman di samping senang dirujuk maknanya kepada ulamak-ulamak Islam.
Secara urutannya, nama yang terbaik digunakan ialah mengikut susunan berikut;
1) Menggunakan nama-nama yang menunjukkan penghambaan kepada Allah seperti ‘Abdullah (Hamba Allah), ‘Abdurrahman (Hamba kepada Tuhan penyayang), Abdul-Aziz (Hamba kepada Tuhan yang perkasa), ‘Abdur-Razzaq (Hamba kepada Tuhan pemberi rezki) dan seumpamanya.
2) Memberi nama sempena para Nabi dan Rasul. Nama terbaik tentunya nama Nabi kita “Muhammad”, diikuti dengan Rasul-Rasul Ulul-Azmi iaitu Ibrahim, Musa, Nuh dan Isa, seterusnya nama-nama Nabi-Nabi yang lain.
3) Memberi nama sempena orang-orang soleh di antaranya nama-nama para sahabat, para Syuhada', para ulamak dan sebagainya.
4. Semua nama yang memberi makna yang baik dan elok.
Adapun di alam kubur nanti, penerimaan terhadap seseorang tidaklah bergantung kepada namanya, akan tetapi bergantung kepada iman dan amalannya.
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Fatwa Syeikh Soleh al-Munajjid, laman as-Sual wa al-Jawab (islamqa.com), lihat fatwa no. 7180 dan 135961.
Credit to: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
http://ilmudanulamak.blogspot.com
Labels:
pengetahuan am
Detours
Success and achievement do not end up coming about in exactly the way we planned.
Just because something goes wrong along the way, does not mean that the goal is unreachable. And more likely than not, something will go wrong.
For example, if you have to get to an important meeting and your car won't start, you call a taxi or find another way to get there. You wouldn't abandon the meeting just because one of the many options for getting there (driving in your car) didn't work out.For anything you want to attain, there are many ways to get there. When one path becomes blocked, don't turn back. Instead, take a detour, and you may soon find that the going is even better than you could have imagined.
-Ralph Marston
Labels:
The Daily Motivator
Sunday, November 11, 2012
Doa untuk menguatkan ingatan dari sifat Pelupa
"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan."
- Surah Al-Isra' ; Ayat 70
Baca ayat 70 dari Surah Al-Isra', semasa baca letak tangan atas kepala, insyaAllah akan kuat ingatan.
Credit to :Ustaz Sharhan Shafie
Labels:
doa
Thursday, August 9, 2012
Berusaha Mencari Rezeki
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.”
- Riwayat At-Tabrani
Huraian Pengajaran Hadith:
i) Sesungguhnya Allah S.W.T amat kasih kepada orang yang berusaha atau bekerja mencari rezeki dengan titik peluh sendiri di mana dengan itu dia dapat memenuhi keperluan dan tanggungjawabnya terhadap diri, keluarga dan masyarakat. Malah kedudukannya adalah lebih baik daripada bersikap pemalas dan meminta-minta daripada orang lain.
Ii) Allah telah menetapkan dalam sunnah kehidupan bahawa kejayaan itu adalah hasil daripada kerja tekun dan dedikasi. Inilah antara maksud jihad yang dituntut oleh Islam.
iii) Kita perlu ingat bahawa hanya rezeki yang halal sahaja mesti dicari kerana di situlah letaknya keberkatan dan ganjaran daripada Allah S.W.T. Sedangkan rezeki yang diambil daripada punca yang haram seperti rasuah dan sebagainya, lambat laun akan menimbulkan kecelakaan dan masalah dalam hidup bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.”
- Riwayat At-Tabrani
Huraian Pengajaran Hadith:
i) Sesungguhnya Allah S.W.T amat kasih kepada orang yang berusaha atau bekerja mencari rezeki dengan titik peluh sendiri di mana dengan itu dia dapat memenuhi keperluan dan tanggungjawabnya terhadap diri, keluarga dan masyarakat. Malah kedudukannya adalah lebih baik daripada bersikap pemalas dan meminta-minta daripada orang lain.
Ii) Allah telah menetapkan dalam sunnah kehidupan bahawa kejayaan itu adalah hasil daripada kerja tekun dan dedikasi. Inilah antara maksud jihad yang dituntut oleh Islam.
iii) Kita perlu ingat bahawa hanya rezeki yang halal sahaja mesti dicari kerana di situlah letaknya keberkatan dan ganjaran daripada Allah S.W.T. Sedangkan rezeki yang diambil daripada punca yang haram seperti rasuah dan sebagainya, lambat laun akan menimbulkan kecelakaan dan masalah dalam hidup bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga.
Labels:
hadis
Subscribe to:
Posts (Atom)


