Sunday, December 25, 2011

Ibubapa Derhaka

Kita selalu membicarakan kederhakaan anak terhadap orang tuanya tetapi jarang sekali kita bincangkan kederhakaan ibu bapa terhadap anak-anaknya. Jika diamati, banyak tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak yang diabaikan. Hakikatnya ibu bapa itulah yang menderhakai anaknya!

Imam al-Ghazali mengingatkan: “Anak-anak merupakan amanah bagi kedua orang tuanya. Hatinya yang suci masih bersih tanpa ukiran dan gambar. Dia sedia diukir dan cenderung kepada apa sahaja yang mempengaruhinya. Jika dia dibiasakan dan diajar kepada kebaikan, maka tumbuhlah menjadi anak yang baik. Dengan itu kedua ibubapanya akan berbahagia di dunia dan akhirat. Sedangkan apabila dia dibiasakan berbuat jahat dan dibiarkan begitu sahaja seperti membiarkan binatang ternak, maka dia akan sengsara dan binasa. Dosanya akan dipikul oleh ibubapanya yang bertanggungjawab menguruskannya!”

Anak-anak mungkin gagal mengikut cakap kita, tetapi mereka tidak mungkin gagal mengikut sikap kita. Justeru, cara terbaik mendidik anak-anak ialah melalui sikap, bukan cakap. Ini kerana manusia lebih mempercayai matanya berbanding telinga. Sikap dapat dilihat, cakap cuma dapat didengar.

Kebanyakan ibubapa masih “mengajar”, bukan “mengajak” anak-anak. Apa bezanya antara mengajar dengan mengajak? Mengajar hanya melalui kata-kata. Contohnya, kita suruh mereka solat tetapi kita sendiri masih leka dengan aktiviti lain. Kita arahkan mereka belajar, sedangkan kita asyik menonton TV!

Cara terbaik ialah kita mengajak mereka. Jika menyuruh mereka solat, kita sama-sama solat. Apabila mengarahkan mereka membaca buku, kita juga sama-sama duduk dan membaca sesuatu (buku agama, buku kemahiran dll).

Semua ibubapa sayangkan anak-anak. Malangnya, dengan tidak mempamerkan sikap atau teladan yang baik, kita hakikatnya menghancurkan masa depan mereka bukan sahaja di dunia tetapi juga masa depan di akhirat apabila anak-anak terbiar liar.

Justeru pada ketika masyarakat banyak berbincang tentang anak derhaka, cuba lihat dari posisi yang lain agar suatu masalah dapat ditangani secara lebih holistik.

Hakikatnya anak derhaka itu adalah “produk” daripada ibu bapa yang derhaka!.


Author: Pahrol Mohamad Juoi
Ketua Editor
Di petik dari Majalah Solusi

Criticism

No one can make you feel inferior without your consent.
-- Eleanor Roosevelt


How do you react to criticism? Do you let it get you down? Do you really want these people to control the way you feel about yourself?

Much criticism is useful and can help us to make positive changes. Imagine how difficult it would be to improve if you never received any feedback. Yet criticism is only one person's opinion. If you let criticism mold the way you feel about yourself, then your happiness depends on the whims of others.

When someone criticizes you, look objectively for something useful and positive in what they're saying. Then discard the rest. It doesn't need to get you down.

When you're living with passion and purpose, making a sincere effort to be the best that you can be, is it really THAT important what other people think?

The negative thoughts of others toward you, particularly if they are unfounded, are not worth the effort it takes to be concerned with them. There are many people whom you will never please. That is their problem, not yours.

Learn what you can from your critics. Then move forward with confidence and commitment.

-Ralph Marston

Keberkatan Hari Khamis

Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Zajaji dalam al-Amali, daripada Ali k.w.h., beliau berkata, maksudnya:

“Jika kamu mempunyai sesuatu urusan, bersegeralah melakukannya pada pagi hari Khamis kerana Nabi s.a.w. pernah berdoa memohon kepada Allah agar umatnya mendapat keberkatan pada awal hari Khamis.

– Ust. Hj. Zahazan

Monday, December 12, 2011

Siapakah isteri kedua Rasulullah s.a.w.?

Saudah binti Zam’ah. Rasulullah s.a.w. berkahwin dengan Saudah sebelum berkahwin dnegan Aisyah r.ha


Siapakah satu-satunya sahabat Nabi s.a.w. yang lahir di dalam Kaabah?

Hakim bin Hizam.


Wanita pertama yang syahid dalam Islam.

Sumayyah


Dipetik dari Majalah Solusi
SOALAN-SOALAN TRIVIA, FAKTA DAN INFO
Oleh Husna Hassan

What do you carry?

Whatever you experience today, will be a memory tomorrow. Yet in many ways, today will always be with you, in the experiences you gather and carry along on the journey.

A very brief experience can often influence an entire lifetime. Long after something is over, it continues to affect you. The original event may have been entirely out of your hands, yet the extended, continuing experience of it is completely under your control. You choose what to keep, what to discard, and how to think about it.

No matter what has happened in the past, you can take from it whatever you decide to, and move forward on your own terms.

Experience lasts within you in whatever way you wish to perpetuate it. So, make it work for you.

- Ralph Marston

MELAKUKAN SOLAT QADHA SELEPAS SOLAT ASAR

Soalan:

Saya ada sedikit kemusykilan tetang menggantikan ibadah solat (qada) yang tertinggal. Jika saya tertinggal menunaikan solat Asar kerana sebab tertentu, bolehkan saya menggantikan solat tersebut setelah selesai menunaikan Solat Fardu Asar atau saya perlu menggantikannya pada waktu solat yang lain seperti Maghrib atau Isyak kerana saya pernah terbaca di dalam kitab bahawa setelah menunaikan Solat Subuh dan Solat Asar tidak dibenarkan menunaikan sebarang solat lain (waktu haram bersolat ). Terima kasih.


Jawapan:

Solat yang dilarang untuk dikerjakan selepas kita mengerjakan solat Subuh dan solat Asar ialah solat-solat yang tidak bersebab.

Adapun solat-solat bersebab, diharuskan kita mengerjakannya pada bila-bila masa termasuk pada waktu dilarang solat. Di antara solat bersebab ialah solat Qadha (yakni solat ganti kepada solat fardhu atau solat sunat yang luput waktunya). Jadi (merujuk kepada soalan saudara), adalah harus selepas saudara menunaikan solat Asar, selepas itu saudara mengerjakan pula solat qadha asar atau solat-solat lain yang tertinggal.

Menyegerakan solat fardhu yang tertinggal adalah amat dituntut.

Wallahu a'lam.


Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
http://ilmudanulamak.blogspot.com/

Thursday, December 1, 2011

KADAR NAFKAH SUAMI KEPADA ISTERI

Soalan:

Saya ingin bertanya apakah maksud terperinci nafkah suami kepada isterinya? Adakah kerana dia telah membeli barangan keperluan seperti makanan sudah cukup dinamakan nafkah? Adakah salah jika isteri meminta wang kepada suaminya untuk dirinya sendiri sedangkan suaminya tidak pernah memberi wang, alasannya dia telah membeli semua barangan keperluan. Adakah wajib suami memberi keluarga mertua sedikit sumbangan seperti wang ringgit atau sebagainya? Dan apakah hukumnya jikalau keperluan yang dibeli oleh si suami menjadi ungkitannya semula. Disini saya terlalu musykil, harap dapatlah memberi penjelasan.
Sekian terima kasih.


Jawapan:

Wajib suami memberi nafkah [1] kepada isteri mengikut kemampuannya dan juga dengan meraikan keperluan isteri.

Firman Allah (bermaksud):
"Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan."
- (Surah at-Thalaq, ayat 7).

Di dalam hadis yang menceritakan Hindun (isteri Abu Sufyan) yang mengadu kepada Rasulullah tentang suaminya (Abu Sufyan) yang kedekut (tidak memberi belanja yang mencukupi untuk isteri dan anaknya), Rasulullah berkata kepada Hindun; "Kamu ambillah dari hartanya kadar yang mencukupi untuk kamu dan anak kamu mengikut kebiasaannya" [2].
- (HR al-Jamaah kecuali Imam at-Tirmizi. Lihat hadis ini dalam Nailul-Autar, Kitab an-Nafaqaat, bab al-Mar,ah Tunfiqu Min Mali az-Zauji min Ghair 'ilmihi...). Hadis ini menunjukkan bahawa keperluan isteri juga diambil kira dalam kewajipan memberi nafkah kerana Nabi menyebutkan "ambillah kadar yang mencukupi". Kecualilah jika suami miskin, maka ia dituntut memberi nafkah mengikut kemampuannya dan isteri hendaklah redha dengan keadaan suami dan berpada dengan apa yang diberikan.

Ada ulamak menetapkan kadar tetap harian bagi nafkah yang wajib disempurnakan oleh suami untuk isterinya. Antaranya Imam Syafiie yang menetapkan: Jika suami kaya; ia hendaklah memberikan 2 cupak sehari untuk makanan isterinya, suami sederhana 1 1/2 cupak dan suami miskin 1 cupak. Adapun jumhur (majoriti) ulamak, mereka tidaklah menentukan kadar tetap, akan tetapi dirujuk kepada kemampuan suami dan juga keperluan isteri.[3]

Kemampuan suami boleh berubah, begitu juga keperluan isteri. Pada ketika suami melihat keadaanya lebih senang, ia hendaklah melebihkan sedikit belanjanya untuk isteri dan isteri pula berhak menuntut peruntukan yang lebih. Begitu juga jika keperluan isteri bertambah kerana sesuatu sebab, pertambahan itu juga perlu berada dalam penilaian suami jika ia mampu meraikannya. Di dalam al-Quran, Allah amat menekan para suami agar melayani isteri dengan baik untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Firman Allah (bermaksud): "Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik."
- (Surah an-Nisa', ayat 19)

Mungkin kita boleh meletakkan tahap-tahap bagi perbelanjaan dengan merujuk kepada tahap-tahap maslahah manusia yang diputuskan ulamak iaitu tiga peringkat:
~ Pertama: Tahap keperluan paling atas iaitu keperluan daruriyat.
~ Kedua: Keperluan hajiyat.
~ Ketiga: keperluan tahsiniyat.

Keperluan daruriyat ialah yang boleh menyebabkan kerosakan hidup jika tidak diberikan. Ini merangkumi makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal yang asas, termasuk juga keperluan ilmu khususnya ilmu agama kerana tanpanya akan rosak kehidupan di akhirat.

Keperluan hajiyat ialah yang bawah dari daruriyat, iaitu yang jika tidak ada tidaklah membawa kerosakan hidup, tetapi membawa kepada kehidupan yang susah, sukar dan menderita. Contohnya: perabot-perabot rumah yang asas, peralatan dapur, pakaian yang lebih sedikit dari keperluan daruriyat tadi dan sebagainya.

Keperluan Tahsiniyat ialah yang jika tidak ada tidaklah membawa kerosakan dan tidak juga membawa kesusahan hidup, cuma kewujudannya boleh menambah keselesaan hidup.

Balik kepada soalan yang ditanya, jika suami puan miskin, puan hendaklah berpada dengan apa yang diberinya untuk keperluan pertama (daruriyat) atau keperluan kedua (hajiyat). Jika suami puan berkemampuan, bolehlah puan meminta lebih dari itu. Suami pula hendaklah meraikan isteri jika ia mampu demi mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Di dalam hadis, Rasulullah bersabda (bermaksud); "Allah mengasihi seorang lelaki yang bertolak ansur bila menjual, bila membeli dan bila menuntut (hutangnya)."
- (HR Imam al-Bukhari dari Jabir).

Dalam riwayat lain: "...bertolak ansur ketika membayar hutang dan menuntut hutang."
- (HR Imam at-Thabrani dari Jabir).

Walaupu hadis ini menyentuh jual-beli dan hutang-piutang, tetapi ruh tolak ansur yang disarankan Nabi tidak ada salahnya untuk kita amalkan di mana-mana sahaja dalam kehidupan terutamanya dalam perkongsian hidup suami isteri. Maksudnya, suami bertolak ansur dalam melayani permintaan isteri dan isteri pula bertolak ansur dalam menuntut haknya.

Mengenai pemberian kepada mertua, tidaklah wajib suami memberi nafkah atau belanja untuk mertua sekalipun mertua miskin, kecualilah atas ihsan darinya sahaja. Jika ia mampu, eloklah ia memberinya kerana itu juga boleh mengukuhkan lagi kasih-sayang dengan isteri. Mertua yang miskin dan tidak mampu berkerja, ia wajib dinafkahi oleh keluarganya sendiri (iaitu bapa atau anak-anaknya), bukan menantunya. Jika mertua terpaksa bergantung hidup dengan anak perempuannya yang telah berkahwin, suami hendaklah memberi izin kepada isteri untuk menziarahi dan berkhidmat kepada ibu-bapanya (tanpa menjejaskan hak suami) dan begitu juga untuk menafkahi mereka. Jika ia tidak memberi izin tanpa sebab yang munasabah, ia berdosa dan jika isteri melanggarnya sebahagian ulamak berpandangan isteri tidak dikira nusyuz ketika itu. Adalah harus isteri memberi belanja dari duitnya sendiri kepada ibu-bapanya sekalipun tanpa izin suami, namun eloklah ia meminta izin sebagai tanda menghormati suami. Jika suami menghalang tanpa sebab, tidak dikira nusyuz jika isteri melanggarinya.

Mengenai suami mengungkit pemberiannya kepada isteri, jika dengan niat yang baik seperti untuk memperingatkan isteri supaya taat kepadanya kerana ia telah pun melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suami (iaitu memberi nafkah mengikut yang termampu) supaya isteri membalasnya dengan melaksanakan tanggungjawabnya pula (iaitu taat dan melayani suami), ungkitan sebegitu tidaklah dilarang, malah ada ketikanya perlu dilakukan. Adapun jika ungkitan semata-mata untuk menyakiti hati isteri, tidaklah harus dilakukan kerana ia menyalahi pergaulan yang yang disuruh oleh Allah dalam ayat tadi.

Wallahu a'lam.


Nota;

[1] Memberi nafkah bermaksud mencukupkan keperluan hidup merangkumi makanan, pakaian dan keperluan-keperluan lain (at-Tahwir wa an-Tanwir).

[2] Lafaz bahasa Arabnya ialah "Bil-Ma'ruf", al-makruf bermaksud; mengikut kebiasaan masyarakat setempat iaitu berdasarkan pengamalan yang diterima oleh orang ramai di sesuatu tempat selama ia tidak bercanggah dengan ketetapan Syariat (at-Tahwir wa an-Tanwir).

[3] Sebenarnya terdapat tiga pandangan ulamak dalam menetapkan ukuran yang hendak dipakai bagi menentukan kadar nafkah yang sewajarnya bagi isteri:-

A) Pandangan pertama - hendaklah dilihat kepada keadaan suami (kaya, miskin atau sederhana). Pandangan ini diutarakan oleh Imam Syafiie dengan berdalilkan ayat di atas.

B) Pandangan kedua - dengan melihat keperluan isteri. Pandangan ini diutarakan oleh Imam Abu Hanifah dan Imam Malik dengan berdalilkan hadis Hindun di atas.

C) Pandangan ketiga - dengan mengambil kira kedua-dua sekali iaitu keadaan suami dan juga keperluan isteri. Pandangan ini diutarakan oleh Imam Ahmad berdalilkan ayat dan juga hadis di atas iaitu dengan memadankan kedua-duanya. Pandangan inilah yang kita pilih di atas kerana ia meraikan kedua-dua dalil di atas.
- (al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, juzuk 8, kitab an-Nafaqaat).



Rujukan;

1. Tafsir al-Qurtubi, Surah at-Talaq, ayat 7.
2. At-Tahwir wa at-Tanwir, Syeikh Muhammad at-Tahir ibnu Asyur, Surah at-Talaq, ayat 7.
3. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, juzuk 8, kitab an-Nafaqaat.
4. Nailul-Autar, Kitab an-Nafaqaat, bab al-Mar,ah Tunfiqu Min Mali az-Zauji min Ghair 'ilmihi..


Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
http://ilmudanulamak.blogspot.com/

Cause And Effect

Results are accessible only through their causes. You cannot create results directly, by simply wishing them into existence. Rather, you must take the specific set of actions, over time, that will bring about the results.

Everything that has ever been accomplished, is the result of certain actions, taken in a certain sequence, to produce a result. This is true for desirable as well as undesirable results!

Every result has a cause in action. Every action has an effect.

There is something you can do, that will bring you the life you want. There are certain actions you can take, that will cause the achievement of the things you desire.

Nothing can prevent the result, when the needed action is taken with commitment and persistence.

- Ralph Marston