Sunday, December 25, 2011

Ibubapa Derhaka

Kita selalu membicarakan kederhakaan anak terhadap orang tuanya tetapi jarang sekali kita bincangkan kederhakaan ibu bapa terhadap anak-anaknya. Jika diamati, banyak tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak yang diabaikan. Hakikatnya ibu bapa itulah yang menderhakai anaknya!

Imam al-Ghazali mengingatkan: “Anak-anak merupakan amanah bagi kedua orang tuanya. Hatinya yang suci masih bersih tanpa ukiran dan gambar. Dia sedia diukir dan cenderung kepada apa sahaja yang mempengaruhinya. Jika dia dibiasakan dan diajar kepada kebaikan, maka tumbuhlah menjadi anak yang baik. Dengan itu kedua ibubapanya akan berbahagia di dunia dan akhirat. Sedangkan apabila dia dibiasakan berbuat jahat dan dibiarkan begitu sahaja seperti membiarkan binatang ternak, maka dia akan sengsara dan binasa. Dosanya akan dipikul oleh ibubapanya yang bertanggungjawab menguruskannya!”

Anak-anak mungkin gagal mengikut cakap kita, tetapi mereka tidak mungkin gagal mengikut sikap kita. Justeru, cara terbaik mendidik anak-anak ialah melalui sikap, bukan cakap. Ini kerana manusia lebih mempercayai matanya berbanding telinga. Sikap dapat dilihat, cakap cuma dapat didengar.

Kebanyakan ibubapa masih “mengajar”, bukan “mengajak” anak-anak. Apa bezanya antara mengajar dengan mengajak? Mengajar hanya melalui kata-kata. Contohnya, kita suruh mereka solat tetapi kita sendiri masih leka dengan aktiviti lain. Kita arahkan mereka belajar, sedangkan kita asyik menonton TV!

Cara terbaik ialah kita mengajak mereka. Jika menyuruh mereka solat, kita sama-sama solat. Apabila mengarahkan mereka membaca buku, kita juga sama-sama duduk dan membaca sesuatu (buku agama, buku kemahiran dll).

Semua ibubapa sayangkan anak-anak. Malangnya, dengan tidak mempamerkan sikap atau teladan yang baik, kita hakikatnya menghancurkan masa depan mereka bukan sahaja di dunia tetapi juga masa depan di akhirat apabila anak-anak terbiar liar.

Justeru pada ketika masyarakat banyak berbincang tentang anak derhaka, cuba lihat dari posisi yang lain agar suatu masalah dapat ditangani secara lebih holistik.

Hakikatnya anak derhaka itu adalah “produk” daripada ibu bapa yang derhaka!.


Author: Pahrol Mohamad Juoi
Ketua Editor
Di petik dari Majalah Solusi

6 comments:

  1. yer saya setuju sangat, mak saya sesuai baca artikel ni, mohon share yer.

    ReplyDelete
  2. t kasih ats artikel ini.
    artikel ini sepatutnya di siarkn kat muka depan harian metro...

    klau acuan dah slh tak perlu nak harap hasil yg baik...klau nak anak soleh/solehah mak ayah perlu jadi soleh solehah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih zaty hazwani & Anonymous June 7 di atas komen anda.

      ibubapa tak semestinya selalu betul, anak-anak juga tak semestinya selalu salah. kedua-dua pihak mesti rajin-rajin muhasabah diri.

      Delete
  3. Saya mempunyai ibu bapa yang derhaka....akibatnya,saya sakit jiwa dan murung....hidup kami x bahagia...kakak saya juga begitu tertekan dgn sikap ibu bapa hingga dia sudah tidak merasakan sebarang ikatan terutama dgn bapa....

    ReplyDelete
  4. Awak same ngn sy... akibatnye sy sakit jiwa ngn murung.... life sy musnah dah skrg... yg paling sedih.. sy xde sape2 even kawan skalipun... :(

    ReplyDelete
  5. Samalah kita, makbapa cuma pentingkan duit saje..nk ank cemerlang akademik tp tak pernah ajar.nak anak sentiasa ada bersama tp mereka tiada ketika anak memerlukan malahan mengajar benda2 dosa kpd anak....akhirnya kite yg jadi murung dan disalahkan juga kite...sy masih mendoakan ibubapa sy cuma xmampu dh nk bersabar ketika bwrsama mereka...akhirnya sy menjauhkan diri sbb sy hnya akan jd marah jika nmpak mereka....

    ReplyDelete