Would you expect to walk out of the supermarket, with a basket full of fresh food, without paying for it? Would you expect to drive a new car away from the dealership, without paying for it? Of course not.
For anything of value, there is a price to pay.
There is always a price to pay. To be a great musician, or a winning athlete, you must pay the price with years and years of dedicated practice. To be successful in business, you must pay the price with innovation, risk taking, long hours and hard work.
You have the ability to pay for anything you want. That ability comes from your effort, your commitment, your discipline and focus. Everyone has the ability to pay. Yet not everyone is willing. Only those who also have the willingness to pay the price, can enjoy the rewards and the value.
Don't waste your time trying to get around it. There's always a price to pay. Be willing to pay the price, and find a way to do it. That is the most direct path to a life of value and fulfillment.
-Ralph Marston
Sunday, May 8, 2011
ADAKAH BACAAN QURAN DARI KASET MEMADAI?
Soalan:
Apakah Surah Yaasin atau surah yang lain dari Al-Quran yang dibacakan oleh Ulama dan Ustaz di Media (Kaset, Radio dan umpamanya) berfadhilat yakni boleh digunakan untuk tujuan Syifa hati seperti menghalau Syaitan atau seumpama dengannya? Dan adakah menjadi ubat, air yang diperdengarkan bacaan Quran di media?
Jawapan;
Bacaan al-Quran dari kaset bukanlah bacaan al-Quran pada hakikatnya. Ia adalah suara yang dirakamkan. Bacaan berlaku pada masa yang lalu, cuma suara bacaan dirakam dan diperdengar semula.
Oleh itu, bagi mendapat fadhilat-fadhilat khusus dari bacaan al-Quran seperti untuk mengusir Syaitan dari rumah (dengan membaca surah al-Baqarah), mengubati penyakit (dengan surah al-Fatihah, al-Mu’awwizat dan ayat-ayat yang lain), untuk menghadiahkan bacaan kepada si mati (bagi pandangan yang mengatakan sampai pahalanya kepada si mati) dan untuk mendapat pahala membaca al-Quran, tidak cukup dengan memutarkan kaset/cd sahaja. Ia mesti dengan bacaan secara lansung kerana pahala dan kelebihan tersebut bergantung kepada niat si pembacanya dan kaset bukanlah makhluk bernyawa yang mampu menghadirkan niat bagi memenuhi tujuan tersebut.
Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin (salah seorang ulamak besar Arab Saudi), ketika ditanya tentang hadis Nabi s.a.w. “Rumah yang dibaca didalamnya surah al-Baqarah tidak akan dimasuki oleh Syaitan”[1]; Adakah dengan memutarkan bacaan surah al-Baqarah yang dirakam akan memberi hasil yang sama?. Beliau menjawab; “Bacaan kaset tidak boleh mencapai tujuan tersebut kerana ia tidak dipanggil “membaca al-Quran”, akan tetapi dipanggil “mendengar suara pembaca yang lalu (yang dirakamkan suaranya)”.
Jika kita merakam suara azan dari seorang muazzin, kemudian bila masuk waktu solat kita letakkan suara itu di mikrofon dan membiarkannya melaungkan azan, adakah memadai? Jawapannya: Tidak memadai.
Begitu juga, jika kita merakam khutbah yang baik, kemudian pada hari Jumaat kita perdengarkan rakaman itu kepada orang-orang yang hadir solat Jumaat, adakah itu memadai? Jawapannya: Tidak memadai.
Apa sebabnya?
Sebabnya ialah kerana rakaman ialah suara yang lalu. Ia sama seperti kamu menyalinnya di atas kertas. Jika kamu menulis ayat al-Quran di atas kertas atau kamu meletakkan satu mushaf al-Quran dalam rumah, adakah itu boleh menggantikan bacaan al-Quran? Sudah tentu jawapannya: Tidak.”
- (Liqa’ Bab al-Maftuh, 14/34).
Kita tidaklah menafikan bacaan al-Quran dari kaset ada manfaatnya seperti untuk menceriakan suasana tempat kediaman, majlis atau sebagainya dengan bunyi ayat-ayat al-Quran (ia tentunya lebih baik dari menceriakannya dengan bunyi-bunyi yang lain), untuk memudahkan kita mengingati atau mengulangkaji ayat-ayat al-Quran yang dihafal dan manfaat-manfaat lainnya lagi.
Bukan sahaja orang yang membaca al-Quran, orang yang mendengar bacaan al-Quran juga akan diberi pahala oleh Allah jika ia memberi tumpuan kepada bacaan yang dikumandangkan dan lebih berpahala lagi jika ia mendengar dengan tadabbur.
Namun, untuk mendapat fadhilat-fadhilat khusus di awal tadi, tidak cukup dengan bacaan kaset sahaja, akan tetapi mesti dengan bacaan secara lansung.
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Liqa’ al-Bab al-Maftuh (Fatawa Syeikh Ibnu al-‘Uthaimin), 14/34.
2. Laman al-Islam; Sual wa Jawab (http://www.islamqa.com), fatwa no. 69963.
[1] Hadis riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-.
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
http://ilmudanulamak.blogspot.com

Labels:
al-quran,
soal jawab agama
Monday, May 2, 2011
Pandangan Islam Mengenai Hidangan Pemilik Harta Haram
Seseorang pernah bertanya kepada Ibn Masud r.a. : “Aku mempunyai seorang jiran dan tidak ku ketahui berkenaan hartanya kecuali semuanya haram dan kotor, dan dia menjemputku (ke rumahnya). Aku merasa sukar untuk hadir dan sukar juga untuk tidak hadir.”
Berkata Ibn Masud: “Terima dan hadirlah jemputannya. Sesungguhnya dosa-dosa (daripada harta haram tadi) adalah tanggungannya sahaja.”
- ( Riwayat Al-Baihaqi, 5/335 ; Al-Baihaqi berkata sanad riwayat ini tidak kukuh)
Agak sukar bagi kita untuk mengatakan harta dan pendapatan seseorang itu semuanya haram. Mungkin kerjanya dalam bidang yang haram tapi itu tidak semestinya seluruh pendapatannya dan wang simpanannya haram.
Jika pandangan yang mengatakan haram berurusan dengan individu yang hartanya bercampur diaplikasikan dan difatwakan, kita akan dapati sudah tentu seluruh umat Islam akan ditimpa kesusahan yang tiada taranya lagi.
Tidak dapat dinafikan terlalu ramai umat Islam yang hartanya bercampur apatah lagi orang bukan Islam.
Keadaan ini menyebabkan Imam Al-Ghazzali berkata :-
"Sesungguhnya sekiranya harta haram telah tersebar luas di sebuah tempat dan sukar untuk berpindah dari tempat itu, maka harus hukumnya berurusan walaupun melebihi had darurat, kerana jika manusia hanya dihadkan sekadar 'alas perut' (had dharurat), maka pastilah akan terhenti kehidupan manusia, rosaklah system dan tatkala itu urusan agama juga akan rosak dan jatuhnya syiar Islam ( kerana semuanya tidak boleh dilakukan tanpa peranan harta)"
- ( Shifa al-Ghalil, Al-Ghazzali, hlm 245 ; Mabahith at-Ta'lil, Al-Kabisi, Hlm 133 )
Yang Tidak Diketahui Adalah Harus
Apa yang disebut tadi adalah bagi individu yang diketahui pendapatannya ada yang haram. Adapun bagi yang tidak diketahui sumber pendapatan hartanya, hukumnya tetap pada yang asal iaitu HARUS dan HALAL, selagi mana tiada diketahui keterlibatan dengan haram. Tidak juga menjadi tanggungjawab kita untuk menyelidik harta dan sumber pendapatan rakan-rakan kita.
Kesimpulan:
Harus berurusan dan hadir ke rumah orang yang menjemput walaupun diketahui hartanya bercampur. Jika tidak diketahui terdapat hartanya yang haram secara jelas, hukum menghadiri tadi menjadi sunat dan mendapat pahala berdasarkan sabda Nabi SAW :-
"Apabila seorang kamu dijemput suatu majlis hidangan (kenduri makan), hendaklah ia sahut dan terimanya"
-( Riwayat Muslim, no 1430, 2/1054 ).
Satu lagi hadis juga boleh menambahkan lagi kefahaman :-
"Ada orang yang membawa kepada kami dagng. Tidak tahu pula samada mereka menyebut nama Allah (semasa sembelih) atau tidak?" Baginda menjawab : "Sebutkanlah pada diri kamu, dan makanlah"
- [Riwayat Bukhari, no 5507].
Hasilnya, ini bererti jika sesuatu hadiah yang diberi tadi :-
1) membawa sesuatu maksud yang bercanggah dengan hukum dan objektif Islam, haram diambil hadiahnya.
2) datang dari bukan Islam yang memusuhi dan memerangi Islam, haram diambil.
3) sekadar hadiah walaupun hartanya bercampur atau tidak diketahui, ia BOLEH dan harus untuk diambil.
Adapun berkenaan hidangan dari orang yang bercampur hartanya dan tidak pula diketahui samada disembelih atau tidak. Hadis Al-Bukhari tadi boleh memberikan jawapannya. Bagaimanapun, eloknya makan yang dipastikan halal sahaja.
Wallahu 'alam
Sekian.
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

pengetahuan am
Sijil Premium
Apakah hukum cabutan sijil simpanan premium anjuran Bank Simpanan Nasional? Dan apakah hukum dengan hadiah yang ditawarkan?
Jawapan:
Sijil Premium -
Hukum sijil premium berlaku khilaf (beza pandangan) di kalangan ulamak. Jumhur ulamak mengharamkannya, sementara ada segelintir ulamak mengharuskannya. Perbahasan berlegar di sekitar; Adakah pelaburan disebalik sijil tersebut berkonsepkan riba atau tidak? Bagi cabutan pula; Adakah ia judi (maisir/qimar) atau tidak?
Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia dalam fatwanya tahun 1991 (kali ke 28) dan semakan semulanya tahun 2007 (kali ke 79) memutuskan bahawa Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional adalah harus menurut hukum Syarak.
(Lihat laman fatwa JAKIM; (http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/kajian-semula-fatwa-sijil-simpanan-premium-bank-simpanan-nasional-menurut-syariat-i)).
Wallahu a'lam.

Positive Reaction
You can fill the darkest day with hope, just by the way you decide to look at it.
Anger, frustration, and dismay are not the result of your circumstances -- they are the result of your reaction to circumstances.
Your situation may indeed be difficult. The obstacles may appear to be insurmountable. It may seem that the whole world is against you. Yet that is all the more reason to look up, to look ahead, to find something positive you can grab on to.
You may have every reason to despair, yet despair will only keep you down. Is that what you really want?
You control your reactions. You're in complete control of the way you interact with the world around you. Any particular circumstance can be good news or bad news, depending on what you make of it. Everything that holds you back, has the potential to move you ahead.
Your life is overflowing with possibilities, if only you will decide to live them.
- Ralph Marston

The Daily Motivator
Hati Yang Selalu Muda
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Nabi s.a.w bersabda: ”Hati seorang tua tetap muda dalam hal mencintai dua perkara iaitu dalam hal mencintai hidup dan harta benda.”
- (Muslim)
Huraian:
Kehidupan ini akan menjadi indah jika kita sentiasa bersemangat untuk meneruskan hayat. Dengan perkataan lain apabila semakin tua usia kita, jiwa kita semakin muda. Tetapi muda di sini bukanlah bermaksud menganggap kematian itu masih jauh sehingga tidak kenal erti taubat dan tidak habis-habis melakukan maksiat yang walaupun usia sudah lanjut, ’rumah kata pergi, kubur kata mari’, masih juga bergelumang dengan dosa. Hal yang demikian ini merupakan suatu yang amat merugikan.
Oleh sebab itu kita diminta untuk merebut 5 peluang sebelum tiba 5 rintangan iaitu: waktu kaya sebelum miskin,
waktu senang sebelum sibuk,
waktu sihat sebelum sakit,
waktu muda sebelum tua,
dan waktu hidup sebelum mati.
Maka sebagai insan yang percayakan kedatangan hari kiamat dan kematian itu akan datang pada bila-bila masa, tidak harus menanamkan kecintaan berlebihan terhadap dunia kerana esok sebenarnya bukanlah satu kenyataan. Bahkan kenyataannya adalah di saat-saat sekarang.
Oleh itu jalan yang paling selamat ialah dengan berpegang pada prinsip bahawa seseorang itu harus berusaha (bekerja) seolah-olah dia akan hidup selama-lamanya dan beribadat seolah-olah dia akan mati pada esok hari.”

hadis
Subscribe to:
Posts (Atom)