Monday, May 2, 2011

Sijil Premium

Apakah hukum cabutan sijil simpanan premium anjuran Bank Simpanan Nasional? Dan apakah hukum dengan hadiah yang ditawarkan?

Jawapan:

Sijil Premium -
Hukum sijil premium berlaku khilaf (beza pandangan) di kalangan ulamak. Jumhur ulamak mengharamkannya, sementara ada segelintir ulamak mengharuskannya. Perbahasan berlegar di sekitar; Adakah pelaburan disebalik sijil tersebut berkonsepkan riba atau tidak? Bagi cabutan pula; Adakah ia judi (maisir/qimar) atau tidak?

Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia dalam fatwanya tahun 1991 (kali ke 28) dan semakan semulanya tahun 2007 (kali ke 79) memutuskan bahawa Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional adalah harus menurut hukum Syarak.

(Lihat laman fatwa JAKIM; (http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/kajian-semula-fatwa-sijil-simpanan-premium-bank-simpanan-nasional-menurut-syariat-i)).

Wallahu a'lam.


Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
http://ilmudanulamak.blogspot.com

No comments:

Post a Comment