Dale Carnargie dalam bukunya Stop Worrying and Start Living menyatakan bahawa memaafkan kesalahan orang lain adalah seperti memaafkan diri sendiri.
Hal ini kerana kemarahan kita terhadap orang lain akan lebih merosakkan diri sendiri berbanding orang yang kita marahkan itu. Percaya atau tidak, orang yang tidak memaafkan akan sentiasa “diikat” oleh orang yang tidak dimaafinya itu. Sebaliknya, jika kita memaafkan, kita akan terlepas daripada ikatan kemarahan.
Allah mengingatkan dalam firmanNya yang bermaksud:
“Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian, maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.”
- Surah Fussilat 41 : Ayat 34
Langkah kita memaafkan orang lain termasuklah dalam erti “tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan” seperti yang dituntut itu. Berilah kemaafan kerana manfaatnya besar untuk diri dan orang lain.
Author: Abu Irdak
Dipetik dari Majalah Solusi
Sunday, May 15, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment