Tuesday, April 26, 2011

Mendidik Anak

Mendidik ketika kecil, umpama mengukir di atas batu.
Manakala mendidik ketika dewasa, bagai mengukir di atas air.

- Pepatah Arab


Ertinya:
Untuk menanam bibit-bibit kebaikan hendaklah kita lakukan semasa anak-anak masih kecil.


Mendidik anak-anak bagai menanam benih pokok. Hari ini kita tanam, kita bajai dan kita siram ... apa yang kita dapat? Ya, hanya benih yang basah.

Tetapi setelah berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan malah bertahun-tahun, barulah anak benih itu membesar menjadi pokok yang besar, berdahan, berdaun, berputik dan akhirnya berbuah. Semuanya berlaku mengikut proses yang bertahap-tahap mematuhi hukum sunnatullah.

Begitu jualah pertumbuhan sifat-sifat dalam diri anak-anak kita. Mendidik secara perlahan-lahan tetapi istiqamah. Minta bantuan Allah. Berdoa, jangan dilupa. Usaha dan tawakal mesti seiringan.

Usaha tanpa tawakal, itu sombong.

Tawakal tanpa usaha, itu angan-angan kosong!


Dipetik dari Majalah Solusi
Author: Rashidah Mustaffa

Make It, Don't Take It

If you attempt to get what you want by taking it from others, you'll come up against strong resistance. Yes, it can be done, but why even bother? Even if you're able to do it, you can only take what is already there.

Instead, seek to create something new, and the possibilities are unlimited.

When you try to take what you want, people resist you. Yet when you resolve to make what you want, you gain the support of others who can feel the power of your creative dream.

The choice is yours.

If you're selling products, you can fight for a piece of the market share, or you can create your own market by offering a unique benefit that no one else can match.

If you're being considered for a promotion, you can try to "put down" the others who are being considered, or you can put that effort into improving your own performance.

Whatever you take from others can also be taken away from you.

Whatever you make is always yours.

- Ralph Marston

BERUBAT DENGAN BOMOH SIAM

Soalan;

Apakah salah dan dianggap syirik jika seseorang itu telah berusaha banyak kali dengan cara Islam untuk berubat membuang sihir tetapi tidak sembuh, dia mengambil keputusan untuk melalui cara Siam untuk membuang sihir tersebut dan mendapatkan bantuan seorang yang bukan Islam yang berubat dengan cara Siam setelah dia mengetahui sihir ke atasnya adalah menggunakan cara Siam TETAPI yakin dan percaya sepenuh hati perawatan yang beliau akan lalui dan alami adalah Allah yang akan membantu dan mengizinkan?


Jawapan;

Keyakinan kepada Allah mesti diterjemahkan melalui keyakinan hati, lidah dan juga anggota (yakni amalan, perbuatan dan tindakan). Yakinlah kepada Allah dan berikhtiarlah tanpa mendatangkan kemurkaan Allah dengan bertandang ke tempat yang tidak diredhaiNya.

Rasulullah s.a.w. pernah ditanya tentang hukum berubat dengan arak. Lalu baginda menjawab; “Arak bukan ubat, tetapi penyakit.”
- (HR Imam Muslim dari Wail al-Hadrami).

Perhatikan, walaupun di sisi manusia arak mungkin boleh menjadi ubat menyembuhkan setengah penyakit, namun kerana ia di sisi Allah adalah haram, maka Rasulullah s.a.w. bertegas mengatakan - Ia bukan ubat tetapi penyakit.

Jika benar kita yakin kepada Allah, kita perlu yakin juga bahawa Allah tidak akan menjadikan penyembuhan ada pada perkara yang Ia murkai, apatah lagi yang mensyirikkanNya.

Berikhtiarlah dengan cara yang halal, jangan berputus asa, InsyaAllah kesembuhan akan diberi Allah; kesembuhan badan dan pada masa yang sama aqidah juga selamat. Tiada guna tubuh sihat tetapi aqidah kita sakit.

Wallahu a'lam.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Thursday, April 21, 2011

Hostility And Understanding

Much of the hostility we encounter is due to ignorance and misunderstanding. Often times, when each side develops a better understanding of the other, there is no more cause for anger.

The next time you're confronted with hostility, take the time to explain yourself -- clearly, patiently, sincerely, and without bitterness or sarcasm. And put yourself in the other person's shoes. Endeavor to understand their perspective.

How you react to hostility is up to you. You can escalate the fight to the point where nobody wins. Or, you can seek to give, and to gain, understanding.

Understanding serves to cool the anger. It can reveal common grounds for agreement and cooperation.

Yes, there are some people who just want to be angry, no matter what. But there are many others who just want to be understood.

-Ralph Marston

Tambahi pahala jauhi Dosa

Hadith :

Daripada Wabisah bin Makbud, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Adakah engkau datang kerana hendak bertanya mengenai kebajikan? Aku menjawab ‘Ya’. Maka sabdanya lagi, 'Mintalah fatwa (pertimbangan) hatimu sendiri. Kebajikan itu ialah apa yang membawa ketenangan kepada jiwa dan ketenangan hati; dosa ialah perasaan bimbang dalam jiwa serta perasaan ragu-ragu didalam dada (hati) sekalipun orang ramai telah memberi fatwa kepadamu dan sekalipun kamu telah diberi fatwa oleh mereka'.”

- Riwayat Ahmad & ad-Darami


Huraian:

1. Setiap perbuatan kebaikan atau kebajikan yang dilakukan oleh seseorang itu akan menyebabkan jiwanya menjadi tenang.

2. Orang yang melakukan berbagai kesalahan dan dosa sentiasa berada didalam keadaan serba salah, curiga dan takut diketahui oleh manusia.

3. Amal soleh yang dilakukan oleh seseorang tetap mendapat pahala, manakala kejahatan, penipuan, kemungkaran, dan sebagainya yang dilakukan akan mengundang dosa, dan membawa keresahan jiwa walaupun orang telah memberikan fatwa kepadanya.

Saturday, April 16, 2011

Mentera Dibolehkan Asalkan Tidak Bercampur Syirik

Hadith :

Dari ‘Auf bin Malik al-Asyja’i r.a katanya: ”Kami biasa melakukan mantera pada masa jahiliyah. Lalu kami bertanya kepada Rasulullah s.a.w: ”Ya Rasulullah! Bagaimana pendapat anda tentang mentera?” Jawab baginda: ”Peragakanlah (bacalah) menteramu itu di hadapanku. Mentera tidak ada salahnya selama tidak mengandungi syirik.”

- (Muslim)


Huraian:

Definisi perubatan Islam adalah melaksanakan amalan perubatan berdasarkan paradigma, nilai dan tatacara yang tidak bercanggahan dengan al-Quran dan al-Sunnah.

Ramai di kalangan umat Islam terkeliru dengan istilah perubatan sehingga terjebak ke dalam dunia syirik. Islam telah memberikan panduan yang jelas bahawa semua ilmu perubatan yang mengandungi sihir (jampi mentera yang melanggar syariat), bercampur dengan amalan-amalan haram (bersemah – sembelihan korban sebagai jamu) dan amalan-amalan berdamping dengan makhluk halus yang diyakini berkuasa menentukan kesembuhan penyakit adalah syirik serta amat dilarang dalam Islam.

Islam meletakkan bahawa apa-apa perubatan sekalipun samada tradisional mahupun perubatan moden semuanya hendaklah bersandarkan kepada hukum bahawa Allah adalah Maha Berkuasa dalam menetapkan penyembuhan sesuatu penyakit.

Segala macam bahan yang digunakan dalam proses perawatan tidak kira samada menggunakan teknologi perubatan yang telah dipermodenkan mahupun secara terapi tradisional adalah sekadar alat semata-mata. Dalam perkataan lain, segala kaedah dan ubatan yang digunakan hanyalah sebagai ´al-asbab´ dan kita wajib percaya bahawa makhluk tidak berkuasa ke atas sesuatu melainkan segalanya terletak pada ketentuan dan keizinan Allah S.W.T jua.