Friday, August 26, 2011

HIJRAH DIRI


Dalam tubuh anak Adam, ada seketul daging. Apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota badan. Sebaliknya apabila daging itu jahat, maka jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah bahawa daging itu adalah sekeping hati.
- Riwayat Al-Bukhari No.52

Namun, akal-lah yang memberi input untuk hati membuat keputusan dan arahan. Jadi, tidak cukup hati sahaja baik, akal yang menasihat hati juga mesti baik. Jika tidak, akal akan memberi nasihat yang jahat kepada hati.

Dalam diri manusia ada nafsu yang secara tabiinya memang jahat. Nafsu merupakan musuh dalam diri yang jika tidak dikawal dan dilatih , mampu mempengaruhi hati dan menguasai akal. Nafsu perlu dilatih dan dibiasakan dengan amalan-amalan baik secara rutin.

Perubahan sikap memerlukan masa. Rasulullah saw sendiri merubah sikap manusia secara bertahap-tahap selama 23 tahun.

Usaha mengubah sikap tidak boleh dilakukan secara drastik (mendadak) dan bukan melalui paksaan. Sikap umpama pintu yang terkunci dari dalam. Ia tidak boleh ‘dibuka’ dari luar. Tidak ada orang yang boleh memaksa perubahan sikap orang lain, melainkan diri orang itu sendiri dengan rela mengubahnya.

Jadi, hijrahkanlah diri sendiri. Jika tidak, tidak ada siapa yang boleh memaksa diri kita berubah dengan rela. Dan kita tidak boleh lari daripada hukum Sunnatullah yang menyatakan bahawa setiap makhluk akan berubah samada dengan rela atau terpaksa. Justeru, jika kita tidak berubah kearah kebaikan dengan kerelaan, kita pasti akan diubah kearah kejahatan dengan paksaan oleh musuh-musuh Islam. Pilihlah samada menjadi ketua atau terus menjadi mangsa.


Petikan dari Majalah Solusi
Author: Abu Irdak

No comments:

Post a Comment