Thursday, January 5, 2012

Bagaimana Melaksanakan Wasiat

1. Sekiranya semua ahli waris bersetuju atau bermuakafat, maka bolehlah harta tersebut diberikan mengikut wasiat si mati. Persetujuan tersebut dibuat selepas empunya harta (si arwah) meninggal dunia, BUKAN semasa hidupnya.

2. Sekiranya ahli waris tidak bersetuju samada dari pihak anak ataupun balu, maka bahagian mereka yang tidak bersetuju itu dikekalkan. Hanya pihak-pihak yang bersetuju sahaja terlibat dalam serahan mengikut kadar bahagian mereka di dalam faraid.

3. Sekiranya pada mulanya semua bersetuju pada masa arwah masih hidup, tetapi kemudian selepas kematiannya, mereka TIDAK BERSETUJU, maka hendaklah semua ahli waris kembali kepada pembahagian secara faraid (undang-undang pusaka Islam).


Author : Ustaz Md Yazid Ahmad
Dipetik dari Majalah Solusi

No comments:

Post a Comment