Saturday, July 31, 2010

Amal To Be Given Guidance/Inspiration (Firasat)

Question:

I need some really serious help. There have been some strange events lately in my family such as kidnapping, and death suspected from sihir. One of the police officers who investigate the kidnapping told us that there is possibility one of our family members is giving information to the criminals. How can I find out what is going on without consulting people using jinns or fortune-tellers ?

Answer:

To be given inspirations on certain matters, please recite the following verses before sleeping:


Istiqfar 3x
Fatihah 1x,
Qursi 1x,
Al-Imran Ayat 26-27 1x,
Al-Baqarah Ayat 285-286 1x,
Selawat 21x,
Surah al-Jin Ayat 1-5 21x
Surah al-Kauthar 11x
Selawat 21x
Amin




InsyALLAH. But actually, to know something is one-thing. But the most important is to actually prevent bad deeds by people with bad hearts. For those people, try reciting the following Surahs, every night for their hearts to soften:

Surah Yasin 1x
Surah (69) al-Haqqah 1x



I hope this helps.

abg_ramz
Perawat Darussalam
http://www.rawatansihir.com/forum/forum_posts.asp?TID=2435

Alamat Mimpi

Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya: "Apabila hari kiamat telah dekat, jarang mimpi seorang Muslim yang tidak benar. Mimpi yang paling benar ialah mimpi yang selalu berbicara benar. Dan mimpi seorang Muslim adalah sebahagian dari 45 jenis nubuwwah (wahyu). Mimpi itu ada tiga jenis:(1)Mimpi yang baik adalah khabar gembira daripada Allah, (2) mimpi yang menakutkan atau menyedihkan datangnya dari syaitan, (3) dan mimpi yang timbul kerana ilusi, angan-angan atau khayalan seseorang. Maka kerana itu jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi, bangunlah kemudian solat dan jangan menceritakannya kepada orang lain.”

- (Muslim)

Huraian Hadith:

Setiap daripada kita pernah mengalami mimpi. Mimpi yang hadir ada yang menyenangkan dan ada juga mimpi yang buruk. Namun tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang tersirat di sebaliknya. Adakalanya mimpi itu bagaikan angin lalu yang tidak meninggalkan kesan kepada kita dan tidak kurang juga mimpi yang kita alami itu benar-benar menjadi kenyataan.

Mimpi bagi orang yang bertaqwa merupakan perkhabaran benar terhadap sesuatu yang akan berlaku. Contohnya, Rasulullah s.a.w tidak bermimpi melainkan mimpi-mimpi baginda menjadi kenyataan.

Begitu juga dengan nabi-nabi yang lain yang mengalami mimpi yang benar seperti kisah yang melatarbelakangkan sambuatan perayaan Idul Adha. Nabi Ibrahim a.s bermimpi, lalu baginda menceritakan hal mimpinya itu kepada anaknya, Ismail: "Wahai anakku, aku bermimpi menyembelihmu. Bagaimana pendapatmu?" (as-Shaffat: 102). Kerana yakin mimpi itu datang daripada Allah S.W.T, maka nabi Ismail a.s merelakan dirinya dikorbankan. Allah SWT menghargai kesetiaan hamba-hamba-Nya yang soleh ini lalu menggantikan Ismail dengan seekor kibas.

Begitu juga dengan kisah Nabi Yusuf a.s. Diceritakan bahawa pada suatu hari nabi Yusuf mengkhabarkan kepada bapanya nabi Ya'qub: "Wahai bapaku, aku melihat sebelas bintang, matahari, dan bulan bersujud kepadaku." (Yusuf: 4). Ternyata mimpi ini membawa petanda baik bahawa nabi Yusuf akhirnya diangkat menjadi pemimpin yang berkuasa dan bijak.

Namun mimpi bagi insan yang jauh dari keimanan kebanyakannya datang daripada syaitan. Jika mimpinya itu benar-benar menjadi kenyataan, maka itu adalah sebagai peringatan daripada Allah SWT agar mereka yang jauh daripada kebenaran (hidayah) itu kembali dekat kepada-Nya.

Frustration

Do you ever have one of those days when nothing seems to go right?

Disappointment piles on top of frustration.

One little thing goes wrong, and you mentally start to fight it. Once you've got that attitude, frustration keeps cropping up everywhere.

Your frustration is not the result of external events. It is your feelings about those events, that cause you to be frustrated.

But because you are the source of your own frustration and anxiety, you can make it vanish, too!

The key is ACCEPTANCE. It breaks the downward spiral of frustration. Accept the moment for what it is. No person or thing is attempting to frustrate you -- that's just the reaction you're having! Accept what is, without a fight, and you'll have the energy to make a positive change in the situation.

-Ralph Marston

Tuesday, July 27, 2010

Doa Untuk Kebahagiaan Sekeluarga

Untuk yang sudah berumahtangga, amalkan doa ini untuk rumah bahagia dan kebahagiaan keluarga. Dibaca setiap lepas waktu solat.



Terjemahan Ayat 74, Surah Al-Furqaan:

"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa."

Get It Done

Every choice you face, every decision you make has its good points and bad points. Consider them carefully, and then make the decision. A less than perfect answer is infinitely better than doing nothing.

Everything you attempt has some risks and some challenges. For anything you undertake, there are plenty of reasons not to do it.

Weigh the risks against the benefits, and then make the commitment to take action. Decide what you want to do, with your eyes fully open, and then do it without looking back.

There are many directions from which you can choose. Yet you must choose. Your options are meaningful only when you exercise some of them and reject the rest. Trying to do everything is as fruitless as trying to do nothing.

Define yourself. Choose your path and start walking. Decide what you want to do, and get it done.

-Ralph Marston

Imam Mempunyai Masalah Hadas Kecil

Soalan:

Apakah sah lelaki itu menjadi imam jika dia mempunyai masalah hadas kecil? (Maknanya dia sudah habis membuang air kecil lalu berdehem dan bila dia keluar tandas terasa ada sedikit basah pada seluar dalamnya tetapi ini berlaku pada awalnya sahaja dan lepas itu tiada lagi dan si lelaki itu berusaha dengan mengalas seluar dalamnya dengan tissue atau sebagainya untuk hadas kecilnya supaya tidak terkena kain atau seluar dalamnya)

Jawapan:

Seorang lelaki berpenyakit kencing tak lawas di mana keluar sedikit air kencing tanpa dapat dikawal walaupun telah usaha mengawalnya adalah dimaafkan hadasnya.

Oleh itu, sembahyangnya sah dan boleh menjadi imam kepada makmum yang sihat.

Wallahu a'alam.


Koleksi kemusykilan agama yang telah dijawab oleh Mufti Melaka.
http://alhuda.mmu.edu.my/jawapan/baca.php?id=242

Hukum Penjualan Air Zam-Zam

Keputusan :

Berdasarkan nas-nas daripada hukum syarak, Islam membenarkan penjualan, perdagangan atau urusniaga air zam-zam. Walaubagaimanapun, pihak pemerintah boleh mengenakan sekatan sekiranya terdapat pihak yang mencemarkan kesucian dan kemuliaan air tersebut.


Keputusan Muzakarah JK Fatwa
10 -12 April 2007 • Keputusan Kali Ke-77

Tuesday, July 20, 2010

Kembali Ke Asalnya

Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: ”Allah Taala menjadikan Adam pada permulaan kejadiannya ialah seperti rupanya di bumi, tingginya enam puluh hasta. Setelah dia selesai tercipta, Allah Taala berfirman kepadanya: ”Pergilah kepada kelompok malaikat yang sedang duduk. Dengarkan jawapan mereka menjawab salammu. Begitulah cara kamu dan cara anak cucumu nanti memberi salam (penghormatan).” Maka pergilah Adam kepada kelompok malaikat itu, lalu diucapkannya salam: ”Assalamualaikum” (selamat sejahtera ke atasmu). Jawab para malaikat: ”Assalamualaika warahmatullah” (selamat sejahtera ke atas kamu juga dan beroleh rahmat Allah). Firman Allah: ”Setiap orang yang masuk syurga, bentuknya seperti Adam. Tingginya enam puluh hasta, sekalipun makhluk kemudian semakin pendek hingga sekarang.”

- (Muslim)

CARA MENGAGIHKAN ZAKAT FITRAH

Soalan:

Bolehkah saya mengeluarkan zakat fitrah bagi isteri, 3 orang anak kepada orang cacat? Semua zakat itu sebanyak RM50, contohnya, saya bagi terus kepadanya. Sahkah zakat saya?

Jawapan:

Soalan saudara berkait dengan cara menyalur/mengagihkan zakat fitrah.

Hukumnya adalah seperti berikut:-

1. Telah disepakati oleh para ulama’ bahawa pengagihan zakat fitrah adalah sebagaimana zakat-zakat yang lain iaitu kepada lapan golongan yang disebut oleh Allah dalam surah at-Taubah, Ayat 60, iaitu:-

a)Untuk golongan fakir

b)Untuk golongan miskin

c)Untuk golongan muallaf yang hendak dijinakkan hatinya dengan agama

d)Untuk ‘amil-amil yang dilantik menguruskan zakat

e)Untuk hamba-hamba yang ingin memerdekakan dirinya

f)Untuk orang-orang yang dibelenggu oleh hutang

g)Untuk dibelanjakan bagi kemaslahan agama Allah (Fi Sabilillah)

h)Untuk orang-orang musafir yang terputus bekalan

2. Namun hendaklah diutamakan golongan fakir dan miskin kerana terdapat arahan Rasulullah s.a.w. supaya kita membantu mencukupkan keperluan mereka pada Hari Raya sebagaimana yang terdapat dalam satu hadis:

“Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan zakat fitrah dan baginda berpesan: “Cukupkanlah keperluan mereka (yakni orang-orang fakir miskin) pada hari ini (yakni Hari Raya Puasa)”.
- (Riwayat Imam al-Baihaqi dan Daruqutni/lihat hadis ini dalam Nailul-Authar, Imam asy-Syaukani, bab Zakat al-Fitri).[1]

3. Harus bagi orang yang mengeluarkan zakat fitrah mengagihkan sendiri zakat fitrahnya kepada orang-orang yang berhak dari kalangan fakir dan miskin. Memberi zakat kepada kaum kerabat adalah lebih utama (dari memberi kepada orang lain) dengan syarat mereka miskin dan memerlukan. Maksud kaum kerabat di sini ialah saudara-mara yang tidak wajib kita menanggung nafkah mereka iaitu saudara-saudara (adik, abang atau kakak), anak-anak saudara, bapa-bapa saudara, ibu-ibu saudara, sepupu dan sebagainya.

Adapun kaum kerabat (atau ahli keluarga) yang wajib kita menanggung nafkah mereka (iaitu isteri, anak, cucu, bapa, ibu dan datuk) tidak harus kita memberi zakat kita kepada mereka.

4. Dalam mengagihkan zakat, harus kita memberi zakat kita kepada seorang fakir sahaja dan harus juga kepada ramai fakir jika zakat kita itu banyak dan boleh menampung lebih dari seorang fakir.

Lebih jelas; satu zakat hanya harus diberikan kepada seorang fakir sahaja. Adapun banyak zakat, ia harus sama ada hendak diberikan kepada seorang sahaja atau diberikan kepada ramai orang (dengan syarat setiap orang tidak mendapat kurang dari kadar satu zakat yang ditetapkan pada tahun tersebut).[2]

Merujuk kepada soalan saudara di atas, harus saudara memberi zakat kepada orang cacat jika mereka miskin atau sekurang-kurang berada di dalam salah satu dari lapan golongan yang berhak menerima zakat di atas. Semata-mata cacat belum tentu mereka layak menerima zakat kerana ada orang cacat yang kaya dan berada.

Berhubung penerima zakat, harus saudara memberi kepada seorang penerima sahaja atau memberi kepada ramai penerima jika zakat itu banyak dan setiap orang menerima tidak kurang dari satu zakat.

Wallahu a’lam.



Rujukan:

1. al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, jil. 2, hlm. 912)

2. al-Mufassal fi ahkamil-Marah wa al-Baitil-Muslim, jil. 1, hlm. 469

3. ad-Darari al-Madhiyyah syarh ad-Durari al-Bahiyyah, Imam asy-Syaukani, hlm. 221.


Nota Hujung:

[1] Berkata Imam asy-Syaukani: “…Adapun pengagihan zakat fitrah adalah sebagaimana pengagihan zakat yang lain kerana Rasulullah menamakannya dengan zakat… Akan tetapi, hendaklah didahulukan orang-orang fakir kerana terdapat arahan dari baginda supaya mencukupkan mereka pada Hari Raya. Kemudian, yang selebihnya dari keperluan mereka barulah dibelanjakan untuk golongan-golongan yang lain”.
- (Lihat; ad-Darari al-Madhiyyah syarh ad-Durari al-Bahiyyah, Imam asy-Syaukani, hlm. 221) Pandangan Imam asy-Syaukani ini dipersetujui oleh ulama’-ulama’ semasa hari ini antaranya Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhawi (dalam Fiqhu az-Zakahnya) dan juga Syeikh Abu Bakar al-Jazairi (dalam Minhajul-Muslim).

[2] Cara pengagihan hendaklah bergantung kepada keperluan, maslahah, kecukupan serta kadar zakat. Dalam memberi zakat, pemberi zakat hendaklah mencari orang yang paling berhak menerima zakatnya berbanding orang lain. Namun ia tidak dituntut supaya menyama-ratakan semua orang yang berhak dari kalangan fakir dan miskin yang ada dalam negeri atau kampungnya kerana pada zaman Sahabat sendiri, orang Islam biasa membayar zakat fitrah bagi diri dan keluarganya kepada seorang fakir sahaja.
- (Rujuk; al-Mufassal fi ahkamil-Marah wa al-Baitil-Muslim, jil. 1, hlm. 469).


Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Perspective

When you're faced with setbacks and frustrations, take time to put things in perspective. Though the problems of the moment may seem overwhelming, that's just because you're so close to them. So step back.

Step back, and look at the big picture. How will this problem seem, a month from now, or a year?

When things seem to be going against you, think of all the things you've got going for you. Count your blessings and you'll be better able to handle the disappointments.

Look for joy in each moment. Even an obstacle can become a blessing, with the right attitude. Nothing works against you unless you let it.

You are more than the problem of the moment.

You have a whole wonderful life, and you live in a world with unlimited opportunity for joy and abundance. Take the setbacks in stride -- they are tiny compared to the overall joy of living.

-Ralph Marston

Thursday, July 15, 2010

Berdoa Selepas Wuduk; Membaca Surah Selepas Fatihah

Apakah hukum tidak membaca doa selepas berwuduk dan juga tidak membaca surah selepas membaca al-Fatihah di dalam solat?


Berdoa selepas berwuduk bukan termasuk syarat sah tetapi ia termasuk sunah Rasulullah s.a.w. Menuruti sunah bermakna kita telah menghimpunkan banyak kebaikan untuk menghadapi hari akhirat kelak.

Menurut Umar bin al-Khattab r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Sesiapa berwuduk dan memperbaguskan cara berwuduk kemudian membaca doa: "Asyhadu alla ilaaha illallah wahdahu la syarikalah wa asyhadu anna muhammadan abduhu wa rasuluh. Allahummaj’alni minat tawwabin waj’alni minal mutatohhiriin," dibuka kelapan-lapan pintu syurga dan dia kelak dibenarkan masuk dari mana-mana pintu yang dikehendaki.”
– Hadis riwayat Muslim.

Begitu juga perbuatan membaca surah selepas al-Fatihah. Ia termasuk sunah tetapi solat tetap sah tanpa membacanya. Mengikuti sunah lebih afdal berbanding meninggalkannya.

Sedangkan Rasulullah s.a.w sendiri tidak pernah meninggalkannya dan memerintahkan kita agar menunaikan solat seperti apa yang disifatkan oleh baginda: “Kamu semua hendaklah mengerjakan solat seperti apa yang kamu telah melihat aku kerjakannya.”
– Hadis riwayat al-Bukhari.

Wallahu a'lam.

Ustaz Mohd Noor

Determination

Nothing can keep you down for long when you're determined to succeed. Look past the frustrations of the moment and you'll see that they're just stepping stones on your path. When something is blocking your path, just go around it, and keep on moving. Pausing to dwell on the unfairness of it all, will only serve to waste your time and effort. Keep moving in the direction you've set for yourself.

Each moment is a triumph when you decide to make it so. Whether something can help you or hurt you is totally up to you. Your experiences are what you choose to make them. The power of your own determination can cause anything to work in your favor.

Go for it! You can do it when you decide to do it. Use your determination to make life happen for you.

- Ralph Marston

Puasa Sunat Bulan Syaaban

Adakah disunatkan berpuasa penuh di bulan Sya’ban?

Ya. Disunatkan berpuasa keseluruhan hari di bulan Sya’ban atau kebanyakan harinya.

Ini berdasarkan hadis dari Ummu Salamah r.a. yang menceritakan; “Tidak pernah Nabi s.a.w. berpuasa (sunat) sebulan penuh dalam setahun kecuali di bulan Sya’ban di mana baginda menyambungnya dengan Ramadhan” .
- (HR Imam Abu Daud dan an-Nasai).

‘Aisyah pula menceritakan; “Rasulullah s.a.w. kadang-kadang terus-menerus berpuasa hingga kami menganggap beliau tidak berbuka langsung, dan kadang-kadang beliau terus-menerus berbuka hingga kami menganggap beliau tidak berpuasa langsung. Namun demikian, aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat beliau paling banyak berpuasa sebagaimana beliau berpuasa di bulan Sya’ban”.
- (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Menurut ulamak; difahami dari hadis-hadis di atas bahawa Nabi s.a.w. adakalanya berpuasa sebulan penuh di bulan Sya’ban dan adakalanya baginda tidak berpuasa sebulan penuh tetapi pada kebanyakan harinya sahaja. [1]

Apa hikmahnya Rasulullah s.a.w banyak berpuasa di bulan Sya’ban?

Seorang sahabat bernama Usamah bin Zaid r.a. pernah bertanya Nabi s.a.w. kenapa beliau banyak berpuasa di bulan Sya’ban? Nabi s.a.w. menjawab; “Bulan Sya’ban itu adalah bulan yang selalu dilupai oleh manusia di mana kedudukannya di tengah antara Rejab dan Ramadhan. Namun ia adalah bulan diangkat amalan-amalan hamba kepada Tuhan Pencipta Alam. Maka aku menyukai amalanku diangkat ketika aku berpuasa”.
- (Riwayat Imam an-Nasai. Hadis menurut Syeikh al-Albani adalah hasan).

Apakah kelebihan malam nisfu Sya’ban?

Sabda Nabi s.a.w.; “Pada malam nisfu Sya’ban, Allah SWT melihat kepada sekelian makhlukNya. Lalu Dia mengampunkan ke semua mereka kecuali orang musyrik dan orang yang bermusuh dengan saudara seagama”.
- (HR Imam at-Thabrani dan Ibnu Hibban dari Mu’az bin Jabal r.a)

Nota kaki: [1] Fiqh Al-'Ibadat, Hasan Ayyub, hlm. 431.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL


Sunday, July 11, 2010

Wajib Mendengar Dan Mematuhi



Hadith :

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Mendengar dan mematuhi itu wajib ke atas setiap orang Islam samada dalam perkara yang ia suka atau tidak suka, selagi ia tidak disuruh melakukan maksiat. Apabila disuruh melakukan maksiat, tidak harus lagi didengar dan dipatuhi”

- Riwayat Ahmad Dan Muslim

Huraian Pengajaran Hadith:

i) Peraturan yang baik dan menjurus ke arah kebaikan hendaklah dihormati dan dipatuhi. Begitu juga perlu ada kepatuhan terhadap ketua samada arahannya dipersetujui atau tidak, melainkan jika arahan itu menyalahi peraturan dan merupakan maksiat kepada Allah S.W.T.

ii) Menegur dan menasihati ketua yang mengarah melakukan perbuatan mungkar dan menyalahi peraturan adalah wajib kerana berbuat mungkar dan menyalahi peraturan itu merupakan suatu kezaliman. Sebaliknya ketua itu hendaklah diberi nasihat supaya tidak melakukan kemungkaran dan membuat sesuatu yang menyalahi undang-undang.

Endurance


Many things we can change, and some things we must endure. We grow by our endurance. Strength comes from adversity.

Often, the things we want to have in life, lie on the other side of hardship. We must pass through times of difficulty and extreme effort in order to reach our goals.

Almost anything worth having is not easily obtained, and the effort involved is what gives it value.

Endurance allows us to get where we're going. The higher the goal, the longer and more arduous the path. The more endurance we can muster, the more we can achieve.
Clearly seeing the end of the path, and keeping the goal in sight, makes endurance possible. We can hold up under amazing difficulty, when we know there's a purpose.

Keep your chin up, look forward, and endure what you must. It will make you what you want to be.
-Ralph Marston

FIDYAH PUASA

Soalan:

Siapakah yang wajib mengeluarkan fidyah puasa? Bagaimana cara mengeluarkannya?

Jawapan:

Fidyah puasa bermaksud mengeluarkan kadar tertentu dari makanan asasi setempat bagi setiap hari yang ditinggalkan dari puasa bulan Ramadhan dan diberikan kepada orang miskin.

Kewajipan fidyah puasa ini berdasarkan firman Allah: “…Dan wajib ke atas orang-orang yang payah/sukar mengerjakan puasa (kerana tua, sakit yang tiada kemungkinan sembuh dan sebagainya) membayar fidyah, iaitu memberi makan seorang miskin (bagi tiap-tiap hari yang ditinggalkan puasanya)…”.
- (al-Baqarah: 184)

Orang-orang yang dituntut membayar fidyah puasa ialah:

1. Orang yang meninggalkan puasa kerana sakit yang tiada harapan sembuh

2. Orang tua yang tiada lagi kemampuan/daya untuk berpuasa.

3. Wanita hamil yang berbuka puasa kerana bimbangkan kandungannya.

4. Wanita menyusu yang berbuka puasa kerana bimbangkan anak yang disusuinya itu.

5. Seorang yang mati sebelum sempat mengqadha’ puasanya.

6. Seorang yang sengaja menangguh-nangguh qadha’ puasanya sehingga tiba Ramadhan berikutnya dan ia belum menunaikan puasa Qadha-nya. Ia wajib membayar fidyah di samping mengqadha puasanya itu.

Kadar satu fidyah ialah secupak beras (menyamai ukuran hari ini; 650 gram beras).[1] Menurut mazhab Imam Abu Hanifah; harus dikeluarkan dengan wang senilai dengan harga beras itu. Malah beliau mengharuskan menunaikan fidyah itu dengan memberi makan orang miskin, yakni membuat makanan dan kemudian menjemput orang miskin menikmatinya. Memakai pandangan Imam Abu Hanifah ini, Syeikh 'Atiyah Saqar rhm (bekas pengerusi Lujnah Fatwa al-Azhar) menyebutkan; satu fidyah ialah dengan memberi makan seorang fakir/miskin dengan makanan yang mencukupinya untuk makanan pagi (ghada’) dan malam (asya’).

Satu fidyah hanya harus diberikan kepada seorang fakir miskin sahaja. Namun jika fidyah itu banyak, maka harus jika hendak diberikan kepada seorang atau beberapa orang fakir dengan syarat bilangan mereka tidak boleh melebihi bilangan fidyah (supaya tidak berlaku satu fidyah diagihkan kepada lebih dari seorang fakir).

Jika orang yang wajib membayar fidyah tersebut tidak mampu membayarnya kerana miskin, maka terhapuslah kewajipan membayar fidyah seperti terhapusnya kewajipan membayar zakat fitrah. Pendapat ini yang disokong oleh Syeikh Ibnu Hajar di dalam kitabnya “Tuhfah”. Namun menurut Syeikh Ramli dan juga Khatib Syarbini; tidak terhapus kewajipan membayar fidyah kerana miskin dan fidyah yang belum terbayar itu menjadi hutang. Jika ia mati sebelum membayar fidyahnya, hendaklah dikeluarkan dari harta peninggalannya. (Rujuk; Sabilal-Muhtadien, hlm. 768, lihat juga; al-Majmu’, jil. 6, hlm. 257)

Wallahu A’lam.

Rujukan;

1. al-Fiqh al-Manhaji, jil. 2, hlm. 92.
2. Sabilal-Muhtadien, hlm. 768.
3. Al-Majmu’, jil. 6, hlm. 257.
4. Al-Iqna’, jil. 2, hlm. 353
5. Fiqh al-‘Ibadat, Hasan Ayyub, hlm. 449.2.
6. Al-Fatawa Min Ahsanil-Kalam, Syeikh 'Atiyah Saqar, jil. 2, hlm. 16.

Nota Kaki;

[1] Menurut mazhab Syafi'ie; Syarat makanan bagi Fidyah dan Kaffarah menyamai syarat makanan bagi Zakat Fitrah dari segi jenis dan sifatnya. Begitu juga, disyaratkan dalam kewajipan Fidyah dan Kaffarah (sebagai mana zakat fitrah) ada kelebihan dari keperluan diri sendiri dan ahli keluarga termasuklah khadam (merangkumi keperluan makanan, pakaian dan tempat tinggal). (Rujuk; al-Iqna’, jil. 2, hlm. 353)


Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Tuesday, July 6, 2010

Penyakit Yang Merugikan

Berikut adalah beberapa penyakit yang dapat menyebabkan seseorang rugi dalam kehidupannya baik di dunia maupun di akhirat.

PENYAKIT DARI AKIBAT YANG DITIMBULKAN

1. Bangga terhadap diri sendiri atau bangga dengan amal kebajikannya - Pahala amal perbuatannya akan hilang dan dosanya semakin banyak.

2. Melupakan kemasksiatan dan menganggap ringan perbuatan dosa - Dosanya akan dilipat-gandakan oleh Allah.

3. Iri dan hasad dengki - Menghapus pahala amal kebajikan yang pernah dilakukan.

4. Tidak hati-hati dalam mencari rezeki - Doanya tidak dikabulkan.

5. Berbohong - Keimanannya tidak sempurna.

6. Berkhianat - Allah tidak menykai orang yang berkhianat.

7. Melakukan tindakan bid’ah - Syaitan lebih suka orang yang melakukan bid’ah daripada kemaksiatan.

8. Menipu - Masuk neraka jahanam (apabila hingga mati dia masih melakukan kebinasaan ini).

9. Berkawan dengan teman yang buruk akhlaknya - Menyebabkan dia terjerumus ke dalam kemaksiatan.

10. Mengikut hawa nafsu - Nafsu adalah seburuk-buruk hal yang digunakan untuk menyekutukan Allah.

11. Cinta dunia dan takut mati - Lupa terhadap masalah akhirat.

12. Mensia-siakan waktu yang berharga - Mensia-siakan umur dan menyebabkan banyak kebaikan tidak dapat dilakukan.

13. Banyak berkhayal - Tidak ada gunanya kerana khayalan tidak akan mempengaruhi apa pun.

14. Rindu dan terjerat asmara - Boleh menyebabkan mati suul-khatimah.

15. Tamak - Orang yang mempunyai sifat ini tidak akan pernah merasa cukup.

16. Kikir - Tidak akan pernah merasa kaya dan cukup.

17. Melihat acara-acara yang tidak ada gunanya - Akan terkena oleh panah iblis.

18. Menganggap rendah dosa-dosa - Dosa itu akan menumpuk dan akan menghancurkannya.

19. Melihat hal-hal yang diharamkan. Menyebabkan Allah murka.
Senang melakukan maksiat. Dia akan selalu bersama yang dicintai.

20. Pengecut - Tidak disukai oleh Rasulullah S.A.W. kerana Rasulullah selalu berdoa supaya dijauhkan daripada sifat pengecut.

21. Mengharap dan takut kepada selain Allah SWT- Syirik kepada Allah.

22. Menyuap atau rasuah - Tubuh yang diisi dengan barang haram maka layak masuk neraka.

23. Memakan harta anak yatim - Dia akan memasukkan api ke dalam perutnya di neraka nanti.

24. Tidak mahu peduli dengan banyaknya kemungkaran - Ia bagaikan syaitan yang bisu.

25. Bangga dengan diri sendiri - Menjadi teman Firaun.

26. Ghibah dan namimah - Dibenci oleh Allah.


Khalid Abdul Mu’ti Khalif, 2006.
Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise.
http://bjue.blogspot.com/

Doa Memudahkan Hafalan





Credit to: http://newszune.blogspot.com/

You Can't Win 'Em All


It is unrealistic to expect that you'll continually achieve one victory after another. There will be disappointments along the way. Success is based on your ability to quickly recover from the losses and move on to the next task.

In anything you attempt, there will be setbacks. Does it make sense to compound the loss by dwelling on it? Of course not. Learn from it, yes -- you can almost always learn more from a loss than you can from a victory. And then put it behind you. Move forward with confidence.

When someone says 'no' to you, that's one more step on your path to success. Politely thank them and move on to the next person. When a deal falls through, move on to the next one with increased determination. Even the highest paid professional golfers only win a few of the many tournaments they enter.

No one can win every game. Anyone can be a winner, though, by refusing to be stopped by defeat.

- Ralph Marston

Dengki

Hadith :

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan dengki"

- Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi

Huraian:

1. Hasad dengki itu adalah seumpama api yang akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang seperti api yang membakar kayu.

2. Adanya perasaan dengki menunjukkan iman seseorang itu belum sempurna malah dengki merupakan sifat yang diwarisi daripada syaitan. Kerana dengki-lah, maka syaitan menggoda Adam a.s hingga terkeluar daripada syurga dan kerana dengki juga, maka terjadinya pembunuhan di antara Qabil dan Habil.

3. Seorang pujangga Arab pernah berkata: "Orang hasad tidak akan senang hidupnya dan orang bakhil tidak akan berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu dan tidak ada kemanusiaan bagi pendusta. Dan tidak dapat diterima pendapat orang yang khianat dan tiada budi bagi orang yang tidak berakhlak."

4. Dengki yang diharuskan dalam Islam hanyalah dengki yang menjadikan manusia berebut-rebut melakukan kebaikan seperti berlumba-lumba menuntut ilmu atau berlumba-lumba melakukan ibadat dan yang seumpamanya.

Thursday, July 1, 2010

Untung Atas Angin, "Duit Free" Dan Hukumnya

Di musim kegawatan ekonomi, kebanyakan pekerja memikirkan pelbagai kaedah dan cara untuk mencari wang sampingan dan tambahan.

Suratkhabar memaparkan isu-isu pembelian beberapa peralatan untuk kementerian tertentu dengan harga luar biasa. Hal ini terbongkar apabila Ketua Audit Negara melakukan tugasnya dengan telus dan baik, lalu mendedahkan penyelewengan ini.

Antara yang diketengahkan oleh media ini adalah :-

1) Buku yang sepatutnya berharga RM 417 menjadi RM 10,700.
2) Screwdriver yang sepatutnya berharga RM 32 menjadi RM 224.
3) Set lengkap komputer meja (desktop) yang sepatutnya berharga RM 174,811 menjadi RM 3.06 juta.
4) Karipap yang sepatutnya berharga 30 sen satu menjadi RM 3 bagi satu karipap.
5) Dua kamera 3.1 Megapixel yang sepatutnya berharga RM 2,990 menjadi RM 8,254.
6) Faber Castell pens yang sepatutnya berharga RM 160 menjadi RM 1,146.56.
7) Dua krane yang sepatutnya berharga RM 2.98 juta menjadi RM 5.72 juta.

Secara mudahnya, kes di atas berlaku disebabkan oleh salah satu sebab berikut :-

1) Penipuan oleh pegawai bertanggungjawab yang mengambil keuntungan atas angin.
2) Rasuah menyebabkan harga termasuk harga bayaran rasuah.
3) Salah teknikal dan pengiraan.

Menurut Islam, jika ia berlaku dengan sebab item 1 dan 2, sudah tentu hukumnya haram. Dalil pengharaman rasuah adalah :-

1) Firman Allah SWT: "Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui."
- ( Al-Baqarah : 188 )

2) Disebutkan dalam hadith : "Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)"
- ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)

Manakala dalil pengharaman penipuan juga sangat jelas dalam urusan perniagaan secara umum, iaitu :-

1) Sebuah hadis : "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: "Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini?". Ia menjawab: "Kena hujan". Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?! Barangsiapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)"
- (Riwayat Muslim, 1/99)

2) Pernah juga di riwayatkan bahawa : "Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu, maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram)"
- ( Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312 )

3) Nabi SAW juga pernah mencela orang Yahudi yang apabila diharamkan memakan daging babi dan lain-lain, mereka membuat helah dengan mengambil lemaknya dan dihiaskan lalu dijualnya. Apabila Nabi mendapat tahu lalu terus berkata : "Allah akan menghancurkan Yahudi yang mana mereka ini apabila Allah mengharamkan makan lemak (babi, bangkai dan lain-lain yang diharamkan), lalu mereka membuat helah dengan menjualnya serta menikmati hasil jualannya".
- ( Riwayat Al-Bukhari no 2111, 2/775 ; Muslim, Baihaqi )

Hasil dari kumpulan hadis ini, perbuatan yang dilakukan adalah HARAM, jika ia benar-benar dilakukan atas dasar penipuan dan rasuah. Manakala, jika berlaku atas kesilapan teknikal, ia tidak termasuk dalam kesalahan dari sudut hukum. Ia hanya kelemahan pengurusan dan tindakan bergantung kepada pihak berwajib.

Beberapa bentuk untung atas angin dan penyelewengan yang kerap berlaku dalam industri kerja:

1) Rasuah dalam memilih : Pegawai yang bertanggungjawab memilih kontraktor untuk iklan, pembersihan, latihan dll untuk syarikat atau organisasinya. Pihak pegawai memilih syarikat 'Z' dari empat syarikat lain yang menghantar 'quotation' kerana oleh syarikat 'Z' itu berjanji memberikannya sedikit imbuhan 'ikhlas'.

Hukum : Ia adalah haram dan rasuah dalam Islam.

2) Mencipta 'quotation' sendiri : Disebabkan prosedur syarikat memerlukan 'quotation' (contohnya, minimum daripada empat buah syarikat), pegawai atau kumpulan pegawai yang diberi kuasa membuat pemilihan kontraktor untuk syarikat telah mencipta beberapa 'quotation' dari syarikat yang tidak wujud. Dia atau mereka bersepakat untuk memberi kontrak kepada satu syarikat yang mereka kenali bukan kerana kualiti dan harganya, tetapi kerana sebab-sebab lain.

Hukum : Haram kerana menipu.

3) Menaikkan Harga : Pegawai yang diminta oleh majikan untuk mencari pembekal bahan mentah, apabila pegawai berjaya mencari dengan harga RM 1500 tetapi telah menaikkannya kepada RM 2000, lalu baki RM 500 diambilnya.

Hukum : Ia adalah haram sepakat ulama.

4) Menang Tender Bersyarat : Pegawai diminta oleh majikan mencari kontraktor untuk 'renovation' pejabat atau apa jua aset syarikat. Pegawai telah mencadangkan syarikat 'B' kepada majikan disebabkan dia telah mempunyai perjanjian "Pelaburan" di sebalik tabir dengan pihak syarikat "B' yang memberikannya izin untuk melabur wang peribadinya dalam syarikat 'B'. Padahal, jika tiada peluang 'melabur' itu, sudah pasti pegawai itu tidak akan mencadangkan syarikat 'B'.

Hukum : Tindakan sebegini adalah haram dalam Islam dan ia termasuk dalam rasuah bentuk baru.

5) Tuntutan Palsu : Pegawai membeli barang keperluan syarikat atau mengisi minyak dengan harga tertentu tetapi berpakat dan memohon pembekal atau stesen minyak mengeluarkan resit dengan jumlah berbeza dari jumlah pembeliannya. Berbekalkan resit itu, pegawai membuat tuntutan kepada syarikat dengan harga berlipat kali ganda.

Hukum : Ia adalah haram menurut Islam kerana penipuan kepada syarikat. Pihak pembekal juga berdosa kerana dikira bersubahat mengeluarkan resit berjumlah palsu itu.

6) Resit Harga Ciptaan : Pegawai membeli barang untuk kegunaan syarikat dari satu kedai, dan kedai tersebut enggan bekerjasama untuk menaikkan harga dalam resit. Bagi meraih keuntungan, pegawai telah mencipta resit sendiri berserta cop palsu.

Hukum : Ia adalah haram dalam Islam kerana penipuan.

7) Ambil Untung Sendiri : Pegawai diberi oleh syarikat 'budjet maksima' sebanyak RM 5000 untuk membeli satu barangan keperluan syarikat. Pegawai berjaya mencari di pasaran terbuka barang yang diperlukan dengan harga RM 4000 sahaja. Bagi mendapat manfaat, si pegawai telah berpakat dengan penjual agar dituliskan harga RM 5000 dalam invoice dan baki RM 1000 hendaklah diberi kepadanya.

Hukum : Ia adalah haram kerana penipuan dan wang khianat sebagaimana yang disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Bagaimanapun, jika pegawai berterus-terang dengan majikan sambil memohon sebarang insentif atas kejayaannya mengurangkan kos syarikat kerana kecekapannya mencari barang yang lebih murah, tatkala itu, majikan harus memberikannya (jika ia tidak menyalahi mana-mana undang-undang syarikat). Jika tidak, majikan boleh mengambil kira kejayaan itu dan membayarnya dalam bonus dan kenaikan gaji apabila sampai waktunya sahaja.

8) Guna Khidmat Syarikat Sendiri : Senario seperti berikut : "Saya bekerja dengan majikan, dalam masa yang sama membuat perniagaan membekal barang-barang untuk majikan menggunakan syarikat saya tanpa pengetahuan majikan?"

Hukum : Ia lebih cenderung kepada hukum haram terutamanya jika anda menggunakan kuasa anda sebagai pegawai yang diberi tanggungjawab untuk mempengaruhi keputusan pemilihan pembekal.

Walaubagaimanapun, jika majikan telah diberitahu dan bersetuju tanpa sebarang syarat-syarat rasuah seperti 'mesti memberikan komisyen kepadanya' ; maka ia boleh dikira harus dan halal, terutamanya apabila syarikat anda memang punyai kualiti dan mampu menawarkan harga kompetitif berbanding syarikat pembekal lain.

Dalam mendapatkan 'side income' tambahan, sambil melakukan tugasan yang wajib, ingatlah dua hadis berikut :-

a) Nabi s.a.w. bersabda : "Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan) "
- ( Riwayat Abu Daud, no 2943, Albani : Hadith Sohih ; Ma'alim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8 cet Dar Kutub Ilmiah)

b) Nabi bersabda kepada seorang gabenornya yang telah ditugaskan mengutip zakat kabilah Azad. Maka apabila ia selesai kerjanya dan kembali berjumpa Nabi, lalu ia menyimpan sebahagian dari wang yang dikutip sambil berkata : "Ini untukmu ( bahagian untuk Islam) dan ini untukku yang diberikan sebagai hadiah (oleh orang ramai), maka jatuh murka Baginda sambil bersabda : "Ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah bapamu atau ibumu, sehingga datang kepadamu hadiahmu, jika kamu benar-benar betul (layak mendapat hadiah)".
- ( Al-Bukhari & Muslim )

KESIMPULANNYA

Malangnya, amat ramai yang terlibat dalam perkara-perkara di atas tanpa memikirkan halal haram meraih keuntungan untuk digunakan oleh diri dan keluarga. Akibatnya, ia akan memberi padah di dunia dan akhirat, selain menjadi punca doa menjadi pudar dan tidak ingin didengari oleh Allah SWT.

Penutup:

Nabi Muhammad s.a.w. mengingatkan kesan harta haram terhadap munjat dan doa seseorang dengan menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu; di mana dia mengangkat tangan ke langit : "Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku..." sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram. Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram, maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya."
- ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Apabila wang dan pendapatan menjadi haram, doa tiada lagi dilihat dan diterima oleh Allah SWT. Ibu kepada segala jenis doa adalah solat. Apabila solat sudah tidak lagi diterima, ini akan menyebabkan ia sesat dan terus menjauh dari Allah SWT.

Moga dijauhkan Allah.


Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

What's The Worst That Could Happen?

When you're hesitant to take action, ask yourself this: What's the worst thing that can happen?

Is failure the worst thing that can happen? No. Absolutely not. Each undesired result is just one more step toward your goal.

Is success the worst that can happen? No. Of course not. Success is what you're after.

So what is the worst thing that can happen? Nothing! Doing nothing is the worst thing that can happen.

When you take action, you are sure to get results, and eventually you will get the results you desire. When you take no action, you are assured of getting nowhere -- a wasted life!

The only way to avoid the worst thing that can happen, is to take action. Do it now. Live the life you want to live by doing what needs to be done.

-Ralph Marston

Solat Tanpa Telekung

Soalan:

Saya lihat sekarang ada orang perempuan yang solat tanpa pakai telekung. Dengan memakai tudung biasa, baju labuh dan seluar, tetapi saya lihat dia memakai stoking. Bolehkah demikian?

Jawapan:

Yang penting dalam syarat sah solat ialah menutup aurat. Kaki aurat, seluruh badan aurat kecuali muka dan tapak tangan. Jika seseorang itu menutup auratnya tidak kira dengan apa sekalipun, maka solatnya dikira sah walaupun dia tidak memakai telekung.

Ustaz Fadzli Al-Yamani
Dipetik dari Majalah Solusi