Sunday, July 11, 2010

Wajib Mendengar Dan Mematuhi



Hadith :

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Mendengar dan mematuhi itu wajib ke atas setiap orang Islam samada dalam perkara yang ia suka atau tidak suka, selagi ia tidak disuruh melakukan maksiat. Apabila disuruh melakukan maksiat, tidak harus lagi didengar dan dipatuhi”

- Riwayat Ahmad Dan Muslim

Huraian Pengajaran Hadith:

i) Peraturan yang baik dan menjurus ke arah kebaikan hendaklah dihormati dan dipatuhi. Begitu juga perlu ada kepatuhan terhadap ketua samada arahannya dipersetujui atau tidak, melainkan jika arahan itu menyalahi peraturan dan merupakan maksiat kepada Allah S.W.T.

ii) Menegur dan menasihati ketua yang mengarah melakukan perbuatan mungkar dan menyalahi peraturan adalah wajib kerana berbuat mungkar dan menyalahi peraturan itu merupakan suatu kezaliman. Sebaliknya ketua itu hendaklah diberi nasihat supaya tidak melakukan kemungkaran dan membuat sesuatu yang menyalahi undang-undang.

No comments:

Post a Comment