Thursday, September 2, 2010

Ayat Berkubu



Maksud :
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.
Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhamad Rasulullah.


Supaya Allah SWT akan melindungi diri kita dari segala mara bahaya.
( Amalkan selepas solat Subuh atau ketika diri diancam musuh ).

Caranya:

1. Berdiri menghadap kiblat (arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.

2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.

3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara.

4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup ke bawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup ke arah atas sehingga habis nafas.

5. Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.

Khasiatnya : InsyaAllah, Allah akan melindungi diri kita dari segala mara bahaya. "Doa itu senjata bagi orang mukmin ".


Tips Tuan Guru Prof. Dr. Haron Din Al Hafiz
Rujuk Darussyifa

3 comments:

  1. mohon share doa ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Anonymous Mar 4

      terima kasih singgah ke blog. moga tips dari Dr Haron Din ini dapat dimanafaatkan sebaiknya.

      Delete
  2. mohon share

    -ummu sinar-

    ReplyDelete