Thursday, January 27, 2011

Istighfar Nabi Adam a.s.

Di antara ucapan istighfar yang amat baik untuk kita amalkan ialah istighfar Adam dan Hawa, iaitu:



“Wahai Tuhan kami! Kami telah menganiaya diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampunkan kami dan mengasihi kami, pastilah kami tergolong dari kalangan orang-orang yang rugi”.
- (Surah al-A’raf, ayat 23).

Ucapan istighfar di atas adalah kalimah-kalimah untuk memohon ampun yang dipelajari Nabi Adam dari Allah setelah ia dan isterinya Hawa melakukan kesalahan memakan buah dari pohon larangan. Apabila mereka berdua mengucapkan kalimah di atas, Allah lalu mengampunkan doa keduanya.

Ini sebagaimana diceritakan Allah dalam firmanNya (yang bermaksud): “Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (yakni kalimah taubat), lalu Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.”
- (al-Baqarah, ayat 37).

Moga-moga dengan mengucapkan istighfar di atas, dosa-dosa kita juga akan diampunkan Allah sebagaimana Dia mengampunkan dosa Nabi Adam a.s..


USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
http://koleksi-alqalam.blogspot.com/

Reasons

Your life is of your own choosing. By the decisions you make, you choose your thoughts, your level of physical fitness, your experiences, your financial situation, your surroundings, the people in your life. Your circumstances do not make you. Your circumstances reveal you.

Look around you, and you will see the results of your choices. Everything you have chosen, has been for a reason. Moment by moment, you make decisions which have a direct and cumulative effect on your life. For each decision, there's a reason. It may be well considered and deliberate, or it may be a haphazard, hasty reaction, yet there is a reason behind everything.

That is why the "WHY" of life is so important. That is why positive, consciously chosen direction is so critical. Because your reasons for living, do matter very much. In the actions you take, moment by moment, they steadily mold your life.

-Ralph Marston

Iman

“Kebersihan itu sebahagian daripada iman”

“Sabar itu separuh daripada iman”

Apakah yang dimaksudkan dengan iman?

Iman itu ialah kepercayaan, yakni meyakini dengan hati, berikrar dengan lidah dan melaksanakan dengan anggota badan.

Signifikasinya Iman Dalam Kehidupan Seorang Mukmin:-

Iman yang kukuh di dalam diri akan menghasilkan taqwa yang mendalam kepada Allah SWT.

Iman adalah umpama sepohon pokok, untuk ia tumbuh dengan subur, ia memerlukan kepada akar yang kuat, dan akar ini perlu dibajai oleh aqidah yang sahih dan ibadah yang konsisten. Barulah pokok tersebut dapat membuahkan taqwa.

Rasulullah s.a.w. pernah meninggalkan lima wasiat berkenaan kaedah untuk menjadi orang yang sempurna imannya -

Jauhilah perkara-perkara yang haram, maka kamu akan mendapat kelazatan beribadat kepada Allah;

Redhalah dengan apa yang Allah anugerahkan kepada kamu, maka kamu akan menjadi orang yang paling kaya;

Lakukanlah sesuatu perkara kepada orang lain sebagaimana kamu suka perkara itu dilakukan kepada kamu, maka kamu akan menjadi seorang Islam;

Berlaku baiklah kepada jiran-jiran, maka kamu akan menjadi seorang yang beriman dengan sebenar-benarnya;

Janganlah kamu banyak ketawa, kerana ketawa yang berlebihan boleh menyebabkan hati menjadi mati.”



-Hadith riwayat Tirmizi.

Friday, January 21, 2011

Siapakah isteri Rasulullah s.a.w. yang digelar “Ummul Masakin” yang bermaksud “ibunda orang miskin” kerana sifat penyayang dan murah hatinya terhadap golongan yang memerlukan?

Zainab binti Khuzaimah.


Apakah gelaran yang diberikan kepada Qarun kerana kemerduan suaranya membaca Taurat?

Al-Munawwar.


Berapakah tempat sujud Sajadah dalam al-Quran?

15.



Dipetik dari Majalah Solusi
SOALAN-SOALAN TRIVIA, FAKTA DAN INFO
Oleh Husna Hassan

The Rich Get Richer


If you had millions of dollars, what would you do with that money, in order to make more money?

Would you hide it in a hole in the ground, or under your bed? Of course not.

You would invest it, put it to productive use, and, if you invested wisely, it would earn a substantial return.

What if you don't have millions of dollars to invest?

You still have assets that are even more valuable -- your time, your energy, your skills, your knowledge, your contacts, your experience, your passion. Are you investing them wisely, or are you hiding them under your bed? What kind of return are you getting on the riches you already have?

Your life is valuable beyond measure. Invest it wisely, and you will reap unlimited abundance.
-Ralph Marston

Keratan Naskah Quran Yang Telah Usang

Bagaimanakah caranya untuk menguruskan naskah al-Quran yang telah usang dan juga keratan-keratan al-Quran yang telah usang? (Misalnya kulit al-Quran koyak atau berkulat atau beranai-anai)

Adakah dibolehkan bakar, atau tanam al-Quran dan keratan al-Quran tersebut?

Atau adakah terdapat cara lebih baik bagi menjaga kesucian al-Quran usang tersebut?


Jawapan:

Tidak boleh melemparkan mana-mana lembaran dari al-Quran ke tanah atau ke tempat yang keji, selama di dalamnya terkandung walaupun satu huruf ataupun satu ayat suci al-Quran. Bahkan, jika ia dilakukan atas jalan menghina dan mengeji, maka jatuh kufur kepada pelakunya.

Jika terdapat mana-mana lembaran al-Quran yang sudah reput atau sudah tidak dapat digunakan lagi, maka tidak mengapa menghapuskannya dengan cara membakarnya. Ini adalah untuk mengelakkan al-Quran itu dari terdedah kepada penghinaan dan kejian.

Saidina Usman bin Affan pernah memerintahkan membakar mushaf (al-Quran), kecuali al-Quran versinya (Usmani). Ini adalah bertujuan untuk memelihara al-Quran itu. Para sahabat yang lain pula tidak mengengkari perbuatan Saidina Usman r.a.

Al-Sayuthi di dalam al-Itqan telah menukilan dua cara yang dibenarkan untuk menghapuskan lembaran al-Quran. Iaitu:
1. Menghapuskannya dengan air.
2. Membakarnya, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Saidina Usman r.a.

Al-Sayuthi mengatakan bahawa tidak dibenarkan mengoyakkannya.

Ada ulamak yang mengatakan bahawa, membakarnya adalah lebih baik dari menghapuskannya dengan air. Berlainan dengan al-Qadhi Husain yang melarang membakarnya, kerana ia melanggar perlakuan menghormati. Al-Nawawi mengatakan membakarnya sebagai makruh.

Manakala terdapat di dalam sebahagian kitab mazhab Hanafi, jika lembaran al-Quran tidak dapat digunakan, maka hendaklah ditanam di dalam bumi, kemudian hendaklah diletakkan tanda untuk mengelakkan dari dipijak oleh kaki manusia.

Kesimpulan, setelah melihat kepada pendapat-pendapat ulamak di atas, Syeikh Athiyah Saqar telah membuat kesimpulan, bahawa membakarnya adalah cara yang paling ringan sekali. Di samping itu, hendaklah kita menjaga niat kita, iaitu untuk memelihara al-Quran itu dari ditimpa penghinaan dan kejian. (Lihat Ahsanul Kalam Fil Fatawa, vo.7, hal. 197)


Al-ahkam.net

Sunday, January 16, 2011

Amalan Untuk Anak-anak Kecil (Oleh Ibubapa)

Untuk anak-anak kecil, letak tangan kanan di atas kepala mereka dan baca:-

Ya Raqib-7x
Ya Barr-7x
Ya Mutakkabbir-10x
Ya Matiin-10x
Ya Syahiid-21x

... dan doakan semoga menjadi Soleh, berbakti kepada kedua ibubapa, bijak, cerdas, tangkas dan sebagainya. Tiup di kepalanya.

Kalau boleh diamalkan semasa mereka (anak) tidur & selepas mereka bangun tidur. Jika yang bersekolah, ibubapa tiupkan pada air minuman mereka setiap pagi, InsyaALLAH.

Semoga terbentuk generasi Soleh/Solehah.

Amin.


Posted By : Wan Asrul
http://terapi-alfatah.blogspot.com/search/label/Amalan

No Room

Fill your mind with positive thoughts, and there will be no room for negativity.

Fill your days with effective action, and there will be no room for laziness.

Fill your body with nutritious food, and there will be no room for toxic junk.

Fill your life with love, and there will be no room for hate.

Fill your work with challenge, and there will be no room for discontent.

Fill your heart with goodness, and there will be no place for evil.

Fill your world with beauty, and there will be no room for darkness.

Fill your thoughts with peace, and there will be no room for conflict.

Fill your moves with confidence, and there will be no room for doubt.

Fill your spirit with abundance, and there will be no place for distress.

Fill your moments with joy, and there will be no room for regret.

-Ralph Marston

Abu Hurairah

Abu Hurairah ialah salah seorang perawi hadis yang terkemuka. Beliau dilahirkan 19 tahun sebelum Hijrah. Nama sebenar beliau sebelum memeluk agama Islam tidak diketahui dengan jelas, tetapi pendapat yang masyhur ialah Abd Syams. Nama Islamnya adalah Abd al-Rahman. Beliau berasal daripada kabilah ad-Dusi di Yaman.

Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah SAW, beliau ditanya oleh baginda apakah yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing dalam lengan bajunya, lantas dia digelar Abu Hurairah oleh Rasullullah SAW. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah.

Beliau adalah sahabat yang sangat dekat dengan Rasulullah SAW dan dikenali sebagai salah seorang ahli suffah, iaitu orang-orang miskin atau sedang menuntut ilmu dan tinggal di laman masjid. Beliau begitu rapat dengan Nabi SAW sehingga baginda selalu menyuruhnya mengumpulkan ahli suffah jika ada makanan yang hendak dibahagikan.

Hadis beliau yang disepakati oleh Imam al-Bukhari dan Muslim berjumlah 325 hadis, oleh Bukhari sendiri sebanyak 93 hadis dan oleh Muslim 189 hadis. Hadis yang diriwayatkan oleh beliau juga terdapat dalam kitab-kitab hadis lainnya.

Friday, January 14, 2011

Bersabar Dalam Berdoa

Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW telah bersabda: "Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda ditanya oleh seseorang: "Apa maksudnya meminta dicepatkan?.” Jawab baginda: "Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya: Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.”

-(Muslim)


Huraian:

Betulkah setiap doa akan dikabulkan oleh Allah ?

Mungkin ada antara kita yang telah berdoa sesuatu namun tidak merasakan keberhasilannya. Selaku hamba, kita harus menyedari bahawa kita tidak berhak memaksa Allah kerana kitalah yang berhajatkan sesuatu bukan sebaliknya.

Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita atau mungkin Allah mempunyai ketentuan lain yang tidak kita ketahui. Mungkin juga doa kita bukan tidak dikabulkan tetapi ditunda waktunya atau diganti dengan yang lebih baik.

Nabi Zakaria a.s adalah contoh manusia yang sangat kuat nilai kesabarannya. Baginda telah puluhan tahun berdoa agar dikurniakan zuriat namun belum dikabulkan Allah. Antara isi doa baginda ialah: “Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku" -(Maryam:4)- sehingga pada akhirnya Allah SWT memakbulkan permintaan baginda dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya.

Begitulah sikap yang seharusnya kita contohi iaitu jangan sekali-kali kecewa dalam berdoa.

Jamak Solat Ketika Sakit

Adakah dibolehkan bagi orang yang sakit jamak solat fardhu?

Jawapan:

Dalam hadis yang diriwayatkan Imam Muslim, Ibn ‘Abbas menyebut: “Rasulullah s.a.w. solat jamak Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak di Madinah tidak kerana ketakutan, juga tidak kerana musafir.” Ditanya Ibn ‘Abbas mengapa Baginda melakukan demikian? Jawabnya: “Kerana tidak mahu menyusahkan umatnya.” Dalam riwayat yang lain daripada Muslim juga disebut: “Baginda jamakkan solat tidak disebabkan ketakutan atau hujan.”

Hadis-hadis seperti di atas memberi kesimpulan kepada para fuqaha tentang solat jamak boleh dilakukan disebabkan keuzuran-keuzuran tertentu, seperti sakit di tahap kritikal dan sukar untuk bergerak dan berwuduk, malahan diharuskan bertayamum. Justeru bolehlah dia menjamakkan solatnya tanpa qasar.

Ustaz Syed Mohd Fadzli al-Yamani
Majalah Solusi

Clarity

Chart your course with clarity and precision, and you will not fail to reach your destination.

Listen clearly, and you will learn.

Speak with clarity, and you will be understood.

Clarity takes effort. It is much easier, and less risky, to be vague. But it is clarity that gets you places.

When you say, "I want to go somewhere nice, someday" it never happens. Instead, say "I will leave for New Zealand on September 21st on flight 235." Now you're getting somewhere.

The powerful resources at your command, are best directed with clarity. Be clear about what you want to have, what you want to be, what you want to do, and you're well on your way to accomplishing it

-Ralph Marston

BAYAR ZAKAT MELALUI POTONGAN GAJI

Soalan:

Saya membayar zakat pada tiap-tiap tahun dalam bulan Ramadan. Persoalannya, adakah saya wajib membayar zakat pendapatan melalui pemotongan gaji saya? Untuk pengetahuan, saya langsung tidak mempunyai wang simpanan.

Jawapan:

Antara kaedah asas apa yang wajib dizakatkan ialah, harta (wang) tersimpan setelah cukup nisab dan haul (tempoh) setahun. Umpamanya, nisab bagi duit bersamaan 95 gram emas atau 597 gram perak. Haul tersimpan hendaklah mencukupi setahun.

Sekiranya pendapatan bulanan kamu sentiasa habis digunakan, ia tidak wajib dizakatkan. Sekiranya masih berbaki atau tersimpan selama setahun dalam masa yang sama jumlah simpanan mencukupi nisab di atas, ia wajib dizakatkan.

Berdasarkan kenyataan kamu tidak mempunyai simpanan, kamu tidak wajib membayar zakat pendapatan. Untuk makluman, zakat berbeza dengan cukai pendapatan. Cukai pendapatan diwajibkan oleh pemerintah melalui pemotongan gaji setiap bulan tetapi tidak disyarakkan daripada al-Quran dan sunnah.


Ustaz Mohd Noor

Sunday, January 9, 2011

Endure

Every hardship you face, makes you stronger and more capable.

Every setback gives you much more determination.

Every hurdle you get past, brings you much closer to your goals.

If you look down, the ground you cover won't seem like much. Rather, look ahead. Your steps will seem light, your progress swift, and your burdens bearable.

So, look ahead to where you're going. Keep in mind why you want to get there. Your dreams will pull you toward them, if you remember to let it.

-Ralph Marston

Penawar Bagi Hati Yang Gemar Membuat Maksiat

Saidina Umar r.a. berpesan supaya membacakan ayat ini kepada orang yang di uji dengan hidup yang penuh dengan dosa dan maksiat.



Surah Al-Mu'min : Ayat 3
Maksudnya:
Yang mengampunkan dosa, dan yang menerima taubat; yang berat azabNya; yang melimpah-limpah kurniaNya; tiada Tuhan melainkan Dia; kepadaNyalah tempat kembali.

- Hayatus Sahabah, Kisah Doa Nabi dan Para Sahabat.

Petikan dari buku 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran
Ust. Hj. Zahazan Mohamed

Menjadikan Harta Jambatan Ibadah

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan.”

-Riwayat at-Tirmidzi

Huraian:

1. Harta kekayaan, kemewahan dan pangkat menyilaukan pandangan serta dapat mengubah pendirian seseorang.

2. Islam melarang umatnya bersikap terlalu mementingkan kehidupan dunia dan mengutamakan kehidupan peribadi lebih daripada kepentingan masyarakat. Sedangkan pemberian atau nikmat-nikmat keduniaan itu sebenarnya adalah suatu bentuk ujian daripada Allah SWT untuk mengukur samada manusia menghargainya dengan bersyukur atau tenggelam dalam kelekaan hingga menjadi kufur terhadap Allah SWT.

3. Oleh itu setiap individu perlu berwaspada agar tidak menjadikan harta kekayaan sebagai alasan untuk melupakan perintah dan suruhan Allah SWT, sebaliknya menjadikan nikmat-nikmat tersebut sebagai faktor pendorong untuk melakukan kebajikan dan amal soleh yang dituntut dengan ikhlas bersungguh-sungguh kerana golongan seperti ini bukan sahaja akan beruntung di dunia bahkan mendapat ganjaran besar yang di akhirat kelak.

Tuesday, January 4, 2011

Apakah persamaan antara empat bulan ini?
Muharram, Rejab, Zulqaedah, Zulhijjah


Empat bulan haram yang diharamkan berperang.



Siapakah orang yang pertama melaungkan azan?

Bilal bin Rabah r.a.



Apakah hubungan kekeluargaan di antara Rasulullah s.a.w. dengan Saidina Uthman r.a.?

Rasulullah s.a.w. merupakan bapa mertua Saidina Uthman r.a. Uthman mengahwini puteri Rasulullah s.a.w. bernama Ruqaiyah dan kemudian Ummu Kalthum.


Dipetik dari Majalah Solusi
SOALAN-SOALAN TRIVIA, FAKTA DAN INFO
Oleh Husna Hassan

Do It Right The First Time

Everyone is in a hurry. Just blast on through, and we'll pick up the pieces later.

Sometimes it is faster, to work a little slower, and to get it right the first time. Often in our hurrying, we make even more work for ourselves. We quickly type a document, and then spend time spell-checking and correcting it later. We ship a hastily made product, and then spend time repairing it later.

And we live our lives at full volume, trying to get, and see, and do it all, only to realize too late, that we were in too much of a hurry to live with meaning and purpose.

There's no sense in doing it fast, if you don't do it right. That doesn't mean we should drag our heels, just that we should not run off and leave our feet altogether.

Take the time, make the effort, to do it right the first time, and you'll have more time to do even more.

-Ralph Marston

Ucapan Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam

Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam

Keputusan :

i) Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam, sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.

ii) Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.

iii) Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.


Keputusan Muzakarah JK Fatwa
12 Jun 2007 • Muzakarah Kali Ke-78