“Kebersihan itu sebahagian daripada iman”
“Sabar itu separuh daripada iman”
Apakah yang dimaksudkan dengan iman?
Iman itu ialah kepercayaan, yakni meyakini dengan hati, berikrar dengan lidah dan melaksanakan dengan anggota badan.
Signifikasinya Iman Dalam Kehidupan Seorang Mukmin:-
Iman yang kukuh di dalam diri akan menghasilkan taqwa yang mendalam kepada Allah SWT.
Iman adalah umpama sepohon pokok, untuk ia tumbuh dengan subur, ia memerlukan kepada akar yang kuat, dan akar ini perlu dibajai oleh aqidah yang sahih dan ibadah yang konsisten. Barulah pokok tersebut dapat membuahkan taqwa.
Rasulullah s.a.w. pernah meninggalkan lima wasiat berkenaan kaedah untuk menjadi orang yang sempurna imannya -
“Jauhilah perkara-perkara yang haram, maka kamu akan mendapat kelazatan beribadat kepada Allah;
Redhalah dengan apa yang Allah anugerahkan kepada kamu, maka kamu akan menjadi orang yang paling kaya;
Lakukanlah sesuatu perkara kepada orang lain sebagaimana kamu suka perkara itu dilakukan kepada kamu, maka kamu akan menjadi seorang Islam;
Berlaku baiklah kepada jiran-jiran, maka kamu akan menjadi seorang yang beriman dengan sebenar-benarnya;
Janganlah kamu banyak ketawa, kerana ketawa yang berlebihan boleh menyebabkan hati menjadi mati.”
-Hadith riwayat Tirmizi.
Thursday, January 27, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment