Di antara ucapan istighfar yang amat baik untuk kita amalkan ialah istighfar Adam dan Hawa, iaitu:
“Wahai Tuhan kami! Kami telah menganiaya diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampunkan kami dan mengasihi kami, pastilah kami tergolong dari kalangan orang-orang yang rugi”.
- (Surah al-A’raf, ayat 23).
Ucapan istighfar di atas adalah kalimah-kalimah untuk memohon ampun yang dipelajari Nabi Adam dari Allah setelah ia dan isterinya Hawa melakukan kesalahan memakan buah dari pohon larangan. Apabila mereka berdua mengucapkan kalimah di atas, Allah lalu mengampunkan doa keduanya.
Ini sebagaimana diceritakan Allah dalam firmanNya (yang bermaksud): “Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (yakni kalimah taubat), lalu Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.”
- (al-Baqarah, ayat 37).
Moga-moga dengan mengucapkan istighfar di atas, dosa-dosa kita juga akan diampunkan Allah sebagaimana Dia mengampunkan dosa Nabi Adam a.s..
USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
http://koleksi-alqalam.blogspot.com/
Thursday, January 27, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment