Monday, April 26, 2010

Cara Membasuh Ayam

Soalan:

Ketika kenduri, semasa membasuh ayam, mereka hanya membasuh ayam sekaligus dalam besen berisi air. Selepas di basuh, ayam terus digaul bahan rempah dan kemudian terus di goreng. Bagaimana cara basuhan demikian dan bagaimana pula kita makan ayam goreng demikian?

Jawapan:

Sebenarnya cara nak basuh ayam ini, bila sudah disembelih, darah sudah berhenti daripada mengalir. Setelah darah tadi berhenti, darah yang ada pada ayam atau di dalam daging ayam itu dimaaafkan. Selepas isi perutnya yang ada najis dibuang, maka hendaklah disiram ayam itu dengan air mutlak walaupun sekali sahaja, sudah memadai.

Tapi kalau dicampurkan ayam itu dengan air darah yang bercampuran dalam satu besen, dibasuh dengan tidak disiram, tidak dialirkan air mutlak (air suci lagi menyucikan), maka ayam itu masih tidak bersih.

Kalau tidak, jika masih lagi kita basuh dengan air yang di dalam besen yang tidak bersih itu tadi, maka ayam itu masih ada najis. Jika digorang sekalipun, ia masih najis.


Uztaz Fadzli Al-Yamani
Mudir Maahad Tahfiz Al-Yamani, Kg Baru, KL

No comments:

Post a Comment