Saturday, April 10, 2010

Harta Yang Diwakafkan

Soalan:

Bagaimanakah status harta wakaf masjid. Saya pernah dengar bahawa harta-harta masjid yang diwakafkan tidak boleh dibawa keluar untuk kegunaan umum atau untuk keperluan lain. Misalannya, kayu masjid lama yang diruntuhkan bagi dibina masjid baru diguna untuk membina jambatan, pondok bas dan dijual kepada orang ramai. Bagaimana pula dengan kipas,tikar, kitab dan sebagainya.

Jawapan:

Menurut Mazhab Syafi'e bahawa benda yang diwaqafkan itu berpindah milik kepada Allah SWT dan terkeluar daripada pemilikan manusia sama ada pewaqaf atau penerima waqaf.

Waqaf tidak dapat ditukar ganti atau dijual sebagaimana nasnya dalam Kitab Fath al-Mu'in yang bererti : "Tidak boleh dijual benda yang diwaqafkan sekalipun benda yang diwaqafkan itu telah rosak".

Oleh itu, kayu masjid lama yang telah diruntuhkan kerana hendak dibina masjid baru tidak boleh dijual, sebaliknya boleh digunakan untuk membina bangsal tempat letak kenderaan atau tempat simpan keranda jenazah di dalam kawasan masjid untuk kegunaan jemaah.

Bagaimanapun jika masjid yang dibina oleh kerajaan bila dirobohkan kerana dibuat masjid baru, maka perkakas yang lama itu boleh dijual kepada orang ramai dan wangnya dimasukkan ke dalam kewangan masjid.

Sekian. Wallahu a'lam.


Koleksi kemusykilan agama yang telah dijawab oleh Mufti Melaka.
http://alhuda.mmu.edu.my/jawapan/baca.php?id=188

No comments:

Post a Comment