Soalan:
Saya mempunyai seorang anak berumur empat tahun dari isteri pertama dan sudah berpisah. Sekarang ini anak saya tinggal bersama saya dan isteri baru saya. Dalam Islam, adakah peranan emak tiri dan mak kandung dalam menjaga dan mendidik anak adalah sama hukumnya?
Jawapan:
Hubungan ibu kandung dengan anak kandung tidak sama dengan ibu tiri. Dari segi syarak, hadis Nabi s.a.w yang menyebut ibu perlu diutamakan tiga kali sebelum bapa, merujuk kepada ibu kandung. Ini kerana, dia yang menanggung kesusahan mengandung, bersalin, menyusukan dan berjaga malam ketika anak itu masih kecil. Jadi Islam sebagai agama fitrah mengiktiraf susah payah seorang ibu ini.
Namun, setelah berpisah dan saudara mendapat hak penjagaan anak, didikan anak ditanggung sepenuhnya oleh bapa. Dan saudara berhak menyuruh agar isteri baru saudara mendidik anak dengan penuh kasih sayang. Jadi, dia wajib menunaikan arahan saudara itu.
Selain itu, dia wajib menegur dan mendidik anak itu dengan didikan agama. Bukan kerana dia sama taraf dengan ibu kandung kanak-kanak itu, tetapi memang secara umumnya amar makruf nahi mungkar adalah tanggungjawab seluruh umat Islam.
Ustazah Sakinah
Tuesday, June 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment