Saturday, June 5, 2010

Penggunaan Ubat Menghasilkan Susu

Soalan:

Dengan kepesatan teknologi, wanita yang tidak pernah mengandung boleh menyusui bayi dengan mengambil sejenis ubat. Adakah ini dibolehkan dalam syariat? Adakah anak yang disusui tetap dikira anak susuan?

Jawapan:

Firman Allah SWT: “ … dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.”
- Surah Al-Talak ; Ayat 6

Hukumnya Harus untuk ibu angkat memberikan susunya yang terhasil dengan cara menelan pil ataupun apa sahaja kaedah moden yang selamat menurut doctor pakar yang Muslim untuk menghasilkan susu.

Anak tersebut akan menjadi anak susuannya setelah memenuhi dua syarat:

1. Anak yang disusukan itu belum mencapai umur 2 tahun.

2. Anak itu disusukan sekurang-kurangnya dengan lima kali susuan (lima kali kenyang) yang berasingan.


Author: Ustaz Syed Mohd Fadzli Al Yamani
Dipetik dari Majalah Solusi

No comments:

Post a Comment