Wednesday, February 23, 2011

Siapakah isteri Rasulullah s.a.w. yang disebut Jibrail sebagai "shawwamah wa qawwamah" (wanita yang rajin berpuasa dan solat)?

Hafsah binti Umar



Siapakah wanita Yahudi yang pernah cuba meracuni Rasulullah s.a.w.?

Zainab binti al-Harith



Berapakah ketinggian Nabi Adam a.s.?

60 hasta (27.4m).
Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w., mafhumnya: “Allah SWT menciptakan Adam a.s. dengan ketinggian 60 hasta ...”
– (Riwayat al-Bukhari no. 6277, Muslim no.2841)


Dipetik dari Majalah Solusi
SOALAN-SOALAN TRIVIA, FAKTA DAN INFO
Oleh Husna Hassan

Do The Groundwork

The mighty tree grows from a seed in two directions. Before it grows upward to the sky, it sends shoots down into the ground, its roots. The roots anchor and nourish the tree, so it can then grow to be tall and magnificent.

For every tree that reaches high into the sky, there are firm roots -- unseen, yet absolutely critical. Without the roots, the tree would topple, or it would wither from lack of water and nourishment.

When we look at a person of accomplishment and success, we often see the tree, but not the roots. Success looks so easy in others, because we fail to see all the hard work and preparation that went into laying the foundation -- the roots -- for their success.

Lasting accomplishment is possible only when you have first built a solid foundation of discipline and preparation.

-Ralph Marston

Kelebihan Mukmin Dan Kekurangan Kafir

Hadith :

Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: ”Sesungguhnya apabila orang-orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia, dia diberi upah dengan amalnya itu berupa rezeki di dunia. Sedangkan orang-orang mukmin, pahala kebajikannya disimpan Allah Taala untuknya di akhirat kelak serta diberinya rezeki di dunia berhubung dengan taatnya.”

- (Muslim)

Huraian:

Usaha merupakan asas kepada pembentukan dan kemajuan hidup manusia, walau apa pun agama dan bangsa yang dianuti.

Dalam kehidupan di dunia ini, manusia dikehendaki berusaha untuk mendapatkan sesuatu hajat termasuklah mendapatkan rezeki. Oleh itu di atas nama keadilan, Allah S.W.T Yang Maha Adil akan mengganjari sesiapa sahaja yang berusaha bersungguh-sungguh tidak kira samada dia seorang mukmin atau kafir. Ini merupakan suatu bentuk motivasi agar manusia itu tidak merasa kecewa dalam meneruskan kehidupan mereka.

Namun begitu, di samping memberikan balasan di dunia, orang-orang mukmin juga diberikan pahala yang akan menolongnya di akhirat kelak iaitu sebagai balasan kebaikan yang telah dilakukannya ketika di dunia.

Tuesday, February 15, 2011

Doa Ketika Dukacita Dan Sedih

Maksudnya:

Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan, daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut, dan daripada desakan berhutang, dan paksaan orang.

Assumptions

We all make assumptions on many different levels.

Making assumptions can hinder communication, such as when you assume someone understands what you're talking about, and they don't.

Assumptions can limit creativity, when you dismiss ideas with a hasty "that'll never work."

Remember that behind every judgment you make, there are assumptions.

What are yours?

The same old assumptions, often lead to the same old results.

To break new ground, break free of your old assumptions. Challenge them, flip them around, turn them upside down, and you'll see many new, exciting possibilities.

-Ralph Marston

Kedudukan Orang Islam Di Dalam Neraka

Soalan:

Kita tahu orang kafir akan kekal diazab di dalam neraka selama-lamanya. Tetapi bagaimana pula dengan orang Islam? Benarkan hanya orang Islam yang syirik kepada Allah sahaja akan kekal di dalam neraka selama-lamanya? Bagaimana pula orang Islam yang meninggalkan solat fardhu lima waktu? Masih ada imankah orang meninggalkan solat fardhu lima waktu? Adakah orang yang meninggalkan solat fardhu lima waktu ini tidak akan dimasukkan ke dalam syurga buat selama-lamanya?

Jawapan:

Orang Islam yang beriman itu tidak akan kekal selama-lamanya diseksa di dalam neraka, malah mereka itu akan dikeluarkan dari api negara selepas mereka diseksa dan diazab di dalam neraka itu mengikut kadar dosa yang telah dilakukan di dunia ini seperti meninggalkan solat, mendedahkan aurat dsb. demikian juga hukuman yang setimpal akan dikenakan kepada mereka.

Orang Islam yang beriman tetapi melakukan maksiat (kederhakaan) kepada Allah Ta'ala kerana lalai atau sengaja seperti meninggalkan solat fardhu lima waktu, berjudi, mendedahkan aurat, tidak mengeluarkan zakat dan sebagainya adalah merupakan orang yang fasik. Sekiranya mereka meninggal dunia tanpa sempat bertaubat dengan taubat nasuha, maka mereka akan diazab di dalam neraka dengan seksaan yang amat pedih dan dahsyat setimpal dengan dosa mereka.

Tetapi, sekiranya seseorang itu meninggalkan solat fardhu atau tidak melaksanakan kewajiban serta melakukan perkara yang dilarang kerana mengingkari (menidakkan) hukum yang jelas dalam al-Qur'an atau as-Sunnah, maka ia boleh menyebabkan seseorang itu kufur, terbatal atau terkeluar dari Islamnya (na'uzubillah).

Golongan ini jika mati tanpa sempat bertaubat dan kembali kepada Islam, maka mereka adalah sama seperti orang kafir yang menjadi penghuni tetap neraka untuk diazab buat selama-lamanya.

Wallahu Tabaraka Wata'ala a'lam.

Koleksi kemusykilan agama yang telah dijawab oleh Mufti Melaka.
http://alhuda.mmu.edu.my/jawapan/baca.php?id=232

Thursday, February 10, 2011

Nabi Nuh a.s. – Seorang Jurutera & Arkitek

Nabi dan Rasul adalah teladan sepanjang zaman.

Nabi Nuh, di samping misi utamanya berdakwah, dia juga seorang ‘jurutera’ dan ‘arkitek’ yang membina kapal. Hebatkan?

Kapalnya tidak retak, tidak bocor. Nabi Nuhlah jurutera sejati. Laut dan sungai begitu jauh. Dibina pula kapal di atas bukit. Kapal yang begitu teguh dan kukuh untuk menahan gelombang banjir bertahap “super”, lebih dahsyat daripada tsunami. Bayangkan puncak yang tertinggi di tempatnya pun tenggelam!

Cuaca cerah, belum ada teknologi ramalan berlakunya tsunami, banjir besar ataupun taufan. Dia bersendirian, tanpa menghiraukan ejekan kaumnya yang melempar struktur binaan kapalnya dengan najis, terus bekerja kerana Allah SWT..

Dipetik dari Majalah Solusi
Author: Imam Global

Jual Beli Hutang

Soalan:

Di tempat kerja, saya ada kawan yang berniaga kain. Dia jual kain dengan dua harga; kalau tunai RM30 tetapi kalau hutang bayar dua kali, harga RM40. Bgaimana urusniaga demikian, dibolehkah ikut syariat?

Jawapan:

Dia boleh letak dua harga tetapi tidak dalam satu akad. Jika pembelian secara tunai, maka akadnya “Saya jual kain ini kepada awak RM30”. Jika pembelian secara hutang, maka akadnya “Saya jual kain ini kepada awak RM40 secara hutang”.

Dan apa pun tunai dan hutang ini, di tengah-tengah kalau berlaku kelewatan, maka dia tidak boleh naik harga, misalan sepatutnya dibayar pada sekian tarikh, jika lewat, harga dinaikkan menjadi RM45, RM60, maka itu adalah Haram.


Uztaz Fadzli Al-Yamani
Mudir Maahad Tahfiz Al-Yamani, Kg Baru, KL

Either - Or

Don't get trapped by dualistic thinking. Just because A is true, does not make B false. Often, A and B can both be true.

The things you must do, can also be the things you want to do. What you give, can also be what you receive. What you teach, can also be what you learn. Your task can be difficult, and at the same time enjoyable. What is good for the customer, can also be good for the vendor.

Many times we make the mistake of defining things by what they are not. In so doing, we limit our thinking and our possibilities. In reality, there are very few opposites.

Is teaching really the opposite of learning? Is female really the opposite of male? Is love really the opposite of hate? Is play really the opposite of work? Of course not.

Many of the things we consider opposites, are in fact very similar. Our desire to classify and categorize, while often quite useful, can also be limiting.

Possibilities arise not from the destruction of other possibilities, but rather from the opening of the mind.

-Ralph Marston

Bertimbang Rasa Dengan Orang Bawahan

Hadith :

Diriwayatkan daripada Abu Dzar r.a : “Aku mencerca seseorang dengan memanggil ibunya dengan sapaan yang buruk. Nabi Muhammad SAW bersabda kepada ku : "Ya Abu Dzar! Apakah kau mencaci maki seseorang dengan menyeru ibunya dengan sapaan yang buruk? Dalam diri mu masih tertinggal sifat-sifat Jahiliah. Pembantu-pembantu mu adalah juga saudara-saudara mu dan Allah menempatkan mereka di bawah perintah mu. Maka sesiapapun yang saudaranya di bawah perintahnya, harus diberi makanan yang sama dengan yang ia makan dan diberi pakaian yang sama dengan yang ia pakai. Jangan suruh mereka mengerjakan pekerjaan di luar kemampuannya dan apabila kamu terpaksa melakukannya, bantulah mereka.”

- (al-Bukhari)

Huraian:

Komunikasi dua hala seharusnya berlaku antara majikan dan orang bawahan. Seseorang majikan atau pun ketua tidak seharusnya mempunyai sikap angkuh pada kedudukan atau jawatan yang disandangnya.

Sikap ‘egoist’ akan menyebabkan seseorang majikan itu tidak dapat bekerjasama dengan orang bawahan sehingga menerbitkan perasaan dendam dan benci mereka terhadap ketua. Seharusnya seorang ketua mestilah menghargai setiap usaha yang dilakukan oleh pekerjanya, biarpun betapa kecil kerja tersebut atau ianya belum mencapai piawaian yang dikehendakinya kerana tanpa usaha yang dilakukan oleh orang bawahan mustahil seorang ketua dapat mencapai tahap kecemerlangan.

Justeru jangan menganggap orang bawahan sebagai hamba dan hendaklah menghormati maruahnya sebagai seorang manusia seterusnya memberikan penghargaan seadil-adilnya tanpa adanya sifat pilih kasih.

Friday, February 4, 2011

GANTI SOLAT ORANG MATI

Soalan:

Lima hari sebelum ibu saya meninggal, disebabkan sakit, ibu saya tidak mengerjakan solat lima waktu. Persoalan saya ada orang mengatakan yang sembahyang yang tertinggal tersebut perlu digantikan oleh anaknya. Benarkah pendapat ini?

JAWAPAN:

Ulama berbeza pendapat dalam masalah ini. Namun pendapat paling tepat dalam hal ini adalah solat fardhu yang tidak dikerjakan bagi mereka yang telah meninggal dunia sama sekali tidak boleh digantikan oleh orang lain samada melalui pengqadaan solat oleh warisnya, mengupah orang lain untuk mengerjakan solat yang tertinggal tersebut ataupun memberikan makanan kepada orang miskin untuk setiap hari solat yang tertinggal.

Dalil yang membelakangi pendapat ini adalah firman ALLAH S.W.T:
"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya."
– al-Najm: 39.

Solat merupakan ibadah yang termasuk fardhu ‘Ain yang diwajibkan ke atas setiap umat Islam dan perlaksanaannya tidak boleh digantikan oleh orang lain.


Al-Imam al-Syafi’i r.h pernah berkata:
"Tidak pernah terdapat di dalam kitab mahupun sunnah, solat yang ditinggalkan oleh seseorang boleh dilakukan oleh seseorang yang lain. Setiap amalan yang dilakukan seseorang adalah untuk dirinya sendiri. Begitu jugalah solat. Ia merupakan amalan yang dilakukan sendiri oleh seseorang dan tidak boleh dilakukan oleh orang lain untuknya."
– Abu ‘Abdillah Muhammad bin Idris Asy-Syafi’i, Ikhtilaf al-Hadith, jilid 8, ms. 672. Dinukil dari buku Fiqh Perbandingan: Isu-Isu Fiqh Terpilih karya Dr. Basri bin Ibrahim, Al-Hidayah Publisher, Kuala Lumpur, 2007, ms. 383.


Imam al-Nawawi r.h pula berkata:
"Tidak boleh ditunaikan solat mahupun memberi makan untuk orang yang telah mati yang mempunyai solat yang belum ditunaikan semasa hayatnya."
– Imam al-Nawawi, Majmu’ Syarah Muhazzab, jilid 6, ms. 430. Dinukil dari buku Fiqh Perbandingan : Isu-Isu Fiqh Terpilih karya Dr. Basri bin Ibrahim, Al-Hidayah Publisher, Kuala Lumpur, 2007, ms. 401.


Sebenarnya ibadah solat itu wajib dikerjakan bagi orang yang sakit selagi mana akalnya masih waras. Sekiranya dia tidak mampu untuk mengerjakan solat secara berdiri, maka lakukanlahnya secara duduk. Sekirnya tidak mampu, maka dirikanlah solat secara baring.

Hanya tiga golongan yang dibenarkan untuk menangguh perlaksanaan solat sebagaimana sabda baginda:
"Diangkat kalam (catatan) daripada tiga golongan: Orang yang tidur sehingga dia bangun, kanak-kanak sehingga dia bermimpi (baligh) dan orang gila sehingga dia sedar."
- Hadis riwayat Imam al-Tirmizi dalam Sunannya no: 1343.


Oleh itu hendaklah saudara memperbanyakkan doa agar ALLAH mengampunkan dosa ibu saudara tersebut.


Sabda Rasulullah s.a.w:
“Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah amal usahanya kecuali tiga hal iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh (lelaki atau perempuan) yang berdoa untuknya.”
– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya no: 1297.


Mungkin dia telah tersalah anggap bahawa bagi mereka yang sakit dibenarkan untuk mengqadak solat setelah dia sihat nanti. Hanya sahaja pendapat yang lebih tepat adalah tidak ada qadak bagi solat fardhu melainkan mereka yang tertidur apabila terjaga ataupun mereka yang hilang akal apabila telah sedar.


Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin r.h berkata:
"Pendapat paling kuat menurutku adalah sebagaimana yang dipilih oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah r.h bahawa sesiapa yang sengaja meninggalkan solat sehingga habis waktunya, mengqadanya tidaklah bermanfaat. Ini kerana, sesuatu ibadah tertakluk dengan waktu tertentu harus dikerjakan tepat pada waktu yang ditentukan. Maka sebagaimana ibadah itu tidak sah dikerjakan sebelum waktunya, ia juga tidak sah dikerjakan setelah habis waktunya. Kerana batasan yang telah ditentukan oleh ALLAH hendaklah diperhatikan."
– Rujuk buku Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin, Majmu’ Fatawa Solusi Problematika Umat Islam Seputar Aqidah dan Ibadah : Bab Ibadah, Pustaka Arafah, Solo, 2002, ms. 322.


Tambah beliau lagi:
“Tetapi, orang yang meninggalkan solat itu hendaklah bertaubat sebanyak mungkin dan beristighfar (memohon ampun kepada ALLAH) serta memperbanyakkan amalan soleh.”
- Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin, Majmu’ Fatawa, bab: Ibadah, ms. 328.


Malah, ALLAH sendiri menegaskan bahawa golongan yang lalai dan sengaja meninggalkan solat ini akan dihumban ke neraka melainkan setelah mereka bertaubat dan memperbanyakkan amal soleh.


Firman ALLAH S.W.T:
"Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka), kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun."
- Maryam: 59-60.


Wallahu a'lam.

Ustaz Mohd Yaakub

Having And Giving

The only things you can truly own, are those you're able to give.

You truly know something only when you're able to teach it.

You only know love when you can give it.

You only know happiness when you can bring it to others.

You can only know abundance when you provide value to the lives of others.

That's not to say that we must give away all we have, but rather that it is the ability and willingness to give, which makes it ours in the first place.

The riches you have, be they material, intellectual or spiritual, are worthless unless you use them.

-Ralph Marston
Cara hidup menentukan cara mati,
cara mati menentukan cara dibangkitkan di Padang Mahsyar,
cara dibangkitkan di Padang Mahsyar akan menentukan samada ke Syurga atau Neraka.

Semua itu terkait antara satu sama lain,
seperti susunan satu domino.

Apabila pangkal betul,
yang menyusul selepasnya pun betul,
begitulah seterusnya.

Tetapi sekiranya yang pangkal salah,
semuanya akan salah,
dan seterusnya pun akan salah juga.


Oleh : Pahrol Mohamad Juoi
Majalah Solusi

Sifat Manusia

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat.”

- Riwayat Ahmad

Huraian:

i) Manusia secara semulajadinya bersifat tamak dan dengki terhadap kelebihan orang lain.

ii) Kedua-dua sifat ini membawa kerugian kerana ia akan melahirkan individu yang tidak bersyukur sehingga hubungan dalam masyarakat menjadi rosak akibat daripada berlakunya pergaduhan dan persengketaan sesama sendiri.

iii) Selaku umat Islam, kita dituntut untuk sentiasa bersyukur kepada Allah kerana dengan bersyukur, hati kita akan tenang dan redha di samping mempercayai bahawa rezeki itu terletak di tangan Tuhan. Kita wajib berusaha sedangkan yang menentukannya adalah Allah S.W.T. Bahkan Allah telah berjanji bahawa rezeki orang yang bersyukur akan ditambah, sebaliknya pula bagi orang kufur (tidak bersyukur).

iv) Lawan kepada sikap tamak itu adalah bersikap sederhana iaitu menolak keterlaluan di mana kita dituntut agar bersederhana dalam menetapkan sesuatu peraturan, perbelanjaan dan sebagainya tetapi mestilah menyeimbangkannya terutama dalam memenuhi tuntutan keduniaan dan tuntutan akhirat.