Sunday, July 26, 2009

Perbezaan Ibadah Lelaki Dan Wanita

Para ulamak Fekah mengklasifikasikan beberapa perbezaan ibadah serta tanggungjawab syariat yang harus dilaksanakan oleh kaum lelaki dan wanita. Antaranya:-

* Kaum wanita tidak boleh membawa jenazah ke tanah perkuburan baik jenazah itu perempuan, kanak-kanak atau dewasa. Kaum wanita tidak wajib keluar berjihad bersama lelaki.

* Mereka dikehendaki duduk di tempat yang paling belakang sekali dalam solat berjemaah.

* Kaum wanita tidak wajib solat berjemaah di masjid. Bagi wanita yang belum berkahwin, adalah makruh solat di masjid dan bagi yang telah berkahwin, mereka perlu meminta izin dari suami, tetapi lebih afdal jika dikerjakan di rumah.

* Wanita diharuskan menepuk belakang tapak tangan mereka jika berlaku kesilapan imam dalam solat tetapi lelaki disunatkan membaca tasbih.

* Wanita tidak boleh azan dan tidak boleh mengimamkan lelaki dalam solat.

* Wanita tidak boleh membaca dengan nyaring di dalam solat jika ada lelaki ajnabi dan menurut setengah pendapat memang tidak boleh jika ada lelaki ajnabi atau tidak.

* Kaum wanita hendaklah merapatkan anggota badan mereka ketika rukuk dan sujud tetapi lelaki disunatkan membukanya.

* Wanita tidak diwajibkan solat Jumaat, mereka juga tidak boleh mengangkat suara ketika takbir hari raya atau talbiah pada haji.

* Aurat wanita adalah seluruh badan kecuali muda dan dua tapak tangannya sedang lelaki auratnya antara pusat dan lulut.

* Wanita boleh memakai pakaian sutera dan perhiasan emas sedang lelaki diharamkan
memakainya.

* Wanita (isteri) tidak dikenakan kifarat sekiranya melakukan jimak di siang hari dalam bulan Ramadan tetapi lelaki (suami) wajib membayar kifarat.

* Wanita tidak boleh bermusafir jika tidak disertai oleh muhramnya seperti suami, bapa atau sebagainya.

* Air susu wanita boleh mengikatkan pertalian ibu susu sedangkan lelaki tidak.

* Dalam hak penjagaan anak wanita lebih didahulukan dari lelaki.

* Wanita akan mengalami haid, nifas dan istihadhah sedang lelaki tidak.

* Jenazah wanita dikafani dengan 5 lapis kain sedang jenazah lelaki dikafani dengan 3 lapis kain.

No comments:

Post a Comment