Monday, August 31, 2009

Membuka Pintu Rezeki

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata, "Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibubapamu ( tidak kira masih hidup @ telah tiada ), nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu."

Berdasarkan Hadith Nabi : "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari"

Huraian hadith: -

Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada ). Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibubapa (walaupun ada ibubapa yang leka, doakan agar mereka berubah).

Ingatlah bahawa keredhaan ibubapa adalah keredhaan Allah. Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh, tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar-benar bersungguh-sungguh). Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya: -

Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsbnya..)

No comments:

Post a Comment