Saturday, November 14, 2009

Adakah Dagu Aurat? Wajib Tak Basuh Waktu Wudhu?

Persoalan adakah dagu aurat, adalah furuk (pecahan) kepada persoalan adakah muka wanita itu aurat. Kerana syarak tidak menaskan secara terang hukum dagu, tetapi menaskan dalam Al-Quran dan Sunnah hukum berkaitan dengan muka. Dan hukum dagu adalah hukum muka. Hujahnya:

i. Muka dari segi bahasa Arab ialah: daripada hujung dahi sehingga kepada dagu; ataupun dengan kata lain, yang dapat dilihat ketika berhadapan antara satu sama lain. Maka tidak syak, dagu juga dilihat apabila kita berhadapan antara satu sama lain.

ii. Ibn Umar menyebut: “Bahagian atas daripada dagu, termasuk dalam anggota kepala”.
- Muwatta’ Malik 3/473 dan disahihkan athar ini oleh Nawawi dalam Majmuk 7/268.

Mafhum daripada kalam ini: dagu itu sendiri adalah sebahagian daripada muka.

iii. Imam Syafie yang terkenal dengan ilmu lughah menaskan dalam al-Umm 7/242: Bahawa dagu adalah sebahagian daripada muka.

iv. Disebut dalam Musu’ah Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (Ensklopedia Feqah Islam): Sepakat para ulama mengatakan bahawa dagu adalah sebahagian daripada muka.

KESIMPULAN:

HUKUM DAGU ADALAH HUKUM MUKA.

(Tetapi yang dimaksudkan ialah: bahagian dagu yang kelihatan ketika berhadapan antara satu sama lain. Manakala bahagian bawah daripada tulang dagu, adalah aurat.)


Posted By: putrasyahadah

No comments:

Post a Comment