Monday, November 16, 2009

Amanah

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Pada suatu ketika Nabi s.a.w sedang berbicara dengan orang banyak (memberi ceramah / pengajian), tiba-tiba datang seorang Arab dusun menanyakan kepada beliau: Bilakah datangnya saat (kiamat)?" Rasulullah s.a.w. tidak langsung menjawab, tetapi beliau meneruskan pembicaraannya dengan orang banyak. Kerana sikap Rasulullah s.a.w. yang demikian itu, sementara orang mengatakan Rasulullah s.a.w. mendengar pertanyaan itu, tetapi beliau tidak menyukainya. Dan setengah lagi mengatakan beliau tidak mendengarnya. Setelah Rasulullah s.a.w. selesai berbicara, beliau bertanya, "Di mana orang yang bertanya perkara saat tadi?" Orang itu menyahut, "Saya! Ya, Rasulullah!". Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila amanah telah disia-siakan orang, maka waspadalah terhadap datangnya saat." Tanya orang itu, "Bagaimanakah cara disia-siakannya amanah?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Apabila suatu urusan (pekerjaan) diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka waspadalah terhadap datangnya saat (kiamat, kehancuran)."
- Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0049.


Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kalau amanah tidak lagi dipegang teguh, maka tunggulah saat kehancuran." Ia bertanya: "Bagaimana orang tidak memegang teguh amanah itu, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Kalau sesuatu urusan telah diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran."
- Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1746.

No comments:

Post a Comment