Monday, November 16, 2009

Belajar Al-Quran Melalui VCD

Soalan:

Bolehkah kanak-kanak berusia dua tahun belajar iqrak melalui VCD cara cepat belajar membaca al-Quran, memandangkan di tempat saya susah nak cari guru mengajar kerana saya berada di Ireland.

Jawapan:

Tidak salah menggunakan teknologi moden untuk mempelajari Al-Quran atau apa sahaja kemudahan yang ada untuk kemaslahatan umat Islam dan penyebaran dakwah. Bahkan itulah yang dituntut.

Umat Islam perlu sentiasa bergerak seiring dengan pergerakan teknologi dan menggunakannya sebagai alat untuk kemudahan mereka mengamal dan menyampaikan agama. Jika umat Islam tidak menggunakan semua teknologi moden ini ke arah pemantapan agama, ia akan digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk menyebarkan fahaman sesat mereka kepada umat Islam.

Tidak salah menggunakan VCD jika hanya dengan cara itu sahaja anak puan akan mahir membaca Al-Quran. Memang kesemua anak perlu diajar membaca Al-Quran menggunakan apa sahaja teknik. Jika selepas itu puan ingin menghantarnya ke mana-mana guru Al-Quran, juga dibolehkan. Sebaik-baiknya jika mampu, puan sendirilah yang mengajarnya kerana puan lebih tahu kelemahan dan kekurangan serta tabiat semulajadi anak.

Ustazah Sakinah

No comments:

Post a Comment