Sunday, November 1, 2009

Ayat-Ayat Al-Quran Yang Boleh Memudaratkan Jin/Syaitan

Seperti mana yang pernah ditulis oleh Syeikh Abd. Majid Abd. Aziz Az-Zaahim dalam kitabnya, Illaj Al Amrad Bil Quran Was Sunnah bahawa beliau mengatakan sesungguhnya semua ayat Al-Quran itu adalah penawar. Walaubagaimanapun, ayat-ayat yang berhubung kait dengan azab, jin dan syaitan dan peringatan adalah memberi kesan terhadap jin/syaitan atau akan memudaratkan mereka, jika dibacakan kepada pesakit yang mengalami masalah yang berpunca daripada gangguan jin dan syaitan.

Beliau menyenaraikan ayat-ayat seperti berikut:

1. Ayat terawal daripada surah al-Baqarah ayat 1-4 (dan yang biasa dibaca ayat 1-5).

2. 2 ayat pertengahan surah al-Baqarah (ayat 163-164).

3. Ayat kursi dan dua ayat sesudahnya (ayat 255-257)

4. 3 ayat terakhir daripada surah al-Baqarah (ayat 284-286)

5. 4 ayat terawal daripada surah al-Imran (ayat 1-2 dan 18-19)

6. 3 ayat daripada surah al-A'raaf (ayat 54-56)

7. 4 ayat terakhir daripada surah al-Mu'minun (ayat 115-118)

8. Ayat ke-3 daripada surah al-Jin

9. 10 ayat terawal daripada surah ash-Shaffat (ayat 1-10)

10. 4 ayat terakhir daripada surah al-Hasyr (ayat 21-24)

11. 4 ayat daripada surah ar-Rahman (ayat 31-34)

12. 2 ayat terakhir daripada surah al-Qalam (ayat 51-52)

13. Dan ditambah dengan surah 4 Qul (al-Kafirun, al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas).

No comments:

Post a Comment