Saturday, November 14, 2009

Beriman Kepada Empat Perkara

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda: "Seseorang itu tidak menjadi mukmin sehingga ia beriman sekurang-kurangnya empat perkara, iaitu: Mengetahui dan meyakini bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa aku ialah Rasulullah yang mengutuskan aku membawa kebenaran, dan percayakan mati yang memang ditetapkan masa dan caranya bagi tiap-tiap seorang, dan percayakan kebangkitan hidup semula sesudah mati, serta percayakan kadar takdir yang ditentukan oleh Allah."

- Ali r.a

Huraian Pengajaran hadith:

Setiap umat Islam wajib mengimani perkara-perkara berikut :

a) Percaya bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah S.W.T.

b) Percaya bahawa Muhammad adalah nabi dan rasul terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk menyampaikan ajaran-Nya.

c) Percaya bahawa setiap manusia pasti akan mati apabila sampai ajalnya di mana setiap seorang akan melalui saat “sakratul maut” yang telah ditetapkan caranya.
Percaya bahawa setiap manusia yang telah mati, di hari akhirat kelak mereka akan dibangkitkan semula untuk dihisab amalan mereka oleh Allah SWT.

d) Percaya dengan kadar takdir (qadha’ dan qadar) Allah SWT.

Sesiapa yang mengingkari mana-mana perkara tersebut seperti menaruh perasaan syak dan ragu-ragu di dalam hati (tidak yakin), maka akan rosaklah aqidah Islamnya.

Beriman bermaksud percaya dan membenarkan segala sesuatu yang didatangkan oleh Rasulullah s.a.w iaitu tiap-tiap perkara yang disampaikan dan diajarkan oleh baginda itu sebenarnya datang dari Allah SWT, bukanlah rekaan, khayalan dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment