Monday, March 30, 2009

Melanggar Sumpah Nazar

Soalan:

Saya ada bernazar untuk membotakkan kepala sekiranya hajat saya terlaksana. Soalan saya, apakah ada cara lain untuk saya menggantikan nazar tersebut kerana tidak sanggup membotakkan kepala. Adakah ianya berdosa jika nazar tesebut tidak dilaksanakan?

Jawapan:

Orang yang melanggar sumpah nazarnya diberi pilihan untuk melaksanakan salah satu daripada tiga perkara sama ada memberi makan kepada 10 orang fakir miskin (secupak beras seorang)atau memberikan mereka pakaian atau pun memerdekakan seorang hamba. Sekiranya orang yang bersumpah nazar itu tidak mampu untuk melaksanakan salah satu daripada tiga perkara yang telah disebutkan tadi, maka dia wajib berpuasa selama 3 hari.

No comments:

Post a Comment