Hadith :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: "Persamakan antara anak-anak kamu dalam pemberian." - (At-Tabrani)
Huraian
1. Kasih sayang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan makhluk yang melata di muka bumi ini sama ada yang bergelar insan atau pun binatang. Begitu juga dengan ibubapa terhadap anak-anak. Mereka hendaklah berlaku adil kepada anak-anak dalam setiap perkara, terutamanya dalam memberikan kasih sayang. Elakkanlah daripada berlaku penderaan emosi yang disebabkan oleh sikap pilih kasih dan sebagainya.
2. Rasulullah SAW pernah berpesan bahawa tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi orang lain sebagaimana dia mengasihani dirinya sendiri. Apa yang dia suka diperlakukan ke atasnya dan apa yang dibenci berlaku terhadap dirinya, maka perkara yang sama juga mesti terjadi pada ibubapa terhadap anak masing-masing.
Monday, March 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment