Soalan:
aya ingin melakukan majlis berkhatan untuk dua orang anak lelaki saya yang berusia 6 dan 4 tahun pada akhir tahun ini. Adakah kita diwajibkan buat kenduri? Jika ya, saya ingin tahu bila kenduri tu harus dibuat sebelum atau hari ke berapa khatan? Saya juga tidak pasti adat atau cara untuk kita melakukan khatan.
Jawapan:
Melakukan kenduri sempena khatan anak tidaklah wajib.
Menurut mazhab Syafi'ie; semua jenis kenduri (selain kenduri kahwin) hukumnya sunat sahaja, tidak wajib.
Adapun hukum kenduri kahwin, terdapat khilaf di kalangan ulamak-ulamak mazhab Syafi'ie sendiri; ada yang kata wajib dan ada yang kata sunat sahaja. Yang rajih ialah sunat.
Hukum memenuhi jemputan kenduri pula; bagi kenduri kahwin hukumnya adalah wajib. Adapun kenduri-kenduri yang lain, hukum sunat sahaja.
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Kifayatul-Akhyar, hlm. 374.
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
Thursday, February 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment