Tiga Persoalan Asas Kehidupan:
Pertama: Dari mana kita datang?
Wahyu memberi jawapan dengan Firman Allah SWT: “Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.”
- Surah Al-Hajj; Ayat 5
Kedua: Mengapakah kita dijadikan oleh Allah SWT?
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”
- Surah Az-Zariyaat ; Ayat 56
Ketiga: Ke mana kesudahan kita?
Jawapannya jelas dengan petunjuk wahyu dari Firman Allah SWT: “Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara); Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis; Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang mematikan dan menghidupkan;”
- Surah An-Najm; Ayat 42 – 44)
Credit to: Fatimah Syarha Mohd Noordin
Dipetik dari Majalah Solusi
Monday, February 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment