Monday, February 8, 2010

Tak Solat Sebab Make-Up

Soalan:

Saya bekerja di pejabat dan saya selalu tinggalkan sembahyang waktu Zohor dan Asar sebab pergi kerja pakai make-up.

Jawapan:

Saya faham keadaan saudari yang berkerjaya di mana sentiasa perlu kelihatan cantik dan bergaya. Berat macamanapun untuk saya jelaskan, saya perlu nyatakan dengan jujur tentang hukum ALLAH SWT kerana ia melibatkan agama dan tersalah atau sengaja bercakap tentang agama sesuatu yang bertentangan dengan hukum sebenar adalah Haram dan Berdosa. Apa pun, semoga ALLAH memelihara agama kita dan mengampuni segala kecuaian dan kelalaian kita terhadap hukum ALLAH.

Puan tentu tahu hukum wanita yang berhias secara berlebihan ketika keluar rumah, di mana ia termasuk tabarruj yang diharamkan agama. Tepuk dada tanya iman. Selagi iman belum meresap masuk dalam hati kita, mana mungkin kita taat segala yang diperintah agama dan meninggalkan apa yang dilarang.

Nasihat saya, cukuplah satu dosa yang puan lakukan. Jangan ditambah pula dosa lain yang lebih besar, iaitu meninggalkan solat. Ini kerana, dalam satu hadis sahih mengatakan bahawa sesiapa yang meninggalkan solat Asar, segala amal ibadatnya sia-sia sahaja. Dalam hadis yang lain pula, Nabi sa.w bersabda bahawa perbezaan antara kita dengan orang kafir adalah mendirikan solat. Dan sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia kafir.

Janganlah disebabkan ingin cantik yang sementara di dunia ini, kita dibakar api neraka di akhirat kelak dalam tempoh yang teramat panjang. Sehari bersamaan 1000 tahun di dunia. Bayangkanlah. Amat-amat tidak berbaloi. Sedangkan kcantikan yang kita pertahankan sehingga meninggalkan kewajipan agama ini hanya kekal paling lama pun 20 tahun sahaja. Lama-lama ia akan pudar bersamaan berlalunya masa. Itu pun jika umur kita panjang.

Walahua'lam.

Ustazah Sakinah

No comments:

Post a Comment