Saturday, March 20, 2010

Imam Terlupa Rakaat

Soalan:

Semasa solat Zuhur, imam terlupa dan terus memberi salam selepas rakaat ketiga dan dia tidak dengar tasbih kami. Apakah yang patut dilakukan oleh makmum?

Jawapan:

Jika imam perasan akan teguran makmum, maka dia akan terus bangun menambahkan satu rakaat lagi dan sebelum salam, dia sujud sahwi.

Sebaliknya jika imam tidak perasan teguran makmum atau dia sendiri yakin dia sudah cukup rakaat lantas memberi salam, maka makmum yang meyakini bahawa rakaat belum cukup, hendaklah bangun dan tambah satu rakaat sebagai penyempurnaan solat tersebut. Selepas itu lakukan sujud sahwi sebelum salam.

Solat imam itu sah jika dia yakin dengan rakaatnya kecuali jika dia perasan selepas salam, dia juga perlu bangun menambah satu rakaat lagi.

Author: Ustaz Syed Mohd Fadzli Al Yamani
Dipetik dari Majalah Solusi

No comments:

Post a Comment