Sunday, March 28, 2010

Quran Bawah Paras Lutut

Soalan:

Adakah dalil yang menerangkan hal “quran mesti diletak melebihi atas paras pusat”?
Boleh ulas sikit bab ini?
Sekian, terima kasih.

Jawapan:

Secara umum, setiap Muslim wajib menghormati mushaf al-Quran dan menghindari melakukan sesuatu yang dianggap menghina dan merendah-rendahkan mushaf.

Firman Allah Taala: "Di dalam kitab-kitab yang dimuliakan. Yang ditinggikan lagi disucikan. Di tangan para malaikat."
- (Abasa: 13-15).

Namun, tiada dalil yang menghadkan bahawa meletakkan mushaf di bawah aras pusat adalah dilarang. Malahan, ada fatwa mengharuskan meletakkan mushaf di dalam poket tepi jubah yang setentang dengan peha, cuma ketika duduk, jangan sampai mushaf berada di bawah punggungnya, dan mesti berada di sebelah atas pehanya.

Wallahu A’lam

Rujuk Jawapan asal penulis di Al-Ahkam

No comments:

Post a Comment